WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

28

Projek Pembangunan Industri Kenaf Gerakan Koperasi: Tanaman Kenaf Sumber Makanan Ternakan dan Pengeluaran Fiber Oleh: Wan Mohd Zain Wan Abdullah

ANGKASA Kelantan

Encik Wan Mohd Zain Wan Abdullah Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan

Tanaman kenaf sesuai dijadikan sumber pertanian untuk makanan ternakan dan pengeluaran fiber

Tanaman kenaf adalah antara tanaman yang berpotensi besar dalam perusahaan negara selain daripada tanaman kelapa sawit, getah, kayu, padi dan buah-buahan tropika. Kenaf atau nama sintifiknya Hibiscus Cannabinus adalah tanaman yang diperkenalkan di Malaysia secara komersil melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada awal 2000-an untuk memberi nilai tambah kepada perusahaan pertanian di Malaysia. Tanaman tersebut adalah sumber makanan ternakan dan asas serabut atau fiber dan banyak ditanam di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah serta Perak. Tanaman tersebut adalah berpotensi untuk penghasilan produk hiliran yang memberi nilai tambah berganda kerana memiliki tempat dalam pasaran, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu komoditi yang memberi pendapatan kepada negara. Dalam usaha meningkatkan produktiviti koperasi melalui industri tanaman kenaf, ANGKASA mengambil pendekatan proaktif dengan menggalakkan koperasi bergiat dalam industri tersebut melalui kerjasama dengan LKTN. ANGKASA Negeri Kelantan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek tanaman kenaf bagi memenuhi

Tapak projek penanaman kenaf yang terletak di Kampung Kangkong, Pasir Mas, Kelantan.

makanan ternakan dan penghasilan fiber berkenaan memerlukan kapasiti ladang yang berskala besar untuk memberi hasil dan impak yang lebih tinggi. Terdapat dua koperasi, iaitu Koperasi Pembangunan Asas Tani Kelantan Berhad dan Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad yang menunjukkan minat untuk memulakan projek tersebut pada tahun 2024. ANGKASA Kelantan juga berhasrat untuk mewujudkan projek inkubator pada masa akan datang bertujuan membuka peluang kepada koperasi lain yang berminat dan berpotensi memajukan industri kenaf negara. Diharapkan semoga pelaksanaan aktiviti di peringkat eksplorasi dan pengembangan ekosistem projek tersebut mencapai kejayaan sebagaimana dirancang.

LKTN Berhad telah dilantik menjadi mentor sekali gus membantu membekalkan benih, baja dan jentera. Koperasi Kariah Masjid

Mukim Kangkong Pasir Mas Berhad menjadi perintis kepada pelaksanaan projek berkenaan yang terletak di Kampung Kangkong, Pasir Mas, Kelantan untuk penghasilan fiber dan

hasrat ANGKASA yang mahu melihat sektor koperasi menceburi

industri tersebut di peringkat huluan hingga ke peringkat hiliran.

Daun Kenaf.

makanan ternakan. ANGKASA Negeri Kelantan menyedari bahawa pelaksanaan penanaman kenaf untuk

Bagi memastikan kelangsungan projek berjalan dengan lancar, LKTN melalui Koperasi Pegawai dan Kakitangan

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease