WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

ANGKASA 5

JANUARI 2024

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sokong Usaha ANGKASA Bangunkan Ekonomi Komuniti Melalui Koperasi

Lawatan rasmi barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid (tujuh dari kiri) yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan).

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Dato' Dr. Mohamad berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang ke pejabat beliau di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, KOMTAR, Pulau Pinang pada 8 Januari 2024. Selain menyampaikan taklimat mengenai projek yang sedang dijalankan, ANGKASA Negeri Pulau Pinang turut memanfaatkan kunjungan itu untuk meneliti penambahbaikan dalam rancangan jangka panjang ANGKASA. Objektifnya adalah untuk mengangkat imej landskap gerakan koperasi di negeri tersebut, menjadikannya sebuah organisasi yang berteraskan perniagaan terutamanya dalam sektor pertanian dan peruncitan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga turut mencadangkan kerajaan negeri berkenaan untuk membantu usaha meluaskan bidang peruncitan melalui koperasi kariah masjid agar dapat memberi manfaat sosioekonomi kepada masyarakat khususnya anggota koperasi dan mengurangkan kos sara hidup golongan B40. Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman, barisan JPAN Pulau Pinang serta Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Kerajaan Pinang menyokong penuh usaha ANGKASA melalui pejabat perhubungannya di negeri tersebut untuk membangunkan projek ekonomi berdaya saing. Negeri Pulau Antara projek dan program ekonomi komuniti yang kini sedang rancak dilaksanakan oleh ANGKASA Negeri Pulau Pinang adalah Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Rock Melon, Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) dan Program Pembangunan Wakaf Yayasan ANGKASA dalam usaha pemerkasaan ekonomi melalui koperasi. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri menyokong usaha proaktif ANGKASA dan menyatakan kesudian untuk bekerjasama dalam usaha membangunkan ekonomi rakyat di negeri tersebut melalui gerakan koperasi. "Koperasi adalah wadah penting dalam agenda pembasmian kemiskinan dan dalam hal ini, saya mahu gerakan koperasi sebagai gerakan yang membantu rakyat. Justeru, saya percaya pendekatan melalui koperasi, banyak usaha pemerkasaan ekonomi boleh dibangunkan khususnya bagi mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Sesi perbincangan antara ANGKASA Negeri Pulau Pinang dengan YB Dato’ Dr. Mohamad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (kiri) bergambar bersama YB Dato’ Dr. Mohamad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease