WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

KOPERASI SEKOLAH 7

JANUARI 2024

Catat Perolehan RM2 Juta Bukti Koperasi Sekolah Setaraf Koperasi Dewasa Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama para tetamu dan barisan kepimpinan Koperasi KV Tanah Merah Berhad. Turut kelihatan ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kanan) dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tujuh dari kiri) serta Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah (lima dari kiri) dan Pengarah Kolej Vokasional Tanah Merah merangkap Pengerusi Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, Haji Che Asran Md. Amin (tujuh dari kanan).

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Gerakan koperasi sekolah memainkan peranan setaraf dengan koperasi dewasa dalam meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara. Ini dibuktikan melalui kejayaan Koperasi Kolej Vokasional (KV) Tanah Merah Berhad yang telah merekodkan perolehan melebihi RM2 juta pada tahun 2023. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kejayaan Koperasi KV Tanah Merah Berhad mencapai perolehan tersebut adalah bukti tekad kesungguhan seluruh anggota dan ALK dalam mencapai matlamat koperasi sepanjang 31 tahun penubuhannya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM2 Juta Koperasi Sekolah di kolej berkenaan di Tanah Merah, Kelantan pada 11 Januari 2024. Tambah beliau, adalah penting untuk pelajar memahami bahawa menjadi seorang usahawan berjaya, bukan sahaja keuntungan yang diberikan perhatian, malah koperasi sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kebolehan dan bakat mereka khususnya dalam bidang keusahawanan. “Perolehan ini bukan sekadar angka tetapi cerminan kerja keras anda semua yang telah bersatu hati mengorbankan masa serta tenaga untuk memastikan Koperasi KV Tanah Merah Berhad menjadi perintis dalam mentransformasikan koperasi sekolah setaraf dengan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi dewasa. Selain itu, dengan angka keanggotaan koperasi sekolah yang memberangsangkan, saya percaya koperasi sekolah juga mampu membantu kerajaan menangani isu yang berkaitan dengan kepenggunaan. Contohnya, penjualan barang keperluan pada harga yang berpatutan dengan bekalan terjamin melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100),” jelas beliau. Katanya, koperasi sekolah pada hari ini, bukan sahaja sekadar menerapkan prinsip dan jati diri koperasi, malah juga menjadi sebahagian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan kokurikulum sekolah sebagai nadi utama mencorakkan generasi akan datang melalui sistem pendidikan yang menekankan nilai-nilai

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menurunkan tanda tangan pada plak Coop Trade Centre KV Tanah Merah Berhad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbual bersama tenaga pengajar ketika mengadakan kunjungan ke Coop Trade Centre.

Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengarah KV Tanah Merah merangkap Pengerusi Koperasi KV Tanah Merah Berhad, Haji Che Asran Md. Amin dan Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Murid KV Tanah Merah, Encik Khairul Anuar Ramlan.

kemanusiaan. Perkara itu juga bukan sahaja kaya budaya ilmunya, malah juga tinggi sahsiah dan adab dalam membentuk generasi MADANI. Hadir sama dalam majlis itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease