WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

23

ANGKASA Negeri Sembilan

Program Pembangunan Ladang Hutan Komuniti: Tanaman Buluh Jana Pendapatan Koperasi Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) bersama Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa (empat dari kiri) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim (tiga dari kiri) ketika melakukan lawatan kerja ke tapak projek PPLH Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi bertempat di Kundur Ulu, Rembau, Negeri Sembilan pada 1 Januari 2024. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (tiga dari kanan).

Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan

membangunkan model tanaman buluh gerakan koperasi.,” katanya. Tambah beliau, pada peringkat awal penanaman, sebanyak 160 pokok Buluh Lemang dan 80 pokok Buluh Becey telah ditanam dan baki sebanyak 35 pokok buluh Becey pula ditanam pada bulan September 2023 melalui peruntukan kewangan sebanyak RM30,000 daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi 2023. Selain KOMASKU katanya, PPLH turut mengenal pasti satu (1) atau dua (2) koperasi lain yang berpotensi untuk digerakkan pada tahun 2024. Dato’ Haji Ibrahim menyatakan,

Kakitangan FRIM Incorporated Sdn. Bhd. melakukan kerja penanaman pokok buluh di kawasan tanah seluas dua ekar milik KOMASKU.

Sebahagian anak pokok buluh yang dibekalkan oleh FRIM Incorporated Sdn. Bhd untuk PPLH Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi ANGKASA Negeri Sembilan.

PPLH Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi adalah model perniagaan ANGKASA Negeri Sembilan yang menggalakkan koperasi untuk terlibat secara proaktif dalam projek perniagaan berimpak tinggi bagi menjana pendapatan gerakan koperasi. “Saya berharap lebih banyak koperasi menyokong usaha ANGKASA Negeri Sembilan bagi membangunkan model tanaman buluh gerakan koperasi di negeri ini,” katanya. “ANGKASA Negeri Sembilan turut berbesar hati dan merakamkan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim atas kesudian mereka meluangkan masa melakukan lawatan kerja ke tapak projek PPLH Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi bertempat di Kundur Ulu Rembau, Negeri Sembilan pada 1 Januari 2024. “Sokongan yang diberikan barisan kepimpinan ANGKASA diharap dapat membantu merancakkan lagi usaha eksplorasi dan pengembangan ekosistem projek perniagaan ANGKASA melalui model tanaman buluh kepada gerakan koperasi,” katanya.

Penanaman merupakan satu aktiviti yang berpotensi untuk dimajukan secara komersil sekiranya diusahakan dengan kaedah yang sistematik. buluh Walaupun buluh lebih dikenali sebagai tumbuhan yang hidup meliar, sambutan terhadap permintaannya amat luar biasa khususnya pada musim perayaan, malah berpotensi besar untuk dikembangkan bagi meningkatkan pendapatan. Menyedari keperluan dan kepentingan tanaman buluh tersebut kepada masyarakat, ANGKASA Negeri Sembilan komited mengambil pendekatan untuk melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ANGKASA dan koperasi. Menurut Pengerusinya, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad (KOMASKU) terpilih untuk mengusahakan tanaman berkenaan

menerusi program PPLH, manakala FRIM Incorporated Sdn. Bhd. bertindak selaku mentor program. Beliau berkata, sebanyak 275 pokok buluh merangkumi sejumlah 160 pokok Buluh Lemang dan 115 pokok Buluh Becey telah dijadikan sebagai model tanaman untuk gerakan koperasi di kawasan tanah seluas dua ekar milik KOMASKU yang terletak di Kundur Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. “Kerja pembersihan kawasan telah dilaksanakan oleh koperasi dan telah siap sepenuhnya pada 22 Julai 2023 sebelum kerja penanaman dimulakan. Bekalan anak benih Buluh Lemang dan Buluh Becey serta bahan input pertanian lain telah dibekalkan oleh FRIM Incorporated Sdn. Bhd. “Selain itu, khidmat kepakaran teknikal termasuk bancian, khidmat nasihat dan pengumpulan data pertumbuhan secara berkala turut dilaksanakan FRIM Incorporated Sdn. Bhd. sebagai usaha

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease