WADAH PELANCAR EDISI KHAS SEMPENA JUBLI EMAS PELANCAR

9

“Usia setengah abad, usia yang cukup matang. Jika diumpamakan kepada manusia, kematangan itu sudah melepasi usia 40 tahun, akal dan dada penuh dengan ilmu dan kebijaksanaan. PELANCAR sudah melewati semuanya itu, dugaan sebagai suara bakti yang menyebarkan segala hal tentang ANGKASA. Siarannya bukan sekadar berita mengenai kegiatan, malah memupuk kecerdasan minda terhadap gerakan koperasi di semua peringkat, laporan kegiatan, makalah rujukan yang berguna, pengurusan dan pentadbiran organisasi, kefahaman ekonomi, kewangan, tahap kepimpinan, psikologi dan seumpamanya. Jika PELANCAR ditatap setiap keluarannya, tidak syak lagi manfaatnya amat besar kepada pembaca setianya. Dorongan akan lebih menanjak dan kesegaran pemikiran akan kukuh tertegak. Semoga PELANCAR tetap mantap dan kekal hidup mengisi ilmu dan pengetahuan buat semua. Syabas dan tahniah kepada para pimpinan dan barisan editornya. Dirgahayu buat PELANCAR.”

“Sesuai dengan usianya yang kini menjangkau 50 tahun, PELANCAR sentiasa di hati dan menjadi bahan rujukan anggota koperasi tanpa mengira umur dan bangsa, pelajar sekolah mahupun dewasa. Peranannya sebagai penyampai amanat, informasi, pencapaian mahupun perancangan gerakan koperasi di peringkat tempatan mahupun global tetap unggul selari dengan peredaran zaman. Semoga PELANCAR terus berjaya dan memberikan sumbangan yang bernilai kepada perkembangan gerakan

koperasi, serta terus mengukuhkan kedudukan dalam industri media dan informasi.”

Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dato' Haji A. Aziz Deraman

Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah

“PELANCAR adalah lidah rasmi ANGKASA yang menjadi wadah penyampaian, penyebaran dan perkongsian maklumat dan berita untuk anggota koperasi bawah naungannya. Informasinya bersifat ringkas, tuntas dan jelas yang meliputi visi, misi, pelan tindakan, hubungan jaringan strategik, pelaksanaan program dan aktiviti serta promosi produk yang dihasilkan. Keprihatinan dan kesungguhan ANGKASA untuk meningkatkan taraf sosioekonomi para anggotanya serta menyokong perkembangan ekonomi negara melalui pelbagai inisiatif dan daya usaha kegiatannya terserlah dalam tabloid PELANCAR.”

Tahniah 50 tahun PELANCAR. Dulu dikenali Majalah PELANCAR, kini Wadah PELANCAR. Mampu mengharungi era globalisasi dan digitalisasi serta berjaya menyampaikan maklumat terkini berkaitan kegiatan koperasi dan ANGKASA. Berjaya menghidupkan dan mewangikan sastera Melayu dengan menyiarkan pantun, gurindam dan sajak serta mengadakan pembacaan puisi melibatkan Sasterawan Negara dan para sasterawan tanah air."

Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dr. Zaharani Ahmad

Panel Penasihat Editorial PELANCAR Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

“PELANCAR sebagai sebuah naskhah yang mendokumentasikan perjalanan gerakan koperasi di Malaysia, berjaya merakam setiap perubahan sejak tahun 1974. Kewujudan PELANCAR adalah sebagai sumber rujukan Gerakan Koperasi di Malaysia dan mudah diterima anggota koperasi.

Semoga rakaman momen dan pelaporan daripada PELANCAR akan membuatkannya terus relevan sepanjang zaman. Malah, PELANCAR terus melaporkan perkembangan Gerakan Koperasi di luar negara sebagai inspirasi kepada koperasi di seluruh dunia untuk lebih maju.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

S

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease