WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

25

Projek Agropelancongan Bantu Jana Pendapatan Koperasi Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz

ANGKASA Terengganu

Haji Mohamed Yusoff Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu

Gambar Hiasan

Sektor agropelancongan kini mula mendapat tempat dalam industri pelancongan negara. Kepelbagaian aktiviti berasaskan tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani memberi potensi besar kepada sektor agropelancongan untuk dikembangkan. Sektor koperasi tidak terkecuali memberi sumbangan besar dalam ekonomi gerakan dengan memperluas perniagaan menerusi agropelancongan seterusnya memberi manfaat kepada anggota serta masyarakat setempat. Menyedari sektor pelancongan menjadi tarikan utama di negeri Terengganu, ANGKASA negeri mengambil pendekatan meneroka bidang

Terengganu digalak menceburi bidang pertanian berskala besar seumpama ini sebagai langkah untuk menguasai rantaian nilai koperasi selain membantu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan import. Mengikut rekod yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Terengganu, sehingga Jun 2023, terdapat 811 buah koperasi di seluruh negeri ini dengan keanggotaan seramai 243,112 individu, syer/yuran berjumlah RM305.61 juta, aset bernilai RM713 juta dan perolehan sebanyak RM431.53 juta. Jumlah tersebut memberi keyakinan bahawa koperasi di negeri ini berupaya meningkatkan

lagi perolehan menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA Negeri Terengganu berbangga dengan pencapaian cemerlang enam buah koperasi di Terengganu yang berjaya tersenarai dalam Top 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2023 dan sebanyak 29 buah koperasi berada dalam Top 350 Terbaik Malaysia 2023. Kerjasama erat bersama kerajaan negeri serta agensi berkaitan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan pembangunan tanah dan hasil pertanian diperluas ke pasaran lebih besar. Ini dapat memberi peluang kepada koperasi untuk terus bersaing dan mampu berinteraksi dengan kehendak pasaran dan ekonomi semasa.

baharu dengan menjadikan projek agropelancongan sebagai usaha memperkukuh kedudukan koperasi sebagai pemain utama dalam industri pelancongan di negeri ini. Bagi merealisasikan usaha ini, ANGKASA Negeri Terengganu telah mencadangkan pembelian empat tanah lot di Sungai Tong, Setiu untuk dibangunkan sebagai kawasan agropelancongan bagi penanaman kelapa bersepadu dan ternakan madu lebah. Sehingga kini, proses pembelian tanah dan pindah milik hampir selesai dan projek pembangunan agro pelancongan di kawasan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Justeru, koperasi berorientasikan sektor pertanian di negeri ini turut dipelawa menyertai projek agropelancongan seperti mengusahakan pertanian kontan, buahan-buahan dan penternakan. Bagi meningkatkan keber- hasilannya, koperasi di negeri

Tapak projek pertanian ANGKASA di Sungai Tong, Setiu, Terengganu yang bakal dimajukan sebagai kawasan agropelancongan bagi penanaman kelapa bersepadu dan ternakan madu lebah.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease