26
ANGKASA Kedah
Jana Pendapatan Melalui Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Oleh: Nor Azah Abd. Aziz
Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah
Sejak Jun 2023, ANGKASA Negeri Kedah giat mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu di sebuah ladang solar yang terletak di Pendang, Kedah. Usaha tersebut didorong oleh permintaan yang meningkat di pasaran sekali gus membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan. Selain itu, pemilihan tanaman cendawan dilakukan kerana sifatnya yang mudah diuruskan. Projek berkenaan dijalankan bersama Koperasi Pendang Kedah Berhad dan Koperasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kedah Berhad, dengan setiap koperasi mengusahakan sebanyak 3,000 bongkah cendawan di sebuah rumah cendawan yang boleh memuatkan maksimum 10,000 bongkah. Projek itu juga menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila setiap bongkah mampu menghasilkan sehingga 1.5 kilogram (kg) cendawan sepanjang 10 kali penuaian. Menurut Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, pihaknya dibantu oleh syarikat Naz Cendawan Enterprise yang bertanggungjawab mengedarkan hasil tuaian kepada pelbagai saluran jualan termasuk peniaga tempatan, pasar raya dan restoran di kawasan daerah Baling. Tambah beliau, ANGKASA Negeri Kedah dalam perancangannya untuk turut melaksanakan Projek Tanaman Cendawan dalam skala yang lebih besar,
Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (tengah) dan barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah ketika melawat Projek Rintis Tanaman Cendawan.
berkelompok dan berfasa. Fasa 1 dijangka akan dimulakan tahun 2024 di ladang solar yang sama dengan anggaran kapasiti keseluruhan sebanyak 80,000 hingga 100,000 bongkah setiap pusingan. Dalam usaha untuk memberi pendedahan awal dan perkongsian ilmu berkaitan potensi industri cendawan kepada gerakan koperasi di samping menggalakkan penglibatan koperasi dalam aktiviti pertanian, ANGKASA Negeri Kedah juga telah menganjurkan Seminar Peluang Perniagaan dalam Bidang Pertanian - Tanaman Cendawan Tiram Kelabu. Perancangan jangka panjang ANGKASA Negeri itu adalah untuk mewujudkan sebuah pusat rujukan dan latihan teknikal berkaitan tanaman cendawan tiram kelabu kepada masyarakat tempatan khususnya anggota koperasi. Haji Wan Ibrahim juga berkata, inisiatif tersebut akan berupaya mewujudkan ekosistem lengkap untuk projek tanaman cendawan melalui penglibatan lebih banyak koperasi dan penghasilan pelbagai produk hiliran seperti cendawan goreng, pekasam cendawan, serunding cendawan dan karipap cendawan. Beliau berharap supaya Projek Tanaman Cendawan menjadi projek perintis untuk gerakan koperasi di Kedah.
Cendawan Tiram Kelabu yang hampir dituai.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease