3 ANGKASA
JANUARI 2024
DARI MUKA 1
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berpeluang menyempurnakan Acara Pelepasan ( Flag Off ) dan program turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Haji Efendee OP Andu,
Pengarah DBKL, Encik Mohd. Muzammer Jamaludin, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah. Program Coop Charity Run 2024 yang merupakan tahun kedua anjuran ANGKASA Wilayah Persekutuan itu adalah bertujuan
menyokong dasar kerajaan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, program tersebut juga adalah wadah saluran amal di mana hasil kutipan daripada penyertaan disumbangkan kepada Koperasi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit, Kuala Lumpur dan Madrasah Tahfiz Al- Quran Syazwan Kg. Perwira Jaya, Kuala Lumpur.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman memulakan larian bersama peserta Coop Charity Run 2024 .
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu jemputan bergambar dengan peserta yang menerima hadiah cabutan bertuah berupa basikal.
Sebahagian peserta menyertai larian dan kayuhan basikal sejauh tujuh kilometer dan tiga kilometer.
Dari Meja Presiden
Tahun 2023 telah berlalu begitu pantas dan kini kita telah melangkah ke tahun 2024 sekali gus membuka satu lagi lembaran baharu dalam kehidupan. Seiring dengan pertambahan usia, maka kita perlu lebih bersedia untuk memikul lebih banyak tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dilaksanakan bagi memastikan gerakan koperasi negara terus cemerlang seiring dengan perkembangan semasa yang kian mencabar. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga koperasi di seluruh negara yang telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam melakar pelbagai kejayaan memajukan koperasi masing-masing. Pengiktirafan dan kejayaan yang dikecapi sudah pasti tidak datang bergolek tetapi datang daripada perancangan, kerjasama dan pelaksanaan kerja yang teliti, mantap serta berpegang teguh kepada objektif yang sama.
Saya berharap warga koperasi dapat memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti serta penuh kesungguhan dan keikhlasan dalam usaha meningkatkan prestasi ekonomi koperasi bagi memperkukuh gerakan koperasi negara.
Akhir kata, saya menyeru seluruh warga koperasi untuk terus bekerja kuat, bersemangat dan komited dalam menjayakan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA untuk melihat gerakan koperasi negara kekal mencipta kejayaan gemilang di persada negara dan antarabangsa. Selamat Tahun Baharu 2024.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease