WADAH PELANCAR EDISI KHAS SEMPENA JUBLI EMAS PELANCAR

12

PELANCAR: Meniti Transformasi, 50 Tahun Penerbitan Penuh Evolusi

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh berkongsi pengalamannya melihat majalah Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh berkongsi pengalamannya melihat majalah PELANCAR berkembang sejak lebih 30 tahun berkhidmat dengan ANGKASA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Sepanjang lima dekad, PELANCAR telah menjadi saksi kepada gelombang transformasi gerakan koperasi yang mengukir sejarah penerbitan naskhah ini. Dalam keluaran istimewa ini, wakil PELANCAR menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, antara pemimpin utama yang menyaksikan evolusi PELANCAR yang menarik dari sudut pandangan sebagai warga ANGKASA. Sebagai seorang warga kerja senior dalam keluarga ANGKASA, bolehkah Dato' berikan sedikit ulasan tentang sejarah perjalanan dan peranan PELANCAR? Dato’ Haji Abdullah: Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dengan ANGKASA, saya telah melihat pelbagai evolusi dilalui PELANCAR sebagai sebuah naskhah yang mendokumentasikan perjalanan gerakan koperasi di Malaysia.

Wakil PELANCAR menemu bual Dato’ Haji Abdullah.

Dato’ Haji Abdullah: Tidak banyak sumber rujukan gerakan koperasi di Malaysia, jadi kewujudan dan konsistensi PELANCAR membuatkannya mudah diterima warga koperasi. Pemerkasaan koperasi menerusi promosi produk dan perkhidmatan, pelaporan pelbagai polisi kerajaan serta rakaman momen penting gerakan koperasi dalam PELANCAR menjadi sebab utama PELANCAR masih relevan sehingga hari ini.

menerima impaknya dan PELANCAR berjaya merakam setiap perubahan tersebut sejak mula diterbitkan pada tahun 1974. Saya berharap PELANCAR terus konsisten merakam jejak koperasi di Malaysia agar dapat dijadikan rujukan kepada penggerak koperasi baharu kemudian hari. Dari sudut pengamatan Dato' sendiri, bagaimanakah reaksi dan tahap penerimaan warga koperasi sendiri terhadap PELANCAR?

Seiring kemajuan teknologi dan ekonomi dunia, gerakan koperasi di Malaysia turut

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease