S
FEB 2024 JILID: WP06/2 EDISI KHAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PELANCAR
ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
2
Sidang Pengarang
Halim Haji Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
Dato' Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Anggota Lembaga ANGKASA
Dato' Haji Kamarudin Ismail Anggota Lembaga ANGKASA
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Anggota Lembaga ANGKASA
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA
Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA
Kandungan
02 03
04 05
06 08
Sidang Pengarang
Pasukan PELANCAR
PELANCAR Cipta Sejarah Tersendiri dalam Gerakan Koperasi Negara Tinta Sidang Pengarang
Sidang Pengarang (Panel Penasihat Editorial)
Rentetan Sejarah PELANCAR
3
Sidang Pengarang (Panel Penasihat Editorial)
Dr. Zaharani Ahmad Panel Penasihat Editorial
Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Panel Penasihat Editorial
Dato' Haji A. Aziz Deraman Panel Penasihat Editorial
Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah Panel Penasihat Editorial
1O 12
14 15
16 17
Transformasi Kulit Depan PELANCAR
Cabaran Kepimpinan dalam Proses Transformasi Kepentingan Pemimpin Koperasi Menyelami Berita Koperasi Global
COOP@GLOBAL
PELANCAR: Meniti Transformasi, 50 Tahun Penerbitan Penuh Evolusi
Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Sempena Sambutan Jubli Emas PELANCAR
4
Pasukan PELANCAR
Faizatulliza Mohd Noor Pereka Grafik
Datin Hajah Fauziah Zainal Pruf dan Rekaletak
Rahmat Mohd. Did Pengarang / Jurufoto
Nadiah Kamarudin Pengarang
Mohd Idzdihar Nooridzahir Pengarang
Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pengarang
Nor Azah Abd. Aziz Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus Seksyen PELANCAR)
Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pengarang
5
Meniti 50 Tahun Sebagai Wadah Pengembangan Ilmu dan Informasi Terkini Koperasi Rentetan Sejarah PELANCAR
PELANCAR: CETUSAN IDEA PAK UNGKU PELANCAR telah diperkenalkan pada Februari 1974 dalam penerbitan berbentuk majalah yang mempunyai sebanyak 12 muka surat hasil cetusan idea mantan Yang Dipertua ANGKASA, Almarhum YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
KREATIVITI DALAM WARNA Majalah PELANCAR dengan cetakan warna penuh (kulit depan dan dalam) mula diterbitkan untuk meningkatkan daya tarikan visual dan memastikan gambar, ilustrasi, dan grafik muncul dengan kualiti tertinggi.
PELANCAR VERSI TABLOID: Penerbitan PELANCAR versi tabloid diperkenalkan kerana sangat sesuai untuk penyampaian berita ringkas, informasi cepat, atau cerita pendek, seiring dengan kecenderungan pembacaan yang pantas dalam era digital ini.
e-PELANCAR: TRANSFORMASI MAJALAH DIGITAL
PELANCAR melalui satu transformasi apabila aplikasi mudah alih, ‘e-PELANCAR’ menjadi platform baharu dalam bentuk penerbitan digital.
COOPBIZ: INOVASI AUDIO VISUAL PELANCAR PELANCAR memperkenalkan produk baharu iaitu, ‘CoopBiz’ yang merupakan segmen audio visual memaparkan produk dan perkhidmatan perniagaan koperasi dan diterbitkan menerusi Facebook dan YouTube rasmi ANGKASA serta aplikasi ‘e-PELANCAR’ . Lebih 25 video telah dihasilkan sehingga kini.
MENGUKIR SEJARAH 50 TAHUN PELANCAR PELANCAR meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun dengan slogan ‘Membangkit Aspirasi, Merentasi Prestasi’.
S
6
Sambutan Jubli Emas PELANCAR PELANCAR Cipta Sejarah Tersendiri dalam Gerakan Koperasi Negara
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Penubuhan ANGKASA pada tahun 1971 telah menyaksikan Majalah PELANCAR diterbitkan hasil cetusan idea mantan Yang Dipertua ANGKASA, Almarhum YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Ungku' pada Februari 1974. Pada awal penerbitan, Majalah PELANCAR menjadi majalah bulanan rasmi ANGKASA yang berperanan menyampaikan ilmu berkaitan koperasi, sekali gus bertindak sebagai suara kepada gerakan koperasi. Penerbitan sulungnya pada ketika itu mengandungi sejumlah 12 muka surat dengan jumlah cetakan sebanyak 3,000 naskhah. Sidang Pengarang penerbitan PELANCAR terdiri daripada Pak Ungku dan Pengarang pertama, iaitu Encik Abdul Aziz Haji Ibrahim telah dibantu oleh kakitangan Bahagian Sekretariat ANGKASA, iaitu Encik Sulaiman Daud dan Encik Adnan Omar. Sehingga Disember 2023, sebanyak 594 edisi PELANCAR telah diterbitkan sejak bulan Februari 1974. Dengan slogannya iaitu ‘Majalah Nasional ANGKASA – Mendukung Cita- Cita Koperasi’ , majalah tersebut dicetak oleh Penerbit Universiti Malaya Berhad pada tahun 1974 hingga 1980 dan kemudiannya dicetak oleh Percetakan Adabi Sdn. Bhd. Keluaran pertama pada bahagian muka hadapan PELANCAR telah memuatkan perutusan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Almarhum Tun Haji Abdul Razak Hussein.
Yang Dipertua ANGKASA, Almarhum YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Edisi pertama Majalah PELANCAR pada tahun 1974. pertama Majalah PELANCAR pada tahun 1974.
Saya amat mengalu-ngalukan langkah ANGKASA menerbitkan sebuah majalah bulanan ‘PELANCAR’ yang akan menumpukan perhatian kepada falsafah dan cita-cita kooperatif terutama dalam negeri. Melalui majalah ini, saya percaya anggota-anggota ANGKASA khasnya dan orang ramai amnya akan mendapat pendidikan dan pengetahuan baru mengenai perkembangan kooperatif di negara-negara maju supaya dijadikan panduan dan tauladan oleh mereka.
- Antara inti pati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Almarhum Tun Haji Abdul Razak Hussein dalam edisi pertama Majalah PELANCAR pada tahun 1974.
7
Koperator sedang membaca Majalah PELANCAR.
Pengunjung melihat koleksi Majalah PELANCAR yang dipamerkan. melihat koleksi Majalah PELANCAR yang dipamerkan.
Pada awal dekad penerbitan PELANCAR, isu yang dibincangkan lebih menjurus kepada nilai dan jati diri koperasi melibatkan elemen berkaitan perpaduan, kesungguhan, keyakinan, kesedaran dan kerjasama antara anggota. Selain itu, perkongsian ilmu berkaitan pendidikan, pertanian, perundangan, koperasi sekolah, sejarah koperasi dan tokoh koperasi serta berita luar negara juga diberi perhatian. Menariknya, Pak Ungku turut sama banyak menyumbang idea menerusi penulisan mengenai ekonomi, kemiskinan, pendidikan koperasi serta sektor pertanian. Setelah lima dekad menyebar luas ilmu dan perkembangan koperasi negara, tahun 2024 menyaksikan PELANCAR meraikan sambutan Jubli Emas dengan slogan ‘Membangkit Aspirasi, Merentasi Prestasi’. Lembaran sejarah istimewa yang digarap PELANCAR pada usia 50 tahun diharap bakal menjadi pelengkap dan bukti penerbitan ini akan terus kukuh serta teguh berdiri menjadi penyampai maklumat berinformatif mengenai gerakan koperasi kepada masyarakat.
Proses penerbitan Majalah PELANCAR. penerbitan Majalah PELANCAR.
Artikel oleh Pak Ungku yang diterbitkan dalam Majalah PELANCAR edisi Ogos 1988. oleh Pak Ungku yang diterbitkan dalam Majalah PELANCAR edisi Ogos 1988.
8
Tinta Sidang Pengarang
"Tahniah kepada PELANCAR yang tetap kukuh dalam industri penerbitan sehingga mencapai usia 50 tahun dan atas kejayaan mengekalkan prestasi cemerlangnya. Saya suka menyoroti usaha PELANCAR dalam mengadaptasi kepada perkembangan digital dengan memperkenalkan aplikasi ‘PELANCAR’. Aplikasi ini membolehkan pembaca untuk
memuat turun maklumat berkaitan gerakan koperasi, dan ini merupakan langkah bijak mengikuti trend penggunaan peranti digital pada masa kini. Melalui aplikasi ini juga menyumbang kepada kelestarian ilmu berkoperasi, menyediakan maklumat yang bermakna kepada anggota, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Selamat maju jaya dalam perjalanan seterusnya dan semoga PELANCAR terus berjaya dalam menyampaikan ilmu berkoperasi kepada masyarakat."
“Tahniah kepada ANGKASA dan warga kerja PELANCAR kerana berjaya menerbitkan tabloid dan juga membangunkan aplikasi PELANCAR sehingga berjaya menyambut Jubli Emas pada tahun 2024. PELANCAR adalah platform terbaik untuk ANGKASA dalam menyebarluaskan maklumat aktiviti dan info terkini gerakan koperasi sama ada dalam negara mahupun di arena antarabangsa. Peranan PELANCAR amat baik dan bermakna, namun penambahbaikan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. Tahniah juga kepada semua penulis PELANCAR yang terlibat dan kompetensi penulisan mereka dalam tabloid berpotensi ditingkatkan melalui pelbagai latihan dalam penulisan mahupun fotografi.”
Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
“Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja PELANCAR dan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA yang telah menghasilkan kejayaan melalui usaha gigih sehingga mencapai usia Jubli Emas. Penerbitan yang selalu dinanti-nantikan setiap bulan tanpa istirehat oleh warga koperasi
Timbalan Presiden ANGKASA Dr. Mohd Azlan Yahya
khasnya dan masyarakat Malaysia amnya (malah ke persada dunia) telah memaparkan pelbagai isu semasa dan sosioekonomi, budaya dengan menarik, penuh maklumat dan sentiasa segar. Sesungguhnya kita berdoa agar setengah abad mendatang lebih segar
“PELANCAR berperanan sebagai penyampai atau medium untuk ANGKASA dan koperasi dari awal penerbitan lagi sehingga kini. Keperluan terhadap PELANCAR dilihat semakin meningkat, malah disampaikan melalui penggunaan aplikasi seiring dengan keadaan semasa dan diterima baik oleh anggota koperasi. PELANCAR juga aktif dalam menyampaikan informasi terkini mengenai gerakan koperasi negara untuk tatapan pembaca dari luar negara melalui penerbitan ‘Coop Malaysia Update’ setiap bulan yang boleh diakses menerusi aplikasi PELANCAR.”
dan sentiasa dinanti-nantikan dengan ilmu, maklumat dan berita menarik koperasi dan lain-lain yang memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Selamat Menyambut Ulang Tahun PELANCAR Ke-50."
Anggota Lembaga ANGKASA Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Anggota Lembaga ANGKASA Dato' Haji Kamarudin Ismail
“PELANCAR sentiasa relevan untuk digunakan sebagai bahan bacaan dan pengolahan bahasanya sangat berkesan. Ini kerana artikel disunting dengan baik oleh editor yang terlibat. Justeru, PELANCAR perlu dihargai atas ketahanannya sebagai majalah atau tabloid selama setengah abad usianya. PELANCAR sentiasa menyediakan informasi
“Tahniah dan syabas untuk PELANCAR yang menyambut ulang tahunnya ke-50. PELANCAR konsisten menjadi wadah dan wasilah ANGKASA menyampaikan maklumat dan perkembangan gerakan koperasi negara dan antarabangsa. Sejajar perkembangan
yang berkualiti dan diperlukan oleh anggota koperasi sekolah mahupun koperasi dewasa.
teknologi, PELANCAR telah melalui proses penerbitan dan penyampaian informasi koperasi boleh menggunakan platform digital dan sosial media. Diharap PELANCAR menjadi rujukan dan bacaan tepat aspirasi koperasi bagi koperator khasnya
Penggunaan aplikasi PELANCAR menambahkan bilangan pembaca dalam kalangan komuniti tanpa batasan dan tidak terhad kepada bahan cetakan semata-mata.”
Anggota Lembaga ANGKASA Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa
dan khalayak umumnya. PELANCAR boleh berbangga atas pencapaiannya kini adalah hasil tenaga kerja dan editorial yang komited serta dedikasi.”
Anggota Lembaga ANGKASA Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
9
“Usia setengah abad, usia yang cukup matang. Jika diumpamakan kepada manusia, kematangan itu sudah melepasi usia 40 tahun, akal dan dada penuh dengan ilmu dan kebijaksanaan. PELANCAR sudah melewati semuanya itu, dugaan sebagai suara bakti yang menyebarkan segala hal tentang ANGKASA. Siarannya bukan sekadar berita mengenai kegiatan, malah memupuk kecerdasan minda terhadap gerakan koperasi di semua peringkat, laporan kegiatan, makalah rujukan yang berguna, pengurusan dan pentadbiran organisasi, kefahaman ekonomi, kewangan, tahap kepimpinan, psikologi dan seumpamanya. Jika PELANCAR ditatap setiap keluarannya, tidak syak lagi manfaatnya amat besar kepada pembaca setianya. Dorongan akan lebih menanjak dan kesegaran pemikiran akan kukuh tertegak. Semoga PELANCAR tetap mantap dan kekal hidup mengisi ilmu dan pengetahuan buat semua. Syabas dan tahniah kepada para pimpinan dan barisan editornya. Dirgahayu buat PELANCAR.”
“Sesuai dengan usianya yang kini menjangkau 50 tahun, PELANCAR sentiasa di hati dan menjadi bahan rujukan anggota koperasi tanpa mengira umur dan bangsa, pelajar sekolah mahupun dewasa. Peranannya sebagai penyampai amanat, informasi, pencapaian mahupun perancangan gerakan koperasi di peringkat tempatan mahupun global tetap unggul selari dengan peredaran zaman. Semoga PELANCAR terus berjaya dan memberikan sumbangan yang bernilai kepada perkembangan gerakan
koperasi, serta terus mengukuhkan kedudukan dalam industri media dan informasi.”
Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dato' Haji A. Aziz Deraman
Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah
“PELANCAR adalah lidah rasmi ANGKASA yang menjadi wadah penyampaian, penyebaran dan perkongsian maklumat dan berita untuk anggota koperasi bawah naungannya. Informasinya bersifat ringkas, tuntas dan jelas yang meliputi visi, misi, pelan tindakan, hubungan jaringan strategik, pelaksanaan program dan aktiviti serta promosi produk yang dihasilkan. Keprihatinan dan kesungguhan ANGKASA untuk meningkatkan taraf sosioekonomi para anggotanya serta menyokong perkembangan ekonomi negara melalui pelbagai inisiatif dan daya usaha kegiatannya terserlah dalam tabloid PELANCAR.”
Tahniah 50 tahun PELANCAR. Dulu dikenali Majalah PELANCAR, kini Wadah PELANCAR. Mampu mengharungi era globalisasi dan digitalisasi serta berjaya menyampaikan maklumat terkini berkaitan kegiatan koperasi dan ANGKASA. Berjaya menghidupkan dan mewangikan sastera Melayu dengan menyiarkan pantun, gurindam dan sajak serta mengadakan pembacaan puisi melibatkan Sasterawan Negara dan para sasterawan tanah air."
Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dr. Zaharani Ahmad
Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
“PELANCAR sebagai sebuah naskhah yang mendokumentasikan perjalanan gerakan koperasi di Malaysia, berjaya merakam setiap perubahan sejak tahun 1974. Kewujudan PELANCAR adalah sebagai sumber rujukan Gerakan Koperasi di Malaysia dan mudah diterima anggota koperasi.
Semoga rakaman momen dan pelaporan daripada PELANCAR akan membuatkannya terus relevan sepanjang zaman. Malah, PELANCAR terus melaporkan perkembangan Gerakan Koperasi di luar negara sebagai inspirasi kepada koperasi di seluruh dunia untuk lebih maju.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
S
10
Transformasi Kulit (1970an
1970an
1990an
1974 - Muka hadapan majalah PELANCAR keluaran pertama bertarikh Februari 1974 yang menampilkan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Almarhum Tun Haji Abdul Razak Hussein. Beliau menyokong penerbitan PELANCAR sebagai sumber pendidikan dan pengetahuan koperasi negara.
1997 – Gambar atas kiri: Buah-bu segar yang dipasarkan di Koperas Pasaraya Malaysia Berhad (KOPA Kuala Lumpur. Bawah kiri: Suasan semasa Pertandingan Melukis IE- HIKARI di Shah Alam. Atas kanan: Peserta sedang menyiapkan hasil mereka dalam Pertandingan Melu ID-NO-HIKARI di SRK Muda, Shah Bawah kanan: Kuih-muih yang diju KOPASAR sempena hari raya.
1976 – Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Wan Ismail Haji Wan Ibrahim sewaktu merasmikan Kursus Urusetia ANGKASA di Kota Bharu, Kelantan.
1986 – Yang Dipertua ANGKASA, YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid memotong kek ANGKASA sempena perayaan hari jadinya yang ke-64 yang diadakan khusus oleh seluruh kakitangan ANGKASA. Di sebelahnya, Pengurus Umum ANGKASA, Tuan Syed Abdullah Syed Abu Bakar.
Dekad 2 2004 - Pak U dan Ketua Se Kementerian Pembanguna Dato’ Haji Yid semasa mela pameran ANG sempena Per Kebangsaan T ANGKASA (P
1988 – Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datin Paduka Rafidah Aziz yang pernah menjawat jawatan Naib Yang Dipertua ANGKASA bermula 31 Julai 1971 hingga 1978 – Gambar Jabatan Penerangan.
1980an
11
Depan PELANCAR - Terkini)
Terkini
Dekad 2010 2017 – International Cooperative Alliance Global Conference and General Assembly (ICAKL 2017) berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa. Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan) bersama Presiden baru ICA, Ariel Guarco (tengah) dan mantan Presiden ICA, Monique F. Leroux.
uahan si ASAR), na -NO- : l karya ukis h Alam. ual di
Dekad 2020 2021 – ANGKASA mengucapkan Salam Perkenalan dan mengalu- alukan pelantikan Dato' Suriani Dato' Ahmad sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu.
2018 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bergambar bersama Menteri Besar Perak, YB Ahmad Faisal Azumu (kiri sekali), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (dua dari kanan) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (paling kanan) di Majlis Penyerahan Zakat ANGKASA Negeri Perak.
Ungku etiausaha
2000 Tanah dan an Koperasi, dris Abdullah awat gerai GKASA rsidangan Tahunan PKTA) Ke-20.
12
PELANCAR: Meniti Transformasi, 50 Tahun Penerbitan Penuh Evolusi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh berkongsi pengalamannya melihat majalah Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh berkongsi pengalamannya melihat majalah PELANCAR berkembang sejak lebih 30 tahun berkhidmat dengan ANGKASA.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Sepanjang lima dekad, PELANCAR telah menjadi saksi kepada gelombang transformasi gerakan koperasi yang mengukir sejarah penerbitan naskhah ini. Dalam keluaran istimewa ini, wakil PELANCAR menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, antara pemimpin utama yang menyaksikan evolusi PELANCAR yang menarik dari sudut pandangan sebagai warga ANGKASA. Sebagai seorang warga kerja senior dalam keluarga ANGKASA, bolehkah Dato' berikan sedikit ulasan tentang sejarah perjalanan dan peranan PELANCAR? Dato’ Haji Abdullah: Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dengan ANGKASA, saya telah melihat pelbagai evolusi dilalui PELANCAR sebagai sebuah naskhah yang mendokumentasikan perjalanan gerakan koperasi di Malaysia.
Wakil PELANCAR menemu bual Dato’ Haji Abdullah.
Dato’ Haji Abdullah: Tidak banyak sumber rujukan gerakan koperasi di Malaysia, jadi kewujudan dan konsistensi PELANCAR membuatkannya mudah diterima warga koperasi. Pemerkasaan koperasi menerusi promosi produk dan perkhidmatan, pelaporan pelbagai polisi kerajaan serta rakaman momen penting gerakan koperasi dalam PELANCAR menjadi sebab utama PELANCAR masih relevan sehingga hari ini.
menerima impaknya dan PELANCAR berjaya merakam setiap perubahan tersebut sejak mula diterbitkan pada tahun 1974. Saya berharap PELANCAR terus konsisten merakam jejak koperasi di Malaysia agar dapat dijadikan rujukan kepada penggerak koperasi baharu kemudian hari. Dari sudut pengamatan Dato' sendiri, bagaimanakah reaksi dan tahap penerimaan warga koperasi sendiri terhadap PELANCAR?
Seiring kemajuan teknologi dan ekonomi dunia, gerakan koperasi di Malaysia turut
13
Apakah segmen penerbitan yang dirasakan Dato’ perlu diberi tumpuan dalam setiap keluaran PELANCAR? Dato’ Haji Abdullah: Saya mencadangkan agar PELANCAR mewujudkan satu segmen yang menonjolkan koperasi besar dalam lingkungan 100 terbaik untuk berkongsi tentang kisah kejayaan mereka supaya dapat dijadikan inspirasi dan panduan kepada koperasi lain. Selain itu, segmen untuk pelbagai agensi kerajaan yang membuat dasar juga perlu diperkenalkan supaya rakyat, khususnya anggota koperasi cakna dengan polisi terkini oleh kerajaan berkaitan koperasi. Hal ini mampu memberi impak secara langsung kepada perkembangan gerakan koperasi masa akan datang apabila melihat semula keberkesanan dasar yang diperkenalkan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disumbangkan oleh koperasi. PELANCAR juga disaran untuk melaporkan perkembangan gerakan koperasi di luar negara agar dapat dijadikan rujukan kepada koperasi di Malaysia. Banyak perkembangan berlaku di luar negara dan seharusnya dijadikan inspirasi supaya kemajuan koperasi di seluruh dunia mampu bergerak seiring dengan koperasi di negara yang lebih maju.
ilmiah, demografik pembaca akan mengecil dan mungkin akhirnya terpinggir.
Sajak
Jadi matlamat kita bukan hanya untuk PELANCAR menjadi sumber rujukan maklumat gerakan koperasi yang disegani, tetapi juga turut diminati oleh semua. Transformasi dalam dunia penerbitan secara tidak langsung telah memberi banyak alternatif kepada masyarakat dalammendapatkanmaklumat.Apakah saranan yang ingin Dato’ sampaikan demi memastikan PELANCAR terus relevan kepada gerakan koperasi? Dato’ Haji Abdullah: Kita sering memberi fokus kepada koperasi sekolah dan koperasi dewasa sehingga kita terlupa anak muda yang sudah menamatkan zaman persekolahan. Realitinya, peranan golongan ini sangat penting dalam membangun dan menentukan hala tuju gerakan koperasi pada masa hadapan selain menjadi pelapis kepada koperasi sedia ada. Agak merugikan jika golongan muda ini diabaikan setelah memasuki alam pengajian tinggi, tanpa membawa kesinambungan daripada apa yang dipelajari di sekolah sebelum ini dalam konteks koperasi. Kita perlu mencari kaedah sesuai agar mereka ini dapat turut serta dalam gerakan koperasi melalui pelbagai platform seperti PELANCAR atau media sosial untuk menarik minat mereka. Apabila semua lapisan umur, bangsa dan agama diberi perhatian, saya yakin PELANCAR akan kekal relevan kerana buat masa sekarang tidak banyak sumber tentang koperasi yang boleh diakses masyarakat menjadikan PELANCAR antara rujukan utama penggiat koperasi dan orang awam.
Terlalu cepat waktu berlari kini sudah meredah 2024 lalu memanjat kesyukuran menyaksikan nama Pelancar bertukar Wadah Pelancar kian segar menghirup nafas gagah megah mengangkasa tabur bakti di bawah naung ANGKASA menjadikan Wadah Pelancar pada usia matangmu lahir sejak 1974 sudah menjangkau 50 tahun bertaraf mulia Jubli Emas...! Tanpa mengenal penat lelah Wadah Pelancar terus kekal menanam benih pendidikan tentang informasi koperasi akan peranan dan kemajuan memotivasi minda rakyat bersama menubuh koperasi capai aspirasi ANGKASA...! Justeru, letusan ANGKASA kini melebar sayap perkasa di bawah teraju minda emas menghulur budi berbakti membimbing rakan koperasi di persada seantero alam demi menjana ekonomi diingini kekal lancar terus menitip khabar di dada Wadah Pelancar penuh senyuman gemilang menyongsong arus jaya zaman-zaman mendatang...! JUBLI EMAS WADAH PELANCAR
PELANCAR perlu jadi majalah yang boleh dibaca dan difahami oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya penggiat koperasi. Ini termasuklah golongan muda dan pihak kerajaan. Jika terlalu bersifat ilmiah, demografik pembaca
akan mengecil dan mungkin akhirnya terpinggir.
Adakah segmen ilmu dan pendidikan sesuai jika dikongsikan bersama dengan pelaporan aktiviti koperasi? Dato’ Haji Abdullah: PELANCAR perlu jadi majalah yang boleh dibaca dan difahami oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya penggiat koperasi. Ini termasuklah golongan muda dan pihak kerajaan. Jika terlalu bersifat
NAZERI NONG SAMAH Anggota Koperasi Peserta-Peserta Felcra Gugusan Durian Hijau Jerantut Berhad
Dato’ Haji Abdullah membaca kandungan majalah PELANCAR.
14
Cabaran Kepimpinan dalam Proses Transformasi
I – Inspiring , C – Control/Coaching/ Coordinate dan E – Evaluation . ANGKASA kini berusia 53 tahun, mempunyai sejarah tersendiri untuk mengekalkan peranan sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang telah berusia 102 tahun. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra’ad (13): 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dilakukan secara berterusan dan anggota dalam organisasi perlu sentiasa bersedia dengan perubahan apabila pemimpin utama dan pemimpin pengurusan mula menggariskan penetapan transformasi. pada diri mereka sendiri”. Ini bermakna, perubahan perlu Isu utama pemimpin dalam organisasi semasa proses transformasi adalah cabaran untuk menggembleng seluruh warga kerja dan pemegang taruh untuk turut serta melaksanakan transformasi. Di sinilah cabaran seorang pemimpin akan teruji. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberikan manfaat kepadamu, mintalah pertolongan daripada Allah SWT dan jangan kamu berasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan: ‘Kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini.’ Sebaliknya katakanlah, 'Hal itu ketentuan Allah dan apa-apa yang Allah kehendaki pasti terjadi.’ Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim) Ini bermakna, seorang pemimpin perlu mempunyai kualiti kesabaran dalam membimbing dan memacu semua warga kerja dan pemegang taruh organisasi. Gaya kepimpinan yang bersesuaian dan perlu dilaksanakan adalah Kepimpinan Transformasi dan bukannya Kepimpinan Transaksional . Proses transformasi utama mempunyai garis masa tertentu (bergantung kepada tahap transformasi) dan kesabaran pemimpin akan diuji sepanjang proses itu. Oleh itu, pemimpin berperanan i). Mempengaruh Idea iaitu dengan merangsang motivasi warga kerja dan anggota, dengan menjelaskan visi dan misi, membina kepercayaan ( trust ) serta rasa hormat ( respect ). Selain itu, pemimpin berperanan untuk memberi ii). Inspirasi dengan menyampaikan penghargaan yang tinggi, memberi cabaran dan membentuk kepentingan bersama untuk bertransformasi.
Pemimpin adalah faktor utama untuk memacu kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Kenyataan ringkas itu nampak mudah diungkapkan tetapi adakah benar pemimpin merupakan faktor dominan yang akan mempengaruhi kecemerlangan organisasi. Kajian oleh Winston & Patterson (2006) menunjukkan terdapat lebih 90 pemboleh ubah atau dimensi yang boleh digunakan untuk memahami maksud kepimpinan menurut perspektif pengkaji kepimpinan daripada pelbagai disiplin. Antara dimensi tersebut ialah keupayaan memberi sokongan, mengambil risiko, aktif, sentiasa terkehadapan, membina kebersamaan, berpengaruh, kreatif, berinovasi, berorientasikan matlamat dan berorientasikan kemanusiaan. Dimensi yang digambarkan di atas adalah antara ciri kepimpinan yang diperlukan dalam organisasi terutamanya apabila melaksanakan transformasi. Kebolehan untuk mempengaruh, memimpin dan membimbing (mentor) merupakan antara elemen utama diperlukan oleh pemimpin apabila satu garis masa tranformasi telah ditetapkan. Pemimpin utama perlu mampu mempengaruhi pemimpin pengurusan manakala pemimpin pengurusan pula perlu mampu mengajak kakitangan bawah seliaannya untuk turut sama dalam proses transformasi. Dari sinilah akan bermulanya proses transformasi. Dr. André de Waal, dalam buku What Makes a High Performance Organization (2019), menyatakan terdapat lima (5) kritikal faktor iaitu Kualiti Pengurusan, Keterbukaan dan Berorentasikan Tindakan, Orentasi Masa Depan, Penambahbaikan Secara Berterusan dan Kualiti Kakitangan. Faktor tersebut perlu difahami oleh setiap pemimpin di setiap peringkat bagi bertindak mengikut keperluan transformasi. Pemimpin utama tidak boleh silap dalam ‘berkomunikasi’ dengan pemimpin pengurusan dalam menyampaikan pelan visi dan misi transformasi. Pemimpin pengurusan berperanan untuk menterjemahkan visi dan misi dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kakitangan seliaannya. Kaedah terbaik adalah melalui coaching dan mentoring . Ini penting supaya apa yang disasarkan semasa proses transformasi dapat dirasai oleh semua warga organisasi. Perlu diingat pengurusan adalah POLICE kepada organisasi iaitu P – Planning , O – Organising , L – Leading , Oleh HALIM HAJI IBRAHIM Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik).
Halim Haji Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat
Pemimpin juga perlu mampu iii). Stimulasi Daya Intelek warga kerja dan anggota dengan menggalakkan penggunaan kepintaran dan kecerdasan minda, berfikir secara tuntas, menganalisis serta mampu stimulasi penyelesaian masalah secara inovatif. Terakhir sekali, pemimpin perlu ada iv). Pertimbangan Individu iaitu dengan memberikan perhatian kepada keperluan dan bimbingan bagi pembangunan diri setiap individu. Inilah empat (4) gaya pemimpin yang diperlukan dalam proses transformasi. Disebutkan semula, garis masa transformasi utama akan tamat mengikut garis masa yang ditetapkan. Namun, proses tersebut tidak akan terhenti. Bak kata bekas Perdana Menteri United Kingdom, Winston Churchill “To Improve is to Change, To be Perfect is to Change Often” . Perubahan sentiasa diperlukan jika organisasi inginkan kecemerlangan. Inilah peranan pemimpin yang sentiasa aktif untuk berperanan dalam proses transformasi.
RUJUKAN
Winston, B.E. & Patterson, K. 2006. An Integrative Definition of Leadership. International Journal of Leadership Studies, Vol. 1 Issue 2: 6-66. André de Waal, Dr., 2019. What Makes a High Performance Organization. Global Professional Publishing.
15
Kepentingan Pemimpin Koperasi Menyelami Berita Koperasi Global
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Dalam era globalisasi yang melanda dunia perniagaan, pemimpin koperasi di Malaysia seharusnya tidak hanya berpusar pada perkembangan tempatan namun perlu membuka diri untuk menggenggam peluang global yang meluas bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian koperasi mereka. Usaha tersebut bukan sahaja memberikan mereka gambaran yang lebih luas tentang perkembangan global dalam arena koperasi, malah juga membolehkan mereka mempelajari dan mengaplikasikan amalan terbaik koperasi di seluruh dunia. Salah satu aspek penting yang perlu diperhatikan oleh pemimpin koperasi adalah perubahan dalam landskap perundangan dan peraturan koperasi di peringkat antarabangsa. Dengan mengetahui perubahan itu, pemimpin koperasi dapat menyelaraskan amalan mereka dengan standard antarabangsa, memastikan kepatuhan yang lebih baik dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih mapan. Selain daripada itu, mereka juga perlu mengambil perhatian kepada inovasi dan teknologi yang digunakan oleh koperasi luar negara. Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa impak besar terhadap cara koperasi beroperasi. Pemimpin yang berwawasan perlu memahami dan mengadaptasi teknologi terkini untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing koperasi mereka. Kerjasama antara koperasi tempatan dengan koperasi luar negara juga boleh menjadi sumber inspirasi dan peluang perniagaan yang baharu. Apabila menjalinkan hubungan dengan koperasi dari pelbagai negara, pemimpin dapat mempelajari cara yang berkesan untuk memperluas pasaran mereka dan meningkatkan keuntungan koperasi secara keseluruhan. Ketidakpastian ekonomi global juga merupakan faktor yang perlu diberi perhatian. Dengan memantau perkembangan ekonomi dan koperasi di negara lain, mereka dapat merancang strategi yang lebih baik untuk mengatasi cabaran dan mengekalkan ketahanan koperasi tempatan. Ketidakpastian ekonomi global bukanlah dinding yang menghalang, tetapi batu loncatan untuk pemimpin koperasi yang bijak. Dengan memahami dan merangkumi perkembangan ekonomi dan koperasi luar negara, mereka dapat merancang pelbagai langkah proaktif untuk menangani cabaran dan mengekalkan daya ketahanan koperasi tempatan. Kesimpulannya, kejayaan sebuah koperasi tidak lagi diukur melalui pencapaian di peringkat
Koperator boleh melanggan newsletter yang diterbitkan secara bulanan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA).
Pelbagai berita dan informasi terkini mengenai koperasi dari seluruh dunia yang boleh dibaca melalui Co-op News (www.thenews.coop).
domestik. Pemimpin koperasi perlu melangkah ke hadapan dan memetik hikmah dari pengalaman koperasi global. Hanya dengan menyelami berita koperasi dari serata dunia, koperasi Malaysia dapat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemain
utama dalam arena global, memberikan manfaat maksimum kepada anggota koperasi, dan menerangi jalan untuk masa depan yang lebih cerah.
16
The 16th ICA-AP Regional Assembly, held from 6-10 November 2023, in Manila, Philippines, was a gala affair. The Philippines hosted the Regional Assembly after two decades (last held in 2003) under the aegis of the Philippines Cooperative Affiliates (PCA).
The Assembly comprised the Cooperative Forum, Regional Board Meeting, various events organized by the regional sectoral and thematic committees, and the statutory meeting of the Regional Assembly. The overarching theme was “Cooperatives: Our Common Agenda.” More than 250 international delegates from 21 countries (Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Brunei, Canada, China, India, Indonesia, Iran, Italy, Japan, Malaysia, Nepal, Paraguay, S. Korea, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Uruguay, and Vietnam) and around 285 delegates from the Philippines attended the Regional Assembly. The Cooperative Forum’s Drafting Committee presented the Manila Resolution on "Cooperatives: Our Common Agenda" for adoption by the Regional Assembly.
Draft version as on 9th November 2023
The 11th Asia Pacific Cooperative Forum, representative of the ICA in the Asia and Pacific and the cooperative movements therein; having met during the 16th Regional Assembly of the ICA Asia and Pacific (ICA-AP) from 6 – 10 November, 2023 at Manila, the Philippines, while 1. reaffirming the Statement on Cooperative IDENTITY and its promotion in theory and practice at all levels of cooperative education and training systems, 2. recognizing the need for cooperatives to drive the CLIMATE agenda forward by advancing sustainability through cross sector collaboration, and reimagining how we produce, consume, and dispose of resources, 3. recognizing DIVERSITY and INCLUSION by appreciating the inherent ability of cooperative enterprises in mainstreaming women, youth and marginalised sections of the society, thus creating equal opportunity for all, 4. recognizing the urgency of TECHNOLOGY ADOPTION to increase participation, service and competitiveness of cooperative enterprises in realizing their inherent sustainable future; recognizing the shift towards digitalization and the requirements for digital channels for cooperative services, improved digital tools and technology for enhanced productivity, risk management with cybersecurity system to protect members’ identity and data, and the importance of shared services, and 5. recognizing the relevance of SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS and the importance of positioning cooperatives in the Global Development Agenda, and the creation of enabling legal, policy and regulatory climate to realise the complete potential of people-based economic enterprises in Asia Pacific region, hereby resolve with the spirit of cooperation to, 1. initiate activities at national and local level to preserve and promote the cooperative identity towards reaching our COMMON AGENDA; 2. urge national cooperative movements to call on their Governments to revise cooperative laws and policies in conformity with the universally-accepted statement of the cooperative IDENTITY, 3. call upon national Governments, inter-governmental agencies and other stakeholders to recognize cooperatives as representative of a significant section of the population, and to work in co-operation with the national, regional and global cooperative movements in tackling CLIMATE CHANGE and pursuing the achievement of the Sustainable Development Goals, 4. initiate activities at national and local level to pursue and achieve INCLUSIVE and democratic sustainable development by increasing member participation, and with greater focus on women, youth and indigenous and marginalized people, while addressing their socio-economic, cultural and environmental needs and aspirations 5. harness the power of cooperation among cooperatives and expertise in the Asia-Pacific region and around the world, to ensure access to TECHNOLOGY for all sizes of cooperatives, showcase the use of technology to expand reach and diverse community, and the practice of cooperative values and principles in the digital economy, and 6. assess and measure the contribution of cooperatives while augmenting cooperative research, and use technological tools to gain knowledge, efficient data, and management capacity, in order to enable dissemination of information on cooperatives as well as sustain sovereign support from national Governments and other stakeholders.
ADOPTED at the 11th Asia Pacific Co-operative Forum in Manila, on 9th November 2023
17
Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Sempena Sambutan Jubli Emas PELANCAR
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Bersempena Sambutan Jubli Emas PELANCAR pada 1 Februari 2024, Seksyen PELANCAR, Bahagian Komunikasi Korporat, Kumpulan Perhubungan Strategik telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan. Kedua-dua pertandingan tersebut terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM3,200 berserta sijil penyertaan.
Pertandingan yang dibuka pada 6 September dan berakhir pada 25 September 2023 itu telah mendapat sambutan menggalakkan, iaitu melibatkan sebanyak 120 penyertaan daripada 68 peserta. ANGKASA berbesar hati meraikan semua pemenang kedua-dua pertandingan tersebut dalam Majlis Sesi Bersama Presiden yang telah berlangsung di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 5 Disember 2023. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN
JOHAN Wahyu Mor Abadi Suyadi Membawa pulang wang tunai RM1,000.00 + Sijil penyertaan
JOHAN Wan Azlin Farina Wan Rosli Membawa pulang wang tunai RM500.00 + Sijil penyertaan
NAIB JOHAN Mohd Al-Bukhari Mohamad Khalid
NAIB JOHAN Nor Syuhaidah Mohammad Zee Hood
Membawa pulang wang tunai RM700.00 + Sijil penyertaan
Membawa pulang wang tunai RM300.00 + Sijil penyertaan
TEMPAT KETIGA Madeni Minwari
TEMPAT KETIGA Muhammad Hanif Nazmi Mohd Hishamizan
Membawa pulang wang tunai RM200.00 + Sijil penyertaan
Membawa pulang wang tunai RM500.00 + Sijil penyertaan
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease