6
Sambutan Jubli Emas PELANCAR PELANCAR Cipta Sejarah Tersendiri dalam Gerakan Koperasi Negara
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Penubuhan ANGKASA pada tahun 1971 telah menyaksikan Majalah PELANCAR diterbitkan hasil cetusan idea mantan Yang Dipertua ANGKASA, Almarhum YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Ungku' pada Februari 1974. Pada awal penerbitan, Majalah PELANCAR menjadi majalah bulanan rasmi ANGKASA yang berperanan menyampaikan ilmu berkaitan koperasi, sekali gus bertindak sebagai suara kepada gerakan koperasi. Penerbitan sulungnya pada ketika itu mengandungi sejumlah 12 muka surat dengan jumlah cetakan sebanyak 3,000 naskhah. Sidang Pengarang penerbitan PELANCAR terdiri daripada Pak Ungku dan Pengarang pertama, iaitu Encik Abdul Aziz Haji Ibrahim telah dibantu oleh kakitangan Bahagian Sekretariat ANGKASA, iaitu Encik Sulaiman Daud dan Encik Adnan Omar. Sehingga Disember 2023, sebanyak 594 edisi PELANCAR telah diterbitkan sejak bulan Februari 1974. Dengan slogannya iaitu ‘Majalah Nasional ANGKASA – Mendukung Cita- Cita Koperasi’ , majalah tersebut dicetak oleh Penerbit Universiti Malaya Berhad pada tahun 1974 hingga 1980 dan kemudiannya dicetak oleh Percetakan Adabi Sdn. Bhd. Keluaran pertama pada bahagian muka hadapan PELANCAR telah memuatkan perutusan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Almarhum Tun Haji Abdul Razak Hussein.
Yang Dipertua ANGKASA, Almarhum YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Edisi pertama Majalah PELANCAR pada tahun 1974. pertama Majalah PELANCAR pada tahun 1974.
Saya amat mengalu-ngalukan langkah ANGKASA menerbitkan sebuah majalah bulanan ‘PELANCAR’ yang akan menumpukan perhatian kepada falsafah dan cita-cita kooperatif terutama dalam negeri. Melalui majalah ini, saya percaya anggota-anggota ANGKASA khasnya dan orang ramai amnya akan mendapat pendidikan dan pengetahuan baru mengenai perkembangan kooperatif di negara-negara maju supaya dijadikan panduan dan tauladan oleh mereka.
- Antara inti pati perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Almarhum Tun Haji Abdul Razak Hussein dalam edisi pertama Majalah PELANCAR pada tahun 1974.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease