21
ANGKASA Perak
Gambar Hiasan
ANGKASA Negeri Perak Pacu Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko Oleh: Rahmat Mohd. Did
Haji Mohd Rosli Haji Basri Pengerusi ANGKASA Negeri Perak
Koko merupakan tanaman komoditi keempat terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu kayan. ANGKASA Negeri Perak mengambil peluang tersebut dengan menjalankan Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko dengan kerjasama Koperasi Agroternak Melayu Perak Berhad (KATAM) dan Lembaga Koko Malaysia. Menurut Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri, pemilihan aktiviti tapak semaian anak pokok koko dan tanaman pokok koko itu dilihat sebagai satu peluang dalam meningkatkan pengeluaran biji koko dalam negara menerusi penglibatan gerakan koperasi. “Projek ini merupakan kesinambungan daripada Program Pembangunan Industri Koko Dalam Gerakan Koperasi yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan 2022. Kami juga telah menerima maklum balas yang baik daripada Lembaga Koko Malaysia berhubung potensi dan keperluan biji koko kering tempatan yang semakin berkurangan dan mempunyai potensi besar pada masa hadapan. Dalam masa sama, projek ini juga dapat meningkatkan ekonomi koperasi yang terlibat di negeri Perak selain mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi,” katanya. Tambahnya, tapak semaian anak pokok koko akan bermula seawal Mei 2024 dengan sasaran maksima 16,000 anak pokok yang
Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (tengah) bergambar bersama Pengerusi Koperasi Agroternak Melayu Perak Berhad (KATAM), Encik Mohd Helmi Mohamad Rozi (kiri) ketika meninjau tapak yang akan menjadi lokasi untuk Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko di Kuala Kangsar, Perak.
koperasi melalui perniagaan koko. Objektif jangka sederhananya adalah untuk membantu meningkatkan keluasan tanaman koko yang dimiliki sektor koperasi, menstabilkan harga biji koko kering dengan penghasilan biji koko premium oleh ladang koko koperasi dan membuka peluang kepada koperasi untuk mencipta produk hiliran berasaskan koko yang tersendiri. Bagi objektif jangka masa panjang, projek ini dijangka dapat mengukuhkan serta memantapkan penguasaan rantaian nilai (huluan dan hiliran) industri koko serta membantu meningkatkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memastikan keterjaminan makanan negara.
bakal matang dalam tempoh sembilan bulan sebelum dijual kepada koperasi yang berminat dan berpotensi untuk menjalankan tanaman tersebut bersama ANGKASA. “KATAM yang telah dipilih sebagai rakan strategik bagi projek ini akan menjalankan pengoperasian tanaman dan pemantauan penuh bersama Lembaga Koko Malaysia. Tanah berkeluasan dua hektar telah dipilih di Manong, Kuala Kangsar sebagai tapak tanaman koko ini dengan menempatkan 900 anak pokok koko di peringkat awal,” jelasnya. Projek ini juga mempunyai objektif jangka masa pendek untuk mewujudkan koperasi yang aktif dalam aktiviti huluan dan hiliran industri koko selain menjana sumber pendapatan baharu kepada ANGKASA dan gerakan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease