ANGKASA 6
JANUARI 2024
Perangi Rasuah: ANGKASA, PAKAR Rancang Kerjasama untuk Memperkasa Tadbir Urus Koperasi
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR), Dato' Sri Shamshun Baharin (empat dari kiri) semasa Kunjungan Hormat PAKAR di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 15 Januari 2024.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti, Encik Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak. PAKARtelahdilancarkansecara
ANGKASA bakal menjalin kerjasama strategik dengan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) dalam memperkasakan tadbir urus koperasi menerusi usaha mendidik dan memberi kefahaman kepada anggota koperasi mengenai kesan dan bahaya rasuah. Pelaksanaan program mengenai kesedaran menyebarluas kefahaman terhadap pencegahan rasuah dan salah guna kuasa menjadi fokus utama kepada kerjasama strategik tersebut khususnya melibatkan penyertaan koperasi kluster besar. Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, isu melibatkan tadbir urus dan kepimpinan menjadi inti pati utama dalam pelaksanaan program berkenaan dalam usaha membentuk anggota koperasi dan entiti koperasi untuk memiliki tahap pemahaman dan kesedaran yang tinggi mengenai antirasuah, integriti dan tata kelola yang baik dan berkesan. Beliau berkata, sebagai langkah awal kepada pelaksanaan program kesedaran itu, ANGKASA dan PAKAR bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) tidak lama lagi bagi merealisasikan inisiatif tersebut untuk kepentingan gerakan. Dr. Mohd Azlan berkata demikian ketika menerima Kunjungan Hormat PAKAR di
rasmi oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Azam Baki pada 15 Mac 2023 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan kini beroperasi di Kompleks SPRM Selangor, Shah Alam, Selangor. PAKAR aktif melaksanakan program khidmat nasihat perundingan dan ceramah berkaitan integriti, antirasuah, salahguna kuasa dan tata kelola yang baik. Selain itu, perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah persediaan persijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan masyarakat kepada entiti berkenaan. PAKAR merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dibarisi oleh Ahli Jawatankuasa Pusat terdiri daripada bekas Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) / SPRM . Mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing yang menyokong segala usaha kerajaan dalam pencegahan rasuah serta bertindak sebagai semak imbang kepada kerajaan dan komuniti.
Presiden PAKAR, Dato' Sri Shamshun Baharin.
Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 15 Januari 2024. Kunjungan PAKAR yang diketuai Presidennya, Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil turut disertai Setiausaha Agung PAKAR, Tuan Samri Dollah serta barisan Ahli Jawatankuasa Pusat PAKAR, Tuan Dzulkarnain Haseki dan Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Kewangan ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim, Pengurus Besar Bahagian Sekretariat, Haji Anuar Bulin, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease