WADAH PELANCAR EDISI KHAS SEMPENA JUBLI EMAS PELANCAR

13

Apakah segmen penerbitan yang dirasakan Dato’ perlu diberi tumpuan dalam setiap keluaran PELANCAR? Dato’ Haji Abdullah: Saya mencadangkan agar PELANCAR mewujudkan satu segmen yang menonjolkan koperasi besar dalam lingkungan 100 terbaik untuk berkongsi tentang kisah kejayaan mereka supaya dapat dijadikan inspirasi dan panduan kepada koperasi lain. Selain itu, segmen untuk pelbagai agensi kerajaan yang membuat dasar juga perlu diperkenalkan supaya rakyat, khususnya anggota koperasi cakna dengan polisi terkini oleh kerajaan berkaitan koperasi. Hal ini mampu memberi impak secara langsung kepada perkembangan gerakan koperasi masa akan datang apabila melihat semula keberkesanan dasar yang diperkenalkan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disumbangkan oleh koperasi. PELANCAR juga disaran untuk melaporkan perkembangan gerakan koperasi di luar negara agar dapat dijadikan rujukan kepada koperasi di Malaysia. Banyak perkembangan berlaku di luar negara dan seharusnya dijadikan inspirasi supaya kemajuan koperasi di seluruh dunia mampu bergerak seiring dengan koperasi di negara yang lebih maju.

ilmiah, demografik pembaca akan mengecil dan mungkin akhirnya terpinggir.

Sajak

Jadi matlamat kita bukan hanya untuk PELANCAR menjadi sumber rujukan maklumat gerakan koperasi yang disegani, tetapi juga turut diminati oleh semua. Transformasi dalam dunia penerbitan secara tidak langsung telah memberi banyak alternatif kepada masyarakat dalammendapatkanmaklumat.Apakah saranan yang ingin Dato’ sampaikan demi memastikan PELANCAR terus relevan kepada gerakan koperasi? Dato’ Haji Abdullah: Kita sering memberi fokus kepada koperasi sekolah dan koperasi dewasa sehingga kita terlupa anak muda yang sudah menamatkan zaman persekolahan. Realitinya, peranan golongan ini sangat penting dalam membangun dan menentukan hala tuju gerakan koperasi pada masa hadapan selain menjadi pelapis kepada koperasi sedia ada. Agak merugikan jika golongan muda ini diabaikan setelah memasuki alam pengajian tinggi, tanpa membawa kesinambungan daripada apa yang dipelajari di sekolah sebelum ini dalam konteks koperasi. Kita perlu mencari kaedah sesuai agar mereka ini dapat turut serta dalam gerakan koperasi melalui pelbagai platform seperti PELANCAR atau media sosial untuk menarik minat mereka. Apabila semua lapisan umur, bangsa dan agama diberi perhatian, saya yakin PELANCAR akan kekal relevan kerana buat masa sekarang tidak banyak sumber tentang koperasi yang boleh diakses masyarakat menjadikan PELANCAR antara rujukan utama penggiat koperasi dan orang awam.

Terlalu cepat waktu berlari kini sudah meredah 2024 lalu memanjat kesyukuran menyaksikan nama Pelancar bertukar Wadah Pelancar kian segar menghirup nafas gagah megah mengangkasa tabur bakti di bawah naung ANGKASA menjadikan Wadah Pelancar pada usia matangmu lahir sejak 1974 sudah menjangkau 50 tahun bertaraf mulia Jubli Emas...! Tanpa mengenal penat lelah Wadah Pelancar terus kekal menanam benih pendidikan tentang informasi koperasi akan peranan dan kemajuan memotivasi minda rakyat bersama menubuh koperasi capai aspirasi ANGKASA...! Justeru, letusan ANGKASA kini melebar sayap perkasa di bawah teraju minda emas menghulur budi berbakti membimbing rakan koperasi di persada seantero alam demi menjana ekonomi diingini kekal lancar terus menitip khabar di dada Wadah Pelancar penuh senyuman gemilang menyongsong arus jaya zaman-zaman mendatang...! JUBLI EMAS WADAH PELANCAR

PELANCAR perlu jadi majalah yang boleh dibaca dan difahami oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya penggiat koperasi. Ini termasuklah golongan muda dan pihak kerajaan. Jika terlalu bersifat ilmiah, demografik pembaca

akan mengecil dan mungkin akhirnya terpinggir.

Adakah segmen ilmu dan pendidikan sesuai jika dikongsikan bersama dengan pelaporan aktiviti koperasi? Dato’ Haji Abdullah: PELANCAR perlu jadi majalah yang boleh dibaca dan difahami oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya penggiat koperasi. Ini termasuklah golongan muda dan pihak kerajaan. Jika terlalu bersifat

NAZERI NONG SAMAH Anggota Koperasi Peserta-Peserta Felcra Gugusan Durian Hijau Jerantut Berhad

Dato’ Haji Abdullah membaca kandungan majalah PELANCAR.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease