30
ANGKASA Negeri Perlis Bantu Penuhi Permintaan Beras Putih Tempatan Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir
ANGKASA Perlis
Haji Sahimi Shari Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis
Beras tempatan menampung 70 peratus keperluan domestik, manakala selebihnya 30 peratus merupakan beras import. Namun begitu, tindakan pengeksport beras terbesar dunia, India untuk menghentikan eksport beras putih bukan basmati telah menyebabkan harga beras runcit meningkat sebanyak 11.5 peratus. Justeru, ANGKASA Negeri Perlis dengan kerjasama Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad dan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri Perlis telah menyahut seruan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyertai Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT). Program itu adalah langkah intervensi bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran. Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad adalah inisiatif oleh ANGKASA untuk mewujudkan gabungan koperasi pertanian terutamanya yang terlibat dalam industri tanaman padi. Sehingga kini, koperasi telah
berusaha untuk mempelbagaikan lagi aktivitinya demi mencapai objektif asal penubuhannya, iaitu untuk menarik minat petani agar bersatu dan bergerak melalui wadah berkoperasi. Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, Haji Sahimi Shari menyatakan bahawa Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Cawangan Negeri Perlis baru-baru ini memberikan sambutan baik terhadap peranan yang akan dimainkan oleh ANGKASA Negeri dalam kerjasama dengan Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad. Kerjasama tersebut melibatkan aktiviti pengeluaran dan pembungkusan beras jenama Melati, dengan harapan dapat sedikit sebanyak memulihkan rantaian bekalan beras putih tempatan di negeri itu. ANGKASA Negeri akan terus memberi komitmen dalam program khas itu dengan mewujudkan Jawatankuasa Kecil Projek Pembungkusan Beras Jenama Melati pada tahun 2024 bagi tujuan penyelarasan, pemantauan dan bimbingan manakala Konsortium Koperasi Padi Perlis Berhad bertindak sebagai peserta Program BPT.
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease