7
Koperator sedang membaca Majalah PELANCAR.
Pengunjung melihat koleksi Majalah PELANCAR yang dipamerkan. melihat koleksi Majalah PELANCAR yang dipamerkan.
Pada awal dekad penerbitan PELANCAR, isu yang dibincangkan lebih menjurus kepada nilai dan jati diri koperasi melibatkan elemen berkaitan perpaduan, kesungguhan, keyakinan, kesedaran dan kerjasama antara anggota. Selain itu, perkongsian ilmu berkaitan pendidikan, pertanian, perundangan, koperasi sekolah, sejarah koperasi dan tokoh koperasi serta berita luar negara juga diberi perhatian. Menariknya, Pak Ungku turut sama banyak menyumbang idea menerusi penulisan mengenai ekonomi, kemiskinan, pendidikan koperasi serta sektor pertanian. Setelah lima dekad menyebar luas ilmu dan perkembangan koperasi negara, tahun 2024 menyaksikan PELANCAR meraikan sambutan Jubli Emas dengan slogan ‘Membangkit Aspirasi, Merentasi Prestasi’. Lembaran sejarah istimewa yang digarap PELANCAR pada usia 50 tahun diharap bakal menjadi pelengkap dan bukti penerbitan ini akan terus kukuh serta teguh berdiri menjadi penyampai maklumat berinformatif mengenai gerakan koperasi kepada masyarakat.
Proses penerbitan Majalah PELANCAR. penerbitan Majalah PELANCAR.
Artikel oleh Pak Ungku yang diterbitkan dalam Majalah PELANCAR edisi Ogos 1988. oleh Pak Ungku yang diterbitkan dalam Majalah PELANCAR edisi Ogos 1988.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease