WADAH PELANCAR EDISI KHAS SEMPENA JUBLI EMAS PELANCAR

14

Cabaran Kepimpinan dalam Proses Transformasi

I – Inspiring , C – Control/Coaching/ Coordinate dan E – Evaluation . ANGKASA kini berusia 53 tahun, mempunyai sejarah tersendiri untuk mengekalkan peranan sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang telah berusia 102 tahun. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra’ad (13): 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dilakukan secara berterusan dan anggota dalam organisasi perlu sentiasa bersedia dengan perubahan apabila pemimpin utama dan pemimpin pengurusan mula menggariskan penetapan transformasi. pada diri mereka sendiri”. Ini bermakna, perubahan perlu Isu utama pemimpin dalam organisasi semasa proses transformasi adalah cabaran untuk menggembleng seluruh warga kerja dan pemegang taruh untuk turut serta melaksanakan transformasi. Di sinilah cabaran seorang pemimpin akan teruji. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberikan manfaat kepadamu, mintalah pertolongan daripada Allah SWT dan jangan kamu berasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan: ‘Kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini.’ Sebaliknya katakanlah, 'Hal itu ketentuan Allah dan apa-apa yang Allah kehendaki pasti terjadi.’ Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim) Ini bermakna, seorang pemimpin perlu mempunyai kualiti kesabaran dalam membimbing dan memacu semua warga kerja dan pemegang taruh organisasi. Gaya kepimpinan yang bersesuaian dan perlu dilaksanakan adalah Kepimpinan Transformasi dan bukannya Kepimpinan Transaksional . Proses transformasi utama mempunyai garis masa tertentu (bergantung kepada tahap transformasi) dan kesabaran pemimpin akan diuji sepanjang proses itu. Oleh itu, pemimpin berperanan i). Mempengaruh Idea iaitu dengan merangsang motivasi warga kerja dan anggota, dengan menjelaskan visi dan misi, membina kepercayaan ( trust ) serta rasa hormat ( respect ). Selain itu, pemimpin berperanan untuk memberi ii). Inspirasi dengan menyampaikan penghargaan yang tinggi, memberi cabaran dan membentuk kepentingan bersama untuk bertransformasi.

Pemimpin adalah faktor utama untuk memacu kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Kenyataan ringkas itu nampak mudah diungkapkan tetapi adakah benar pemimpin merupakan faktor dominan yang akan mempengaruhi kecemerlangan organisasi. Kajian oleh Winston & Patterson (2006) menunjukkan terdapat lebih 90 pemboleh ubah atau dimensi yang boleh digunakan untuk memahami maksud kepimpinan menurut perspektif pengkaji kepimpinan daripada pelbagai disiplin. Antara dimensi tersebut ialah keupayaan memberi sokongan, mengambil risiko, aktif, sentiasa terkehadapan, membina kebersamaan, berpengaruh, kreatif, berinovasi, berorientasikan matlamat dan berorientasikan kemanusiaan. Dimensi yang digambarkan di atas adalah antara ciri kepimpinan yang diperlukan dalam organisasi terutamanya apabila melaksanakan transformasi. Kebolehan untuk mempengaruh, memimpin dan membimbing (mentor) merupakan antara elemen utama diperlukan oleh pemimpin apabila satu garis masa tranformasi telah ditetapkan. Pemimpin utama perlu mampu mempengaruhi pemimpin pengurusan manakala pemimpin pengurusan pula perlu mampu mengajak kakitangan bawah seliaannya untuk turut sama dalam proses transformasi. Dari sinilah akan bermulanya proses transformasi. Dr. André de Waal, dalam buku What Makes a High Performance Organization (2019), menyatakan terdapat lima (5) kritikal faktor iaitu Kualiti Pengurusan, Keterbukaan dan Berorentasikan Tindakan, Orentasi Masa Depan, Penambahbaikan Secara Berterusan dan Kualiti Kakitangan. Faktor tersebut perlu difahami oleh setiap pemimpin di setiap peringkat bagi bertindak mengikut keperluan transformasi. Pemimpin utama tidak boleh silap dalam ‘berkomunikasi’ dengan pemimpin pengurusan dalam menyampaikan pelan visi dan misi transformasi. Pemimpin pengurusan berperanan untuk menterjemahkan visi dan misi dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kakitangan seliaannya. Kaedah terbaik adalah melalui coaching dan mentoring . Ini penting supaya apa yang disasarkan semasa proses transformasi dapat dirasai oleh semua warga organisasi. Perlu diingat pengurusan adalah POLICE kepada organisasi iaitu P – Planning , O – Organising , L – Leading , Oleh HALIM HAJI IBRAHIM Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik).

Halim Haji Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat

Pemimpin juga perlu mampu iii). Stimulasi Daya Intelek warga kerja dan anggota dengan menggalakkan penggunaan kepintaran dan kecerdasan minda, berfikir secara tuntas, menganalisis serta mampu stimulasi penyelesaian masalah secara inovatif. Terakhir sekali, pemimpin perlu ada iv). Pertimbangan Individu iaitu dengan memberikan perhatian kepada keperluan dan bimbingan bagi pembangunan diri setiap individu. Inilah empat (4) gaya pemimpin yang diperlukan dalam proses transformasi. Disebutkan semula, garis masa transformasi utama akan tamat mengikut garis masa yang ditetapkan. Namun, proses tersebut tidak akan terhenti. Bak kata bekas Perdana Menteri United Kingdom, Winston Churchill “To Improve is to Change, To be Perfect is to Change Often” . Perubahan sentiasa diperlukan jika organisasi inginkan kecemerlangan. Inilah peranan pemimpin yang sentiasa aktif untuk berperanan dalam proses transformasi.

RUJUKAN

Winston, B.E. & Patterson, K. 2006. An Integrative Definition of Leadership. International Journal of Leadership Studies, Vol. 1 Issue 2: 6-66. André de Waal, Dr., 2019. What Makes a High Performance Organization. Global Professional Publishing.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease