WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

ANGKASA 8

JANUARI 2024

MyANGKASA Villa Bina 3,000 Unit Rumah Bernilai RM450 Juta Tahun 2024

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan MyANGKASA Villa di Kampung Mahligai, Bachok, Kelantan. Turut kelihatan ialah Anggota Lembaga ANGKASA Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kanan) serta Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA), Dato’ Dr. Haji Mohamed Saat Ismail (empat dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah (tiga dari kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB), Datuk Ir. Haji Shukri Muslim (dua dari kiri).

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Ismail yang juga Anggota Lembaga ANGKASA dan Datuk Ir. Haji Shukri Muslim serta Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Dato' Sr. Dr. Haji Kamarul Rashdan Salleh. Melalui projek berkenaan, sebagai permulaan MBSB akan membina sebanyak tujuh unit MyANGKASA Villa sekali gus menjadikan koperasi sebagai instrumen penting dalam mengorak langkah untuk menyediakan rumah mampu milik untuk anggota koperasi seterusnya diperluas kepada rakyat di negara ini. MBSB kini bergerak pantas dengan mengadakan taklimat MyANGKASA Villa kepada generasi kedua di FELDA Sungai Mas, Pengerang, Johor dan FELDA Keratong 5, Rompin, Pahang dan beberapa lokasi lain melalui Program 'MyVilla Jelajah FELDA' di seluruh negara. Selain itu, MBSB juga berhasrat untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli rumah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan generasi kedua FELDA melalui skim perumahan `COOP HOME’. Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengerusi COOPUSMA, Dato’ Dr. Haji Mohamed Saat Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

ANGKASA melalui subsidiarinya, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB) menyasarkan untuk membina sejumlah 3,000 unit rumah mampu milik kepada anggota koperasi dengan kos bernilai RM45 juta pada tahun ini. Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan, inisiatif menerusi Projek MyANGKASA Villa tersebut bakal memberi manfaat kepada anggota koperasi dalam kalangan B40 yang masih belum memiliki rumah serta mereka yang menghadapi kesulitan mendapatkan pinjaman kewangan daripada institusi kewangan. Melalui usaha komprehensif itu katanya, anggota koperasi dapat menggapai impian memiliki rumah sendiri seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lestari dan makmur. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan MyANGKASA Villa milik MBSB dengan kerjasama Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) di Kampung Mahligai, Bachok, Kelantan pada 11 Januari 2024. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MBSB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, barisan Ahli Lembaga Pengarah MBSB ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin

Sebahagian tetamu yang hadir dalam Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan MyANGKASA Villa.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama tetamu melakukan lawatan tapak Projek Perumahan MyANGKASA Villa di Kampung Mahligai.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama barisan tetamu jemputan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease