WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

31

ANGKASA Melaka

'Rasa Melaka by ANGKASA ' Meriahkan Aktiviti Pelancongan Oleh: Haji Ab. Rahim Md Tawel

dilaksanakan sekitar pertengahan tahun 2024 bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 dengan segala perancangan berjalan lancar dan juga pelaksanaan projek ini dijalankan melalui kerjasama strategik bersama pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dari segi penyewaan lot di Jonker Walk. Perbincangan yang menjurus kepada projek ini telah sampai ke matlamat dan sedang dalam proses dokumentasi perjanjian sewaan bersama pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Tambah beliau, dalam melestari tempat tarikan pelancong di Jonker Walk yang sememangnya terkenal dengan ikon beca adalah menjadi harapan dikomersilkan juga penggunaan skuter letrik. Sokongan yang padu daripada pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Selatan, Kerajaan Negeri, MAIM, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka, agensi serta koperasi diharap dapat menjayakan projek yang dirancang.

Haji Ab. Rahim Md. Tawel Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka

ANGKASA Negeri Melaka sedang membangunkan projek ‘Rasa Melaka by ANGKASA’ , iaitu sebuah lot di bangunan dua tingkat terletak di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk, Melaka yang terkenal sebagai pusat tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. Projek kolaborasi antara ANGKASA dengan koperasi ini bertujuan memperkasakan peranan gerakan koperasi sebagai penggerak utama khususnya dalam industri pelancongan dan peruncitan bagi pertumbuhan sosioekonomi Negeri Bersejarah itu. Fokus pengkhususan projek ini akan melibatkan sektor utama, iaitu Pelancongan & Hospitaliti dan Peruncitan. Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab. Rahim Md. Tawel berkata, cadangan pembangunan perniagaan ini yang berkonsepkan

‘physical conceptual store’ menampilkan keaslian dan keunikan warisan seni budaya dan sejarah Negeri Melaka. Unit bawah akan dibangunkan kiosk/vendor makanan dan minuman yang terkenal di Negeri Melaka serta gondola produk koperasi yang bersedia di pasaran serta bermutu tinggi dengan fokus ‘Semestinya Halal’ manakala unit atas akan dibangunkan rumah tamu dengan konsep ‘bacpackers lodge’ yang mempunyai tiga bilik, 14 katil, dua bilik air serta ruang pantri. Menurut Haji Ab. Rahim lagi, pihaknya menyasarkan untuk projek tersebut dapat

PASARAN TEMPATAN

PASARAN ANTARABANGSA

Ekosistem projek 'Rasa Melaka by ANGKASA '.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease