ANGKASA Sarawak 32
ANGKASA Sarawak Bantu Kukuhkan Keterjaminan Bekalan Makanan Melalui Produk Tempatan Oleh: Shamsiah Haji Mahli Pegawai Seksyen ANGKASA NIAGA Bahagian Perniagaan Kumpulan Perniagaan Koperasi
Malaysia khususnya negeri Sarawak merupakan pengeluar sagu ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Papua New Guinea. Sagu adalah sejenis kanji yang dihasilkan daripada batang sawit tropika bernama pokok rumbia. Di Sarawak, keluasan tanaman pokok rumbia yang menghasilkan sagu adalah seluas 32,329 hektar meliputi bahagian Mukah dan Betong. Terdapat beberapa produk hiliran sagu yang sedia diusahakan antaranya tepung kanji sagu. Pada tahun 2021, sebanyak 38,466,210 tan tepung kanji sagu telah dieksport ke Semenanjung Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar, China dan Brunei dengan nilai berjumlah RM 80,342,700.00. (Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 2022). Selain itu, sagu juga dijadikan tepung lemantak untuk menghasilkan produk makanan tradisional khususnya kaum Melanau. Melihat kepada limpahan sumber bahan mentah seperti sagu, ANGKASA Negeri Sarawak bersama Koperasi Desa Lestari Tellian Tengah dan Ulu Mukah Berhad (KODELT) dan Craun Research Sdn. Bhd., sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) menjadi rakan kongsi dalam menghasilkan mi kuning sagu secara komersial untuk pasaran di Malaysia. Selain rasanya yang lebih enak, mi kuning sagu mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah dan baik untuk kesihatan terutamanya mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung. Kelebihan itu menjadikan mi kuning sagu sebagai alternatif kepada mi kuning berasaskan tepung gandum. Melalui kerjasama strategik tersebut, sebuah kilang dan mesin penghasilan mi separa automatik telah disediakan yang mana boleh menghasilkan secara purata 450 kilogram mi kuning sagu sehari. Usaha awal yang dijalankan bersama itu telah mendapat sijil paten daripada Pebadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Kini, usaha sedang digerakkan untuk mendapatkan kelulusan bagi penggunaan logo halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ANGKASA Negeri Sarawak sangat optimis produk mi kuning sagu yang diusahakan
Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak
Produk mi kuning sagu keluaran Koperasi Desa Lestari Tellian Tengah dan Ulu Mukah Berhad (KODELT).
ANGKASA Negeri Sarawak berhasrat untuk membawa produk mi kuning sagu tersenarai sebagai produk bawah program ' 100 Product Champion' serta memasuki rangkaian pasaran kedai BA100 seluruh Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. ANGKASA Negeri Sarawak sedar bahawa terdapat banyak cabaran dalam mengangkat produk mi kuning sagu terutamanya dari segi pemasaran serta memberikan keyakinan kepada pengguna akan khasiat serta sebagai alternatif kepada mi kuning gandum. Penglibatan daripada kerajaan negeri berupa suntikan modal bagi meningkatkan pengeluaran mi kuning sagu yang merupakan produk Sarawak amatlah diharapkan. Inisiatif tersebut dilihat mampu meningkatkan pendapatan koperasi dan juga anggota di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Secara tidak langsung sektor koperasi berjaya membantu kerajaan negeri dalam mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan melalui produk tempatan Sarawak.
bersama dengan KODELT dan Craun Research Sdn. Bhd. boleh memasuki pasaran seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Peluang ekonomi terbuka luas khususnya kepada koperasi di luar Mukah sebagai rakan pemasaran kepada produk tersebut. Bahkan juga penglibatan koperasi dalam melabur dana amatlah dialu-alukan bagi menaik taraf kilang pemprosesan serta mesin heavy-duty bagi meningkatkan pengeluaran mi kuning sagu sesuai dengan permintaan yang tinggi oleh pengguna. ANGKASA Negeri Sarawak telah pun memulakan langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan persekutuan dan negeri, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Agensi kerajaan mempunyai kekuatan dari segi program pembangunan, rangkaian usahawan yang luas yang dapat membawa produk hiliran ke seluruh Malaysia serta kekuatan pemasaran secara media sosial.
Pekerja di kilang KODELT sedang melakukan proses pembungkusan mi kuning sagu.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease