11
yang lebih efisien dan berkesan, termasuk penggunaan bahan binaan yang lebih efisien dari segi kos. Kerjasama dengan pihak swasta dalam pembiayaan projek juga boleh menjadi strategi yang berkesan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh koperasi. Misalnya, ‘Co-op City’ atau ‘Bandar Koperasi’ atau ‘Satelit Coop City’ adalah pembangunan perumahan koperasi terbesar di dunia yang terletak di bahagian timur laut wilayah Bronx, New York, Amerika Syarikat yang dibiayai dan dibina oleh United Housing Foundation (UHF), sebuah amanah pelaburan hartanah. UHF yang ditubuhkan pada tahun 1951, telah membangunkan antaranya Rochdale Villa (Queens) dan Coop City (Bronx). Dalam menyediakan projek perumahan yang berkualiti untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, koperasi harus memahami keperluan khusus mereka. Ini termasuk menyesuaikan reka bentuk rumah, menyediakan kemudahan asas yang berkualiti dan memastikan aksesibiliti kepada perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan pengangkutan serta rekreasi/riadah. Kewujudan kedai ‘hardware’ yang kompetitif dapat membantu meringankan kos pembinaan awalan projek perumahan yang dicadangkan. UHF adalah organisasi bukan mengutamakan keuntungan, yang menawarkan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada individi yang berpendapatan rendah dan menengah di Amerika Syarikat. Penggunaan teknologi binaan yang berkesan serta mampu manfaat juga perlu diterapkan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dalam projek perumahan. Penggunaan sistem binaan pra-fabrikasi, pengurusan projek secara digital dan penggunaan teknologi hijau adalah beberapa contoh pendekatan inovatif yang boleh membantu koperasi mencapai matlamat kelestarian dan kualiti dalam projek mereka. Selain itu, kerjasama erat dengan pihak berkepentingan seperti badan kerajaan, pihak swasta khususnya bank dan masyarakat setempat juga penting. Ini melibatkan dialog
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International (CHI), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan sekali) bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah CHI yang lain yang diketuai Guido Schwarzendahl (dua dari kanan) ketika mesyuarat organisasi sektor berkenaan pada 21 Jun 2022 di Seville, Sepanyol.
Cabaran utama yang dihadapi oleh koperasi adalah kekurangan tanah yang semakin ketara di kawasan bandar dan pertumbuhan kos pembinaan yang melambung tinggi. Hal ini menjadikan usaha koperasi dalam menyediakan projek perumahan yang berkualiti semakin terbatas. Perlu difahami juga bahawa 60% penduduk Malaysia tergolong dalam kategori berpendapatan sederhana dan rendah. Oleh itu, koperasi perlu mengambil pendekatan inklusif dan proaktif untuk memenuhi keperluan segmen ini. Ini mungkin melibatkan strategi kreatif dalam pemilihan lokasi, penerapan teknologi binaan berkesan dan kerjasama erat dengan pihak berkepentingan.
Dalam mengatasi kekurangan tanah di kawasan bandar, koperasi perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mencari alternatif seperti penggunaan tanah yang tidak dimanfaatkan secara optimal atau pemulihan semula tanah terbiar serta tanah-tanah wakaf yang belum dibangunkan. Selain itu, pendekatan pintar dalam perancangan bandar dan penggunaan ruang yang efisien dapat membantu mengatasi isu kekurangan tanah, memastikan bahawa projek perumahan dapat disediakan tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Peningkatan kos pembinaan yang melambung tinggi juga merupakan cabaran besar bagi koperasi. Untuk mengatasi hal ini, koperasi perlu mempertimbangkan kaedah pembinaan
Projek perumahan oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. (Sumber: Facebook rasmi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad)
'Coop City' atau 'Bandar Koperasi' di bahagian timur laut wilayah Bronx, New York, Amerika Syarikat.
terbuka untuk memahami keperluan setiap pihak dan mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan projek perumahan. Pihak kerajaan boleh memberikan insentif dan bantuan untuk projek yang menyumbang kepada pemenuhan keperluan perumahan rakyat. Dengan menghadapi cabaran ini secara holistik dan melibatkan pelbagai pihak, koperasi dapat berperanan penting dalam mencapai kelestarian pasaran hartanah dan memastikan masyarakat memiliki rumah tanpa menjejaskan kesejahteraan kewangan mereka. Inisiatif ini tidak hanya memberi impak positif kepada ekonomi negara, tetapi juga mencerminkan keberlanjutan pembangunan perumahan yang inklusif dan proaktif. Kita semua perlu menghayati akan keperluan sarwajagat penduduk/warganegara iaitu di samping makan minum dan pakaian, bumbung atau tempat tinggal yang selesa, sesuai, selengkap, sederhana dan selamat amat diperlukan segera dan perlu dirancang dan dibangunkan dengan keutamaan mampu milik untuk semua (bandar dan di luar bandar).
Projek perumahan oleh Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad yang dibangunkan bersama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Koperasi Guru-Guru Melayu Perak Berhad pada 2001.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease