WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

S

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

MAC 2024 JILID: WP06/3 EDISI KHAS SEMPENA MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN 2024)

MAN 2024

01 Pengesahan Kehadiran MAN 2024 Semua Perwakilan yang hadir fizikal dan dalam talian (online) 7:30 pagi - 9:00 pagi • Bacaan Ayat Suci Al-Quran • Doa • Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) • Ucapan Perasmian Presiden ANGKASA 9:00 pagi - 10:00 pagi 02 Majlis Perasmian dan MAN 2024

01 Pendaftaran Perwakilan Semua Perwakilan yang hadir fizikal dan dalam talian (online) 8.00 pagi - 3.00 petang Pendaftaran MAN 2024 (sehari sebelum MAN 2024)

03

MAN 2024 bermula 10:00 pagi 04

Penangguhan MAN 2024 • Makan Tengah Hari / Solat / Rehat • Bersurai 1:30 tengah hari

4

Sekapur Sirih

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) telah menetapkan sasaran sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM60 bilion. Keberhasilan pencapaian sasaran tersebut bergantung kepada komitmen, kerjasama dan usaha daripada setiap pihak berkepentingan terutamanya 15,566 koperasi dengan berpegang teguh kepada Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) dan melaksanakan langkah transformasi yang digariskan oleh Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertindak sebagai pemudah cara kepada program pembangunan koperasi serta menjadi agen pemulihan dan perangsang ekonomi sektor koperasi. Ini adalah selaras dengan salah satu misinya, iaitu merangsang pembangunan koperasi supaya kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti. SKM menyediakan ekosistem holistik dan kondusif dengan memberikan akses kepada lapan jenis pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) untuk koperasi menjalankan projek berimpak tinggi. SKM juga menawarkan bantuan pembangunan koperasi, iaitu Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi 2.0, Program Pemerkasaan Bekalan Koperasi (SCOPE) dan Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi. Dalam usaha mengatasi jurang perolehan yang besar antara koperasi kluster besar dengan koperasi kluster mikro, SKM turut memberi tumpuan kepada aspek digitalisasi yang menjadi faktor pendorong dalam meningkatkan daya saing dan keberkesanan operasi koperasi khususnya koperasi kecil dan mikro. Jumlah koperasi kluster besar bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023 adalah sebanyak 209 buah dengan perolehan berjumlah RM29.37 bilion manakala jumlah koperasi kluster mikro adalah sebanyak 13,926 buah yang mencatatkan perolehan bernilai RM269.3 juta. Bagi tahun 2024 dan 2025, SKM memfokuskan terhadap usaha membangunkan sistem bersepadu dan mesra pengguna serta pembudayaan digital dan pemerkasaan gerakan koperasi melalui enam teras strategik yang digariskan oleh Pelan Pendigitalan SKM (2021-2025). Enam teras strategik itu adalah Penyampaian Perkhidmatan Digital Bersepadu, Penggunaan Data Secara Optimum, Pemerkasaan Perkhidmatan ICT, Penyeliaan Koperasi Berkesan, Pemerkasaan Sokongan Dalaman dan Tadbir Urus yang Mantap dan Modal Insan yang Berkemahiran. Sebanyak 43 program telah dikenal pasti untuk dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut secara berperingkat mengikut enam teras berkenaan. Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

Rusli Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Gerakan koperasi di Malaysia mampu menjadi pemain utama dalam mewujudkan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan. Sasaran RM60 bilion dalam perolehan koperasi menjelang 2025 bukanlah matlamat yang mustahil jika semua pihak berkepentingan terus berganding bahu untuk mencapainya. Kejayaan bergantung pada tekad, kerjasama dan pelaksanaan berkesan terhadap DaKoM 2030. SKM komited untuk terus menjadi pendorong utama dalam mencapai matlamat ini dan semoga kita dapat melihat pencapaian yang cemerlang bagi gerakan koperasi negara. Selamat Bersidang .

Sidang Pengarang Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA

• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan

• Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

5

Seulas Pinang

Konsep bekerjasama atau berkoperasi menjadi tunjang utama kepada kekuatan gerakan koperasi di Malaysia. Bermula pada tahun 1922, gerakan koperasi diperkenalkan dan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Sehingga tahun 2024, gerakan koperasi negara telah menyaksikan pelbagai bidang ekonomi digerakkan secara proaktif melalui kepelbagaian fungsi seperti kewangan, hartanah, peruncitan dan pemborongan, pertanian, perladangan, kepenggunaan, teknologi dan beberapa bidang lain lagi. Koperasi tidak boleh lagi beroperasi secara konvensional tetapi perlu lebih kreatif dan berinovasi untuk terus bersaing dalam dunia perniagaan yang lebih kompetitif. Koperasi bukan sahaja dapat membantu anggota mendapat manfaat ekonomi yang diusahakan malah juga mencetus semangat serta memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan melalui penyertaan anggota dan komuniti setempat. Kekuatan sesebuah koperasi bergantung kepada keupayaannya untuk berani meneroka bidang baharu melalui projek perniagaan berskala lebih besar, mengembangkan rantaian nilai produk koperasi, mewujudkan ekosistem digitalisasi yang bersepadu dan inklusif tanpa mengabaikan prinsip dan jati diri koperasi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 30 Jun 2023, terdapat 15,556 buah koperasi di seluruh negara dengan keanggotaan melebihi 7.3 juta individu, syer/yuran sebanyak RM17.47 bilion, aset bernilai RM161.96 bilion dan berjumlah RM30.99 bilion. Keanggotaan dan perolehan gerakan koperasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun jelas memperlihatkan kekuatan gerakan sekali gus menunjukkan koperasi kini berada pada landasan yang tepat dalam landskap ekonomi negara. Dalam usaha memastikan gerakan koperasi terus berkembang dan mencipta kejayaan, pemimpin koperasi hendaklah meletakkan kepentingan koperasi terlebih dahulu daripada kepentingan peribadi serta berusaha mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap koperasi. Saya berharap koperasi di Malaysia dapat bersama-sama berganding bahu menyahut hasrat kerajaan untuk melihat gerakan koperasi menyumbang sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion pada tahun 2030 menerusi Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) yang berlangsung daripada 27 Februari 2024 hingga 2 Mei 2024 di seluruh negara diharap menjadi medan terbaik untuk membawa suara gerakan koperasi kepada umum. Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua perwakilan yang hadir dan berharap semoga mesyuarat pada kali ini berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Semoga MAN menjadi pentas untuk kita bersatu hati dalam memperteguh jati diri koperasi. Selamat Bersidang.

Kandungan

06 08 10 12 14 16

20

26 27 28 29 30 31 32 33 34

Memperkasa Ekonomi Koperasi Mikro dalam Gerakan Koperasi Transformasi dan Arah Tuju Hubungan Strategik ANGKASA Koperasi Perumahan Memastikan Kediaman Berkualiti dan Lestari untuk Semua Mahu Lahirkan Lebih Ramai 'Khairul Aming': Koperasi Sekolah Perlu Luaskan Peranan Kejayaan ACCRS dalam Membantu Koperasi Pulih Akaun Tertunggak Usaha Pembangunan Perniagaan Koperasi, Meningkatkan Rangkaian Nilai Rumah Rakit Daya Tarikan Pelancong Dambakan Kelainan dalam Bercuti Koperasi Digalak Terlibat dalam Ekosistem Ternakan Ayam

Tingkatkan Pengeluaran Pasaran Durian Tempatan ANGKASA Negeri Perak Pacu Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko Kolaborasi ANGKASA-UTM Pusat Inkubator Latihan Kelulut Moden-MeliPark Program Pembangunan Ladang Hutan Komuniti Tanaman Buluh Jana Pendapatan Koperasi Ternakan Ayam Kampung Kacuk Bantu Kukuh Industri Agromakanan Negara Projek Agropelancongan Bantu Jana Pendapatan Koperasi

Jana Pendapatan Melalui Tanaman Cendawan Tiram Kelabu ANGKASA Pulau Pinang Perkasa Penanaman Rock Melon Berskala Besar Tanaman Kenaf Sumber Makanan Ternakan dan Pengeluaran Fiber ANGKASA WP Komited Bantu Kerajaan Tangani Kemiskinan Bandar ANGKASA Negeri Perlis Bantu Penuhi Permintaan Beras Putih Tempatan 'Rasa Melaka by ANGKASA' Meriahkan Aktiviti Pelancongan ANGKASA Sarawak Bantu Kukuhkan Keterjaminan Bekalan Makanan Melalui Produk Tempatan Koperasi Memacu Pembangunan Ekonomi di Sabah Statistik Keanggotaan ANGKASA

21

22

23

24

18 19

25

6

Memperkasa Ekonomi Koperasi Mikro dalam Gerakan Koperasi

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

PENGENALAN Kesungguhan koperasi melalui penglibatan secara aktif dalam sektor ekonomi bernilai tinggi bukan sahaja berupaya meningkatkan standard dan perolehan koperasi, malah boleh memberi manfaat kepada anggota dan komuniti setempat melalui hasil ekonomi secara keseluruhan. Sebagai pemangkin kepada aspirasi ‘Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat’ iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kesaksamaan peluang ekonomi dan sosial, gerakan koperasi boleh berperanan sebagai penyumbang lebih bermakna kepada kekukuhan serta kelestarian sosioekonomi masyarakat dan negara. Usaha memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing serta memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat juga adalah selari dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang merupakan dasar di peringkat nasional sebagai panduan pembangunan sektor koperasi yang merangkumi bidang keusahawanan sosial, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), teknologi pendigitalan serta perindustrian. Memetik inti pati ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika mengadakan lawatan rasmi pertama ke Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 18 Januari 2023, beliau mahu gerakan koperasi membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah keluar daripada paras kemiskinan. Beliau percaya melalui pendekatan koperasi, pelbagai program pembangunan boleh digerakkan

bagi tujuan untuk mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan. Katanya lagi, gerakan koperasi juga perlu diberikan bantuan sama seperti syarikat atau organisasi lain supaya dapat bersama- sama merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam sektor utama. PERANAN KOPERASI MIKRO Menyedari akan kepentingan ekosistem dalam meningkatkan potensi koperasi mikro, ANGKASA sentiasa komited untuk menggerakkan koperasi mempelbagaikan perniagaan seterusnya mewujudkan ekosistem rantaian koperasi. Koperasi mikro perlu lebih kompetitif dan memperkasakan peranannya dalam aktiviti perniagaan yang lebih berdaya maju bagi meningkatkan prestasi ekonomi koperasi seterusnya meningkatkan tahap pendapatan tahunan. Bagi meningkatkan penyertaan dalam sektor bernilai tinggi, koperasi disaran supaya memberi tumpuan kepada pengukuhan kemampanan dan meningkatkan daya saing ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan dan kerjasama strategik dengan pemain industri yang lebih berpengalaman dan kukuh. Fokus tersebut termasuk memperkasakan koperasi mikro dalam gerakan melalui rantaian bekalan dan memperkukuh ekosistem keusahawanan sosial. Inisiatif itu dilihat berupaya mendorong serta menggalakkan kluster koperasi itu sendiri dalam usahanya untuk meraih kejayaan dalam sektor bernilai tinggi. Usaha itu juga selaras dengan hasrat KUSKOP yang mahu melonjakkan lagi sektor koperasi di Malaysia melalui program pembangunan perniagaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Hasrat kerajaan menerusi Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) yang mahu melihat gerakan koperasi menyumbang sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion pada tahun 2030 diharap dapat meletakkan koperasi sebagai model perniagaan pilihan dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi negara. Statistik SKM berakhir Jun 2023 merekodkan jumlah koperasi telah berkembang pesat dengan mencatatkan sejumlah 15,556 buah koperasi, keanggotaan seramai 7.3 juta individu, jumlah yuran / syer berjumlah RM17.47 bilion, aset bernilai RM161.96 bilion serta perolehan sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM45.50 bilion. Pencapaian gerakan koperasi menerusi statistik ini menunjukkan koperasi mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara sekali gus berupaya mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang kukuh dan mampan. Kemudahan Tabung Modal Pusingan (TMP) bernilai RM100 juta yang disediakan SKM kepada koperasi seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh koperasi mikro untuk menjalankan perniagaan di samping melibatkan diri dalam pelaksanaan program pembangunan koperasi. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM11.75 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk manfaat koperasi di Malaysia termasuk peruntukan sejumlah RM6.75 juta merangkumi Program Pembangunan Perniagaan. Selain itu, Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi sebanyak RM2 juta dan Program Penggalakan Koperasi sebagai Social Enterprise (SE) sebanyak RM3 juta diharap dapat melonjakkan lagi pendapatan sektor koperasi dan PMKS di Malaysia.

Sumber: Perangkaan Gerakan Koperasi Malaysia 2023 (Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

7

PEMBANGUNAN PRODUK KOPERASI Kerajaan telah memberikan tanggungjawab besar kepada ANGKASA bagi bersama-sama membantu menangani isu kos sara hidup rakyat menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100). Projek ini merupakan inisiatif pendigitalan koperasi khususnya dalam aktiviti peruncitan menggunakan sistem dalam talian dengan menghubungkan pengguna, koperasi dan pembekal. ANGKASA melihat usaha menggerakkan BA100 ini mampu mewujudkan satu ekosistem pembekalan, di mana koperasi yang memiliki produk boleh menjadi pembekal serta pada masa yang sama turut memiliki kemudahan logistik dan gudang. SENARAI OUTLET RUNCIT YANG BERDAFTAR DENGAN BA100 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023

PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN (TMP)

JENIS PEMBIAYAAN

JUMLAH PEMBIYAAN

TEMPOH

1. Pembiayaan Bercagar: a) Cagaran 10 % b) Pemilikan dan Pembangunan c) Bercagar BPA / PGM (Aktiviti Kredit) d) Bercagar Kenderaan dan / atau Simpanan Tetap 2. Pembiayaan Khas Tanpa Cagaran (PKTC)

Kurang daripada RM50,000

60 Bulan 300 bulan 120 bulan

RM50,001 hingga RM30,000,000

84 bulan

Sehingga RM20,000,000

60 bulan (5 tahun) bagi amaun RM50,000 ke bawah 120 bulan (10 tahun) bagi amaun RM50,001 hingga RM50,001 hingga RM200,000

Koperasi Dewasa

: 879

3. Pembiayaan Koperasi Mikro (MicCoopFi) 4. Pembiayaan Permulaan (SuFi – 1) 5. Pembiayaan Lestari (LesFi – 1) 6. Pembiayaan 100 Koperasi Terbaik (Best100Fi) 7. Goodpay Master Financing (GPMFi – 1) 8. Pembiayaan Agromakanan (Afi – 1)

Sehingga RM100,000

120 bulan (10 tahun)

Koperasi IPT

: 78

Sehingga RM100,000

120 bulan (10 tahun)

Koperasi Masjid

: 214

Sehingga RM100,000

120 bulan (10 tahun)

Koperasi Sekolah

: 1,583

RM500,000 hingga Rm30,000,000

Sehingga 240 bulan (20 tahun) Sehingga 240 bulan (20 tahun) 96 bulan (8 tahun) bagi amaun RM250,000 ke bawah 240 bulan (20 tahun) bagi amaun RM250,001 hingga RM3,000,000

Bukan Koperasi

: 265

Sehingga RM10,000,000

JUMLAH

: 3,019 outlet

Sehingga RM3,000,000

Sumber: Bahagian Perdagangan Komersial, ANGKASA

Ekosistem seumpama ini wajar dipelopori oleh koperasi dan sekiranya usaha ini menjadi kenyataan, tidak mustahil sektor koperasi boleh memberikan saingan yang lebih signifikan dalam aktiviti peruncitan dan pemborongan. Sasaran ANGKASA melalui BA100 adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan melalui lebih 3,000 outlet berdaftar dengan setiap pelanggan disasarkan untuk berbelanja sebanyak RM200 setiap bulan. Ini bermakna, jumlah keseluruhan jualan boleh mencapai sehingga RM7.2 bilion setahun. Melalui Projek BA100 juga, ANGKASA menyasarkan sejumlah 3,000 koperasi mikro dapat dinaik taraf kepada koperasi yang lebih besar secara berperingkat. Strategi tersebut adalah sebagai langkah bagi membolehkan koperasi boleh menjana pendapatan lebih tinggi. Koperasi di Malaysia juga seharusnya memainkankan peranan menceburi bidang pertanian berimpak tinggi bagi mengekalkan kelangsungan ekonomi kerana perniagaan berasaskan pertanian boleh memberikan pulangan dan hasil lumayan kepada gerakan. Kebanyakan koperasi fungsi pertanian terletak di luar bandar, berkluster mikro dan penglibatannya masih kecil sungguhpun mempunyai potensi besar untuk berkembang. Justeru, elemen teknologi dan produk dalam aspek pengeluaran dan pemasaran menjadi ukuran utama penglibatan koperasi dalam meningkat dan mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi pertanian.

Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

KERJASAMA KOPERASI DENGAN AGENSI KERAJAAN ANGKASA mengalu-alukan kerjasama koperasi dengan agensi kerajaan bagi mewujudkan ekosistem gerakan koperasi yang lebih berstrategik. Kerjasama tersebut penting kepada koperasi supaya pendedahan terhadap peranan dan fungsi agensi kerajaan difahami seterusnya memanfaatkan saluran yang disediakan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan. Kolaborasi dan kerjasama tersebut bukan sahaja dapat memberikan manfaat yang lebih besar dalam meningkatkan kecekapan daya saing gerakan koperasi, malah boleh menggalakkan penyertaan koperasi dalam pelbagai bidang secara lebih progresif. Pelbagai usaha telah dirangka dan sedang dipergiatkan oleh ANGKASA bagi memastikan semua program dan projek yang dilaksanakan oleh sektor koperasi berjalan lancar serta memenuhi kehendak dan hasrat kerajaan, iaitu memakmurkan ekonomi negara, memperkukuh kesejahteraan rakyat seterusnya memberi manfaat kepada anggota koperasi dan rakyat secara keseluruhannya. Bagi tujuan tersebut, ANGKASA komited dalam menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan dan swasta yang lebih maju untuk membantu memperbaiki dan merancakkan ekosistem perniagaan gerakan

koperasi. Usaha tersebut dapat menjadikan koperasi sebagai antara pemain utama dalam rantaian perniagaan dan berupaya memberikan pilihan yang lebih kepada pelanggan. KESIMPULAN Koperasi mikro sebenarnya boleh berkembang dan membina model perniagaan yang efisien, bertahan lama, berdaya saing dan akhirnya berjaya meningkatkan taraf hidup ekonomi anggota dan komuniti. Usaha dan kerjasama perlu terus dijana bagi memastikan koperasi kekal relevan di hati anggotanya walau di mana dan apa juga bidang perniagaan yang diceburi.

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) turut menawarkan Pembiayaan Kredit dan Pembiayaan Projek kepada Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) turut menawarkan Pembiayaan Kredit dan Pembiayaan Projek kepada Koperasi Anggota bagi menggalakkan koperasi mengembangkan perniagaan koperasi.

8

Transformasi dan Arah Tuju Hubungan Strategik ANGKASA

Oleh: Dr. Mohd Azlan Yahya

Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Kumpulan Hubungan Strategik

ANGKASA telah memulakan pelaksanaan transformasi mulai tahun 2024. Mengapakah tranformasi ini penting? Pada 12 Febuari 2022, Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar semasa melancarkan Majlis Sambutan 100 Tahun Koperasi menyatakan KUSKOP telah mewujudkan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM) bertujuan untuk menyelaras peranan dan fungsi tiga agensi utama dalam pembangunan koperasi di negara ini. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan lagi kawal selia dan pembangunan koperasi. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) diberi tanggungjawab untuk memperkasakan modal insan koperasi manakala ANGKASA perlu menumpukan kepada memperkukuhkan jati diri serta merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi. Pembahagian tugas ini bertujuan memajukan koperasi seterusnya menjadi mekanisme penting dalam pembangunan sosioekonomi negara. Berdasarkan kepada tanggungjawab besar yang diberikan, ANGKASA memerlukan satu perubahan dalam tadbir urus, budaya kerja serta kemantapan kewangan. Transformasi ini penting bagi menjamin peranan dan fungsi ANGKASA dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisien. Inisiatif awal transformasi ANGKASA bermula dengan cadangan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2023 terhadap struktur pengurusan dan pentadbiran ANGKASA termasuklah memperkasakan ANGKASA Negeri. Secara umumnya, tiga aspek yang diberi keutamaan dalam transformasi ANGKASA adalah mensrukturkan semula organisasi, mewujudkan budaya kerja integriti dan meluaskan lagi sumber pendapatan. Apakah perubahan ketara transformasi kepada struktur organisasi ANGKASA? Sebelum ini, struktur organisasi ANGKASA pusat terdiri daripada 32 bahagian tetapi melalui transformasi ini kami telah gabungkan bahagian-bahagian tersebut kepada lima

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya ketika ditemu bual oleh wakil Seksyen Penerbitan.

(5) kumpulan utama iaitu Kumpulan Tadbir Urus dan Pengurusan, Kumpulan Kewangan Korporat, Kumpulan Pembangunan Koperasi, Kumpulan Perniagaan dan Kumpulan Hubungan Strategik. Di ANGKASA Negeri, struktur jawatankuasa juga dibahagikan kepada tiga (3) jawatankuasa utama, iaitu Jawatankuasa ANGKASA Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Koperasi dan Jawatankuasa Perniagaan Koperasi. Perubahan struktur organisasi ini penting supaya pengagihan sumber lebih baik, membolehkan penyelarasan antara bahagian dengan lebih berkesan dan menetapkan bidang tugas atau fungsi dengan tepat. Perubahan struktur organisasi ini dilakukan agar selari dengan visi dan misi ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara. Pada pandangan Dr., mengapakah hubungan strategik ini penting bagi ANGKASA? Hubungan dan rakan strategik merupakan sesuatu yang penting dan kritikal kepada ANGKASA dan mana-mana organisasi untuk menghasilkan

9

Bengkel Retreat Pembangunan Perniagaan ANGKASA 2024 yang telah berlangsung di Cameron Highlands, Pahang pada 15 Disember 2023 merupakan antara proses transformasi yang telah dijalankan.

identiti koperasi yang merupakan isu global dalam gerakan koperasi. Isu berkaitan identiti ini merujuk kepada sejauh mana ANGKASA dan gerakan koperasi negara menterjemahkan prinsip-prinsip dan nilai- nilai koperasi dalam pelaksanaannya. Dalam Kumpulan Hubungan Strategik ini terdapat tiga (3) bahagian penting, iaitu Bahagian Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Strategik. Kami sedang menyusun semula bahagian-bahagian ini supaya setiap satunya dapat berfungsi dengan sewajarnya. Selaras dengan Pelan Strategik ANGKASA (PESAN 50), hubungan strategik ANGKASA perlu diperkasakan dengan penumpuan di peringkat domestik dan antarabangsa. Di peringkat domestik, hubungan dan rakan strategik dengan agensi kerajaan, koperasi dan syarikat berkaitan Kerajaan akan diberi keutamaan. Antara isu utama pembangunan koperasi untuk terus maju dalam perniagaan adalah kekurangan peruntukan oleh kerajaan terhadap sektor koperasi. Banyak peruntukan pembangunan disalurkan kepada pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang lain. ANGKASA akan mengenal pasti meneroka dan mengadakan hubungan strategik dengan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang berkaitan untuk melihat peluang kerjasama untuk pembangunan koperasi. ANGKASA juga perlu mengadakan kerjasama erat dengan koperasi besar dalam negara bagi mendapatkan kepakaran dan modal untuk membangunkan koperasi mikro, kecil dan sederhana yang merupakan hampir 95 peratus daripada jumlah koperasi di Malaysia.

keputusan yang baik seperti prestasi operasi, keterjaminan rantaian bekalan, inovasi, menguasai pasaran, kualiti produk dan perkhidmatan serta menambahbaik prestasi kewangan. Sebagai sebuah badan yang menerajui gerakan koperasi di negara ini, adalah menjadi tanggungjawab ANGKASA untuk membantu meningkatkan pengurusan dan perniagaan koperasi. Meskipun kita berada dalam era teknologi yang serba canggih, sebenarnya kejayaan dalam perniagaan masih bergantung kepada sejauh mana hubungan kemanusiaan antara organisasi. Hubungan dengan rakan strategik akan memberi nilai yang lebih baik kepada perniagaan koperasi. Pada saya, jika ANGKASA mempunyai hubungan dengan rakan strategik yang betul, tugas ANGKASA akan menjadi lebih mudah dan efisien. Antara kebaikan hubungan strategik adalah dapat menambahbaik produk dan perkhidmatan, mengurangkan kos, tambahbaik prestasi pembekal, ketelusan dan keterlihatan yang lebih baik, tambahbaik komunikasi dan kolaborasi, inovasi yang lebih baik, meningkatkan kepuasan pelanggan, tambahbaik pengurusan risiko, ketangkasan yang lebih baik serta tambahbaik kesinambungan perniagaan. Sebagai orang yang dilantik mengetuai Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, apakah rancangan Dr. untuk meningkatkan lagi hubungan strategik ANGKASA? Tidak dinafikan ANGKASA telah banyak mengadakan hubungan strategik dengan pelbagai pihak. Saya melihat hubungan strategik dengan pihak berkepentingan ini perlu diperluaskan lagi dengan lebih sistematik dan terancang dengan memberi penekanan kepada agenda pemerkasaan

Di peringkat antarabangsa, hubungan strategik akan ditumpukan kepada menjalin kerjasama yang lebih erat dengan koperasi apeks negara di Asia dan ASEAN. Sebagai contoh, ANGKASA akan meneruskan kerjasama dengan Indian Farmers Fertiliser Cooperative (IFFCO) yang merupakan koperasi terbesar di India berkaitan teknologi baja pertanian. ANGKASA juga perlu mengambil peluang dan kelebihan di mana pejabat pentadbiran ASEAN Co-operative Organisation (ACO) berada di ANGKASA dan Presiden ANGKASA juga merupakan Presiden ACO. Sebagai permulaan, kerjasama yang lebih erat akan dilaksanakan dengan Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) dan Cooperative League Thailand (CLT) untuk menganjurkan beberapa program pendidikan, kepimpinan dan pemasaran produk koperasi.

Bagaimanakah ANGKASA memastikan transformasi ini berjaya?

Lembaga ANGKASA telah bersetuju untuk menubuhkan satu Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO). Peranan TMO adalah membangunkan Pelan Tindakan Transformasi ANGKASA 2030 (PeTTA) dan memantau serta menilai pencapaian setiap perancangan yang dibuat. Ini bagi memastikan proses transformasi berjalan lancar dan selari dengan dasar dan polisi kerjaan seperti Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 dan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKOM). Kejayaan sesuatu transformasi bergantung kepada komitmen semua pihak. Saya berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Insya-Allah apa yang kita rancangkan akan dapat dilaksanakan dengan jaya.

10

Koperasi Perumahan: Memastikan Kediaman Berkualiti dan Lestari untuk Semua

Oleh: Nadiah Kamarudin

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran

Menurut laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2023 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ketidakmampuan memiliki rumah kekal sebagai penghalang utama isi rumah untuk mendapatkan pembiayaan rumah. Sebanyak 86.1% pinjaman ditolak disebabkan oleh harga rumah yang tinggi (dan seterusnya nilai pinjaman/pembiayaan) yang jauh di luar kemampuan kewangan mereka meskipun skim jaminan pinjaman disediakan. Untuk memastikan kelestarian pasaran hartanah dan kemampuan masyarakat untuk terus memiliki rumah, pembaharuan yang lebih meluas dalam sektor perumahan tetap menjadi antara keutamaan kerajaan.

Justeru, koperasi berfungsikan dan menjalankan aktiviti berkaitan perumahan perlu meningkatkan peranan dalam memastikan kediaman berkualiti dan lestari tidak hanya terhad kepada golongan berpendapatan tinggi, tetapi juga merangkumi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Koperasi perumahan perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta mahupun koperasi lain untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi. Dalam projek perumahan di mana terdapat kerjasama antara koperasi dengan pihak lain, terdapat kecenderungan hasil untuk mencapai kadar kejayaan yang lebih tinggi. Pendekatan kolaboratif ini menyatukan pelbagai pihak berkepentingan, memanfaatkan kekuatan dan sumber mereka yang akhirnya menyumbang

kepada kejayaan keseluruhan inisiatif perumahan. Sebagai contoh, Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad yang membangunkan projek perumahan Taman Perpaduan Koperasi berkeluasan 126 ekar di Batu 5, Tambun, Ipoh, Perak secara bersepadu dengan dua koperasi lain, iaitu Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Koperasi Guru-Guru Melayu Perak Berhad pada 2001. Projek yang dibina dalam dua fasa itu melibatkan pembinaan lebih 1,000 unit rumah dalam Fasa I sementara Fasa II pula membabitkan sebanyak 145 unit rumah. Kediaman yang dibangunkan dalam kedua-dua fasa tersebut merangkumi rumah jenis teres setingkat, teres dua tingkat, teres tiga tingkat dan studio serta rumah kedai.

11

yang lebih efisien dan berkesan, termasuk penggunaan bahan binaan yang lebih efisien dari segi kos. Kerjasama dengan pihak swasta dalam pembiayaan projek juga boleh menjadi strategi yang berkesan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh koperasi. Misalnya, ‘Co-op City’ atau ‘Bandar Koperasi’ atau ‘Satelit Coop City’ adalah pembangunan perumahan koperasi terbesar di dunia yang terletak di bahagian timur laut wilayah Bronx, New York, Amerika Syarikat yang dibiayai dan dibina oleh United Housing Foundation (UHF), sebuah amanah pelaburan hartanah. UHF yang ditubuhkan pada tahun 1951, telah membangunkan antaranya Rochdale Villa (Queens) dan Coop City (Bronx). Dalam menyediakan projek perumahan yang berkualiti untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, koperasi harus memahami keperluan khusus mereka. Ini termasuk menyesuaikan reka bentuk rumah, menyediakan kemudahan asas yang berkualiti dan memastikan aksesibiliti kepada perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan pengangkutan serta rekreasi/riadah. Kewujudan kedai ‘hardware’ yang kompetitif dapat membantu meringankan kos pembinaan awalan projek perumahan yang dicadangkan. UHF adalah organisasi bukan mengutamakan keuntungan, yang menawarkan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada individi yang berpendapatan rendah dan menengah di Amerika Syarikat. Penggunaan teknologi binaan yang berkesan serta mampu manfaat juga perlu diterapkan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dalam projek perumahan. Penggunaan sistem binaan pra-fabrikasi, pengurusan projek secara digital dan penggunaan teknologi hijau adalah beberapa contoh pendekatan inovatif yang boleh membantu koperasi mencapai matlamat kelestarian dan kualiti dalam projek mereka. Selain itu, kerjasama erat dengan pihak berkepentingan seperti badan kerajaan, pihak swasta khususnya bank dan masyarakat setempat juga penting. Ini melibatkan dialog

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International (CHI), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan sekali) bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah CHI yang lain yang diketuai Guido Schwarzendahl (dua dari kanan) ketika mesyuarat organisasi sektor berkenaan pada 21 Jun 2022 di Seville, Sepanyol.

Cabaran utama yang dihadapi oleh koperasi adalah kekurangan tanah yang semakin ketara di kawasan bandar dan pertumbuhan kos pembinaan yang melambung tinggi. Hal ini menjadikan usaha koperasi dalam menyediakan projek perumahan yang berkualiti semakin terbatas. Perlu difahami juga bahawa 60% penduduk Malaysia tergolong dalam kategori berpendapatan sederhana dan rendah. Oleh itu, koperasi perlu mengambil pendekatan inklusif dan proaktif untuk memenuhi keperluan segmen ini. Ini mungkin melibatkan strategi kreatif dalam pemilihan lokasi, penerapan teknologi binaan berkesan dan kerjasama erat dengan pihak berkepentingan.

Dalam mengatasi kekurangan tanah di kawasan bandar, koperasi perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mencari alternatif seperti penggunaan tanah yang tidak dimanfaatkan secara optimal atau pemulihan semula tanah terbiar serta tanah-tanah wakaf yang belum dibangunkan. Selain itu, pendekatan pintar dalam perancangan bandar dan penggunaan ruang yang efisien dapat membantu mengatasi isu kekurangan tanah, memastikan bahawa projek perumahan dapat disediakan tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Peningkatan kos pembinaan yang melambung tinggi juga merupakan cabaran besar bagi koperasi. Untuk mengatasi hal ini, koperasi perlu mempertimbangkan kaedah pembinaan

Projek perumahan oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. (Sumber: Facebook rasmi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad)

'Coop City' atau 'Bandar Koperasi' di bahagian timur laut wilayah Bronx, New York, Amerika Syarikat.

terbuka untuk memahami keperluan setiap pihak dan mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan projek perumahan. Pihak kerajaan boleh memberikan insentif dan bantuan untuk projek yang menyumbang kepada pemenuhan keperluan perumahan rakyat. Dengan menghadapi cabaran ini secara holistik dan melibatkan pelbagai pihak, koperasi dapat berperanan penting dalam mencapai kelestarian pasaran hartanah dan memastikan masyarakat memiliki rumah tanpa menjejaskan kesejahteraan kewangan mereka. Inisiatif ini tidak hanya memberi impak positif kepada ekonomi negara, tetapi juga mencerminkan keberlanjutan pembangunan perumahan yang inklusif dan proaktif. Kita semua perlu menghayati akan keperluan sarwajagat penduduk/warganegara iaitu di samping makan minum dan pakaian, bumbung atau tempat tinggal yang selesa, sesuai, selengkap, sederhana dan selamat amat diperlukan segera dan perlu dirancang dan dibangunkan dengan keutamaan mampu milik untuk semua (bandar dan di luar bandar).

Projek perumahan oleh Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad yang dibangunkan bersama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Koperasi Guru-Guru Melayu Perak Berhad pada 2001.

12

Mahu Lahirkan Lebih Ramai ‘Khairul Aming’: Koperasi Sekolah Perlu Luaskan Peranan

Oleh: Nadiah Kamarudin

Dato' Haji Kamarudin Ismail Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi

Pada awal Februari 2024, kisah kejayaan personaliti media sosial, Khairul Aming, telah menjadi perbualan hangat apabila beliau berjaya menjual sebanyak 80,000 unit produk daging dendeng dalam masa hanya 3 minit 39 saat melalui platform TikTok. Kejayaan beliau tidak hanya mencipta sejarah malah turut merekodkan nilai jualan yang mengagumkan sebanyak RM1.2 juta. Tambahan pula, Khairul Aming juga dikenali sebagai pemilik dua buah kilang di mana produk pertamanya, iaitu ‘Sambal Nyet’ dihasilkan dan telah mencatat nilai jualan RM33.5 juta selepas hampir tiga tahun dilancarkan. Dalam konteks koperasi sekolah, persoalan yang relevan timbul: sejauh manakah model koperasi sekolah membantu dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya seperti Khairul Aming dan yang penting sekali, menjadi pelapis koperator yang berkualiti? Kita perlu mengambil kira bahawa kejayaan luar biasa beliau disumbangkan oleh pelbagai faktor yang sebahagian besar bermula daripada ciri-ciri modal insan yang mungkin dimilikinya sejak di bangku sekolah. Anak muda berumur 32 tahun dari Kelantan itu memperlihatkan kombinasi keterampilan, pengetahuan, kebolehan, sikap dan nilai-nilai yang menjadi asas kejayaannya. Modal insan bukanlah suatu istilah yang asing di negara kita. Modal insan yang hendak dikembangkan oleh mantan Perdana Menteri Ke-5, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah perlu mempamerkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kecekapan dalam menyelesaikan masalah. Selain itu juga, mempunyai keupayaan untuk menghasilkan peluang baharu, memiliki daya tahan yang tinggi dan kemampuan untuk bersikap proaktif dalam menghadapi persekitaran global yang sentiasa berubah. Modal insan mempunyai kesan yang besar terhadap kejayaan bukan sekadar kepada ekonomi individu malah juga kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail melihat produk makanan yang dijual di Koperasi Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail melihat produk makanan yang dijual di Koperasi SMK Taman Jasmin 2 Kajang Selangor Berhad.

Pada awal penubuhannya, fungsi koperasi sekolah adalah menjalankan urus niaga peralatan dan kelengkapan sekolah sebagai memenuhi keperluan murid sambil mendidik mereka mengenai menabung dan berjimat cermat serta perkara asas dalam perniagaan. Namun demikian, pada zaman yang penuh mencabar ini, peranan koperasi sekolah perlu diperluas lebih jauh lagi sekiranya kita mahu melahirkan lebih ramai modal insan 'kelas pertama' seperti Khairul Aming. Koperasi perlu menjadi tempat di mana persekitarannya menyokong pemikiran kreatif dan inovatif murid dalam mengusahakan projek yang tidak hanya memberi

bakat keusahawanan dalam kalangan mereka. Sebelum murid melangkah ke alam universiti, lebih baik jika mereka memasuki kampus dengan pemikiran bahawa mereka dapat bergantung kepada koperasi siswa pula untuk menjadi platform bagi memperluas lagi bakat keusahawanan mereka. Dalam erti kata yang lain, biarlah mereka diberikan ruang serta kebebasan dalam berkarya demi memperoleh hasil kualiti produk bermutu tinggi melalui platform koperasi. Sekiranya perkara itu dapat dilaksanakan, kemungkinan besar dapat menjamin keberterusan penglibatan anak muda dalam gerakan koperasi, bermula di

peringkat sekolah hingga memasuki alam pekerjaan. Harapan kita adalah agar individu yang memimpikan menjadi usahawan membawa

penyelesaian kepada isu semasa malah juga merangsang pertumbuhan

Kejayaan personaliti media sosial, personaliti media sosial, Khairul Aming boleh dijadikan inspirasi oleh koperator muda koperasi sekolah.

13

Dato’ Haji Kamarudin ketika sesi dialog bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Haji Kamarudin ketika sesi dialog bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi SMK Kota Berhad.

Guru perlu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada murid sebagai perlu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada murid sebagai usaha melahirkan modal insan yang berkualiti.

Menitikberatkan pembangunan modal insan melalui koperasi sekolah bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan. Koperasi yang dijalankan dengan cekap dapat mencipta lapangan pekerjaan, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan menyokong matlamat kemakmuran negara. Oleh itu, memberikan sokongan terus kepada gerakan koperasi sekolah adalah pelaburan dalam pembentukan masyarakat yang berdaya saing. Sebagai penutup, peranan koperasi sekolah tidak hanya terhad kepada fungsi ekonomi semata-mata, malah menjadi wahana bagi melahirkan generasi yang beretika, berkebolehan dan berinovasi. Dengan menjadikan koperasi sekolah sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan formal, kita dapat membentuk masa depan yang lebih cerah, di mana setiap pelajar mempunyai peluang untuk berkembang dan berjaya dalam bidang keusahawanan. Gerakan koperasi sekolah adalah laluan untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dan progresif di mana setiap individu dapat menyumbang kepada kemajuan negara secara holistik.

Sokongan kewangan dan kemudahan latihan yang diberikan kepada koperasi dapat memberi dorongan signifikan kepada pelajar yang berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Dengan itu koperasi sekolah dapat menjadi rakan strategik dalam melaksanakan pelbagai program keusahawanan yang berkesan. Penggunaan teknologi moden juga boleh memberi impak positif terhadap gerakan koperasi sekolah. Platform digital dan aplikasi mudah alih dapat digunakan untuk mempromosikan produk koperasi, menguruskan transaksi dan membina jaringan pelanggan. Pemahaman teknologi ini dapat memberi kelebihan kompetitif kepada pelajar, memperluas pasaran produk koperasi dan membentuk mereka menjadi lebih mahir dalam dunia perniagaan digital. Koperasi sekolah juga boleh memainkan peranan dengan melibatkan ibu bapa dalam aktiviti keusahawanan anak-anak mereka. Program bimbingan dan penyertaan ibu bapa dalam aktiviti koperasi sekolah boleh meningkatkan kesedaran mereka terhadap potensi anak-anak dalam bidang keusahawanan. Ini membina sokongan keluarga yang penting untuk perkembangan modal insan dan kejayaan jangka panjang.

bersama semangat koperasi, misalnya, melalui pemanfaatan platform koperasi sebagai asas untuk melancarkan perniagaan pertama mereka. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah meraih kejayaan yang di luar jangkaan kita. Sebanyak 26 koperasi di seluruh negara telah mencapai perolehan melebihi RM1 juta untuk tahun kewangan 2023. Tambahan pula, Koperasi Kolej Vokasional (KV) Tanah Merah Berhad turut mencatatkan prestasi cemerlang dengan perolehan sebanyak RM2 juta dalam tempoh kewangan yang sama. Walau bagaimanapun, kita perlu berazam dalam tempoh mungkin lima tahun lagi untuk mencipta rekod baharu pula. ANGKASA juga telah memohon Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneliti semula beberapa perkara berkaitan koperasi sekolah terutamanya dalam aspek perniagaan kantin dan koperasi, jadual anjal kepada guru terlibat serta kerjasama antara pengurusan dengan koperasi. Melalui usaha bersama antara pihak sekolah dengan kementerian, agensi, jabatan pendidikan negeri dan ANGKASA, langkah- langkah pembangunan keusahawanan di peringkat koperasi boleh diperkukuh.

Koperasi sekolah telah berkembang hingga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diterajui oleh Menterinya, YB Fadhlina Sidek sekolah telah berkembang hingga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diterajui oleh Menterinya, YB Fadhlina Sidek (sembilan dari kanan).

14

Kejayaan ACCRS dalam Membantu Koperasi Pulih Akaun Tertunggak

Oleh: Maimunah Said

Seksyen Ekosistem Kredit Kewangan Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Kumpulan Kewangan Korporat

Dato' Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Kewangan Korporat

Menjelang usia lima tahun penubuhannya, Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit Angkasa (ACCRS) telah membuktikan kemampuannya untuk menjadi salah satu penyumbang kepada aktiviti pembangunan koperasi kredit di Malaysia apabila berjaya menaikkan kadar kutipan hutang tertunggak sehingga mencecah empat juta pada akhir tahun 2023. Bagi mencapai matlamat penubuhan ACCRS dalam mengurangkan kadar pembiayaan tidak berbayar (NPF) kepada bawah empat peratus, koperasi kredit yang telah menjadi pelanggan perkhidmatan ini telah mendapat manfaat dengan memperoleh semula pendapatan

daripada kutipan akaun tertunggak koperasi disebabkan oleh kekurangan sumber dan kegagalan pengurusan. Penambahan jumlah kutipan dari tahun ke tahun dan peningkatan bilangan koperasi kredit yang melanggan ACCRS juga mencerminkan peranan yang dimainkan oleh ANGKASA seiring dengan kitaran Ekosistem Kredit Koperasi yang bermula dari membantu koperasi mendapatkan dana pembiayaan hingga kepada usaha mendapatkan semula hutang tertunggak koperasi. Selain menyediakan perkhidmatan kutipan, ACCRS secara tidak langsung turut memberikan khidmat nasihat kepada koperasi kredit berkluster kecil dan mikro yang kurang

Penambahan jumlah kutipan dari tahun ke tahun dan peningkatan bilangan koperasi kredit yang melanggan ACCRS juga mencerminkan peranan yang dimainkan oleh ANGKASA seiring dengan kitaran Ekosistem Kredit Koperasi yang bermula dari membantu koperasi mendapatkan dana pembiayaan hingga kepada usaha mendapatkan semula hutang tertunggak koperasi.

berkemampuan untuk menjalankan operasi pembiayaan secara menyeluruh. Pemberian khidmat nasihat menyeluruh yang berkaitan dengan kitaran ekosistem juga memberikan impak positif kepada beberapa koperasi kecil yang sebelum ini mungkin kurang

Gambar Hiasan

15

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dato’ Haji Che Lembaga ANGKASA merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa (tengah) ketika mesyuarat jawatankuasa tersebut di Manila, Filipina pada 7 November 2023.

memahami aktiviti pembiayaan, potongan gaji bahkan sehingga kepada kegagalan dalam pengurusan hutang lapuk. Dengan peningkatan kutipan hutang lapuk koperasi kredit oleh ACCRS, telah menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan ANGKASA pada tahun 2019 hingga 2024. Justeru, ANGKASA menggerakkan jentera untuk mempromosi dan memperkenalkan ACCRS kepada koperasi kredit yang masih belum menjadi pelanggan. Kategori koperasi kredit yang menjadi sasaran termasuk koperasi pelanggan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dan koperasi yang menjalankan potongan gaji majikan (PGM). Kutipan hutang oleh ACCRS tidak terhad kepada pembiayaan peribadi malah juga merangkumi pembiayaan Ar-Rahnu. Sehingga tahun 2024, sebanyak 87 koperasi telah menjadi pelanggan ACCRS. ACCRS berusaha untuk menambah baik perkhidmatan bukan sahaja untuk membantu koperasi dalam kutipan hutang tertunggak malah memberi khidmat secara menyeluruh sebagaimana Ekosistem Kredit Koperasi ANGKASA yang diwujudkan khusus untuk koperasi kredit seluruh Malaysia. ANGKASA turut menggalakkan agar lebih banyak koperasi kredit diwujudkan untuk memberi pembiayaan kepada anggota seterusnya meningkatkan kegiatan ekonomi koperasi yang juga menjadi penyumbang ketiga terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

(RM)

4,935,791.14

5,000,000.00

4,630,831.48

4,500,000.00

4,000,000.00

JUMLAH : RM 12,725,520.29

3,500,000.00

3,000,000.00

2,500,000.00

2,318,112.45

2,000,000.00

1,500,000.00

1,000,000.00

729,117.80

500,000.00

111,667.42

(Tahun)

2019

2020

2021

2022

2023

JUMLAH KUTIPAN HUTANG TERTUNGGAK (2018-2023)

(RM)

800,000.00

727,975.07

700,000.00

JUMLAH : RM 4,630,831.48

600,000.00

573,502.42

500,000.00

476,517.91

426,669.85

425,347.27

400,000.00

421,208.26

373,259.31

292,861.30

300,000.00

275,271.88

247,329.42

218,021.49

200,000.00

172,867.30

100,000.00

(Bulan)

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

JUMLAH KUTIPAN HUTANG TERTUNGGAK (2023)

16

Usaha Pembangunan Perniagaan Koperasi, Meningkatkan Rangkaian Nilai

Oleh: Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Perniagaan Koperasi

Perubahan persekitaran globalisasi memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan. Matlamat Malaysia mencapai status menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi. Bagi menjamin kelangsungan gerakan koperasi sebagai penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan anggota serta masyarakat, maka koperasi disaran memanfaatkan pendekatan melalui inisiatif : • Wujud rakan strategik dan jaringan perniagaan dengan agensi kerajaan ataupun swasta agar koperasi akan mendapat manfaat dari segi modal, teknologi dan pasaran;

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mengetuai kunjungan hormat ANGKASA bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Mohd pada 21 Jun 2022.

• Perluasan aktiviti ekonomi dan peningkatan nilai tambah melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi; Perluasan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka dan tidak terhad kepada keperluan anggota sahaja sama ada dalam dan luar negara melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Dalam aspek pembangunan perniagaan koperasi memerlukan pemerkasaan kolaborasi rakan strategik. Kerjasama ANGKASA dengan agensi kerajaan penting untuk meningkatkan keberkesanan pencapaian objektif pembangunan perniagaan koperasi. Sumber daya yang dibangunkan secara bersama dapat digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang memberi nilai tambah. Sebagai contoh, dalam program Sektor Perladangan ANGKASA dengan penyertaan Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika membentangkan kertas kerja dalam Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Hotel Pullman Miri, Sarawak pada 20-21 September 2022.

17

Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (tiga dari kanan) dan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Dr. Ramle Kasin (tiga dari kiri) bertukar dokumen ketika Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Mei 2023. MoU disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof (empat dari kanan).

Kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) bergambar di hadapan ANGKASAMart Sarawak yang diusahakan di Kuching, Sarawak.

Produk hiliran berasaskan koko yang dihasilkan oleh koperasi.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berupaya meningkatkan rangkaian nilai koperasi dalam ekosistem perniagaan melalui perkongsian maklumat dan kepakaran. Usaha pemerkasaan rantaian nilai produk koperasi dalam industri koko dan sawit serta rantaian nilai industri ayam dan madu kelulut koperasi yang kini sedang giat dilaksanakan ANGKASA telah memberi nilai tinggi kepada keupayaan koperasi melalui perlaksanaan projek yang dijalankan. Kepentingannya dalam ekosistem perniagaan dapat menjamin kestabilan bekalan dan mengawal harga pasaran sekali gus meningkatkan keberhasilan perniagaan gerakan koperasi. Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) menggariskan hala tuju kepada usaha pengukuhan ANGKASA dan gerakan koperasi secara keseluruhan melalui Fasa Pertama iaitu Pelan Jangka Pendek 2017-2020 dengan tema Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategi

teknologi, Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKoP) 2030 dibangunkan bagi mewujudkan ekosistem digital dalam gerakan koperasi. Projek Barang Asas 100 (BA100) adalah satu inisiatif pendigitalan koperasi dalam aktiviti peruncitan menggunakan sistem dalam talian dengan menghubungkan pengguna, koperasi dan pembekal untuk mendapatkan bekalan barangan asas dengan mudah dan pada harga tawaran yang berpatutan menerusi platform JiMATbiz.com dan JiMATShop.com secara dalam talian. ANGKASA melihat menerusi program yang digerakkan secara berstrategi tersebut bukan sahaja mampu mengoptimumkan prestasi ekonomi koperasi, malah berupaya mewujudkan peluang cerah kepada gerakan mengembangkan potensi sedia ada seterusnya menggembleng usaha kepada pengembangan perniagaan dan rantaian nilai koperasi.

dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi. Fasa Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 yang kini sedang berjalan menyaksikan ANGKASA menyasarkan koperasi sebagai pilihan utama perniagaan yang inklusif melalui aspirasi meningkatkan penyertaan dalam industri berimpak tinggi bagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global. TransKoM 2021-2025 merupakan pelan tindakan lanjutan daripada Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan menjadi asas dalam merangka hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara. Antara Bidang Tujahan Transformasi yang dibangunkan TransKom ialah Pembentukan Persekitaran Perniagaan yang Mampan dan Lestari. Objektif ini boleh dicapai melalui langkah strategik ke arah meningkatkan prestasi ekonomi koperasi. Bagi memastikan koperasi di Malaysia bergerak seiring dengan perkembangan

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease