WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

22

Kolaborasi ANGKASA-UTM

ANGKASA Johor

Pusat Inkubator Latihan Kelulut Moden-MeliPark Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir

Haji Sazali Abd. Hamid Pengerusi ANGKASA Negeri Johor

Hasil madu lebah kelulut.

Kekotak Bee Modular.

Selaras dengan peranan ANGKASA dalam merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi, ANGKASA Negeri Johor meneroka peluang kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam membangunkan Pusat Inkubator Latihan Kelulut Moden Bee Modular. Inisiatif tersebut bertujuan untuk mendorong keterlibatan koperasi dalam mengkomersialkan ternakan madu kelulut moden. Projek tersebut dijalankan oleh pasukan Penyelidik Teknologi Bee-Modular UTM yang diketuai oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Pentadbiran & Perniagaan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM, Dr. Mohd Khairuddin Ramliy. Teknologi itu juga merupakan satu inovasi kepada reka bentuk sarang dan diperbuat daripada bahan buatan berasaskan bahan khas kajian yang tahan lebih lama, kalis cuaca dan mudah dikendalikan. Sehubungan itu, ANGKASA Negeri Johor telah membangunkan sebuah Pusat Inkubator penternakan kelulut moden di kawasan yang telah dibangunkan oleh Pasukan Penyelidik UTM dengan menyasarkan penglibatan sekurang- kurangnya 10 buah koperasi untuk dilatih menternak kelulut secara lestari. Pengerusinya, Haji Sazali Abd. Hamid menyatakan bahawa projek berkenaan adalah berdasarkan prinsip tanggungjawab sosial dengan menekankan pada Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) serta mampu memberikan manfaat kepada koperasi dan golongan B40 melalui ternakan kelulut yang lebih berkesan, mampan dan inovatif. Menerusi projek itu juga, kumpulan sasaran akan diberikan latihan menerusi bengkel dan kerja lapangan. Aspek asas keusahawanan

seperti konsep perniagaan, penjenamaan dan pemasaran digital turut diterapkan dengan matlamat setiap peserta koperasi dapat menjana pendapatan. Pihak UTM juga telah memperuntukkan satu kawasan seluas satu ekar di atas tanah berkeluasan sepuluh ekar yang dikenali sebagai Bee Modular Research Area untuk tujuan

pembangunan Pusat Inkubator Projek Kelulut Moden UTM-ANGKASA. Tapak bersebelahan Kolej Dato Onn Jaafar itu akan dilengkapkan dengan kemudahan infrastruktur untuk kemudahan pembangunan penyelidikan dan latihan. Sebagai permulaan, sebanyak 160 blok kekotak ‘Bee Modular’ akan ditempat di Pusat Inkubator tersebut.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease