WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 9

JANUARI 2024

ANGKASA Sokong Kolaborasi antara Cambodia Agricultural Cooperative Alliance bersama ASEAN Co-operative Organization

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Naib Presiden Cambodia Agricultural Cooperative Alliance (CACA), Mr. Dok Luan di Phnom Penh, Kemboja pada 16 Januari 2024. Turut bersama ialah Pengurus Seksyen Malaysian Business Office (MBO), Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Dalam usaha untuk memperkukuh ikatan serantau dan mempromosikan industri pertanian yang bersifat kolaboratif, ANGKASA menyokong usaha Cambodia Agricultural Cooperative Alliance (CACA) untuk menjadi ahli ASEAN Co-operative Organization (ACO) serta mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh ACO. Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama Naib Presiden CACA, Mr. Dok Luon di Phnom Penh, Kemboja pada 16 Januari 2024. “Kita menggalakkan CACA untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh ACO. Penyertaan ini membuka peluang jaringan, perkongsian pengetahuan dan projek kolaboratif yang dapat memberi manfaat besar kepada landskap pertanian Kemboja dan serantau ASEAN,” katanya. Tambah beliau, langkah tersebut bertujuan untuk membina jambatan kerjasama serta mempromosikan pertukaran pengetahuan dan meningkatkan perbincangan bersama dalam sektor pertanian. “Melalui sinergi itu juga, koperasi dapat bersama-sama mengatasi cabaran, serta

Sesi perbincangan antara Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dengan Mr. Dok Luon.

memperkuat dan menyokong pembangunan komuniti pertanian. Usaha kolaboratif berkenaan tidak hanya memberikan manfaat kepada sektor pertanian di Kemboja, malah memberi

sumbangan yang penting kepada matlamat lebih besar untuk membentuk rangkaian koperasi serantau yang kukuh dan saling terhubung,” jelas beliau.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease