17
Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Sempena Sambutan Jubli Emas PELANCAR
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Bersempena Sambutan Jubli Emas PELANCAR pada 1 Februari 2024, Seksyen PELANCAR, Bahagian Komunikasi Korporat, Kumpulan Perhubungan Strategik telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan. Kedua-dua pertandingan tersebut terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM3,200 berserta sijil penyertaan.
Pertandingan yang dibuka pada 6 September dan berakhir pada 25 September 2023 itu telah mendapat sambutan menggalakkan, iaitu melibatkan sebanyak 120 penyertaan daripada 68 peserta. ANGKASA berbesar hati meraikan semua pemenang kedua-dua pertandingan tersebut dalam Majlis Sesi Bersama Presiden yang telah berlangsung di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 5 Disember 2023. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN
JOHAN Wahyu Mor Abadi Suyadi Membawa pulang wang tunai RM1,000.00 + Sijil penyertaan
JOHAN Wan Azlin Farina Wan Rosli Membawa pulang wang tunai RM500.00 + Sijil penyertaan
NAIB JOHAN Mohd Al-Bukhari Mohamad Khalid
NAIB JOHAN Nor Syuhaidah Mohammad Zee Hood
Membawa pulang wang tunai RM700.00 + Sijil penyertaan
Membawa pulang wang tunai RM300.00 + Sijil penyertaan
TEMPAT KETIGA Madeni Minwari
TEMPAT KETIGA Muhammad Hanif Nazmi Mohd Hishamizan
Membawa pulang wang tunai RM200.00 + Sijil penyertaan
Membawa pulang wang tunai RM500.00 + Sijil penyertaan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease