WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2024

5

Seulas Pinang

Konsep bekerjasama atau berkoperasi menjadi tunjang utama kepada kekuatan gerakan koperasi di Malaysia. Bermula pada tahun 1922, gerakan koperasi diperkenalkan dan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Sehingga tahun 2024, gerakan koperasi negara telah menyaksikan pelbagai bidang ekonomi digerakkan secara proaktif melalui kepelbagaian fungsi seperti kewangan, hartanah, peruncitan dan pemborongan, pertanian, perladangan, kepenggunaan, teknologi dan beberapa bidang lain lagi. Koperasi tidak boleh lagi beroperasi secara konvensional tetapi perlu lebih kreatif dan berinovasi untuk terus bersaing dalam dunia perniagaan yang lebih kompetitif. Koperasi bukan sahaja dapat membantu anggota mendapat manfaat ekonomi yang diusahakan malah juga mencetus semangat serta memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan melalui penyertaan anggota dan komuniti setempat. Kekuatan sesebuah koperasi bergantung kepada keupayaannya untuk berani meneroka bidang baharu melalui projek perniagaan berskala lebih besar, mengembangkan rantaian nilai produk koperasi, mewujudkan ekosistem digitalisasi yang bersepadu dan inklusif tanpa mengabaikan prinsip dan jati diri koperasi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 30 Jun 2023, terdapat 15,556 buah koperasi di seluruh negara dengan keanggotaan melebihi 7.3 juta individu, syer/yuran sebanyak RM17.47 bilion, aset bernilai RM161.96 bilion dan berjumlah RM30.99 bilion. Keanggotaan dan perolehan gerakan koperasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun jelas memperlihatkan kekuatan gerakan sekali gus menunjukkan koperasi kini berada pada landasan yang tepat dalam landskap ekonomi negara. Dalam usaha memastikan gerakan koperasi terus berkembang dan mencipta kejayaan, pemimpin koperasi hendaklah meletakkan kepentingan koperasi terlebih dahulu daripada kepentingan peribadi serta berusaha mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap koperasi. Saya berharap koperasi di Malaysia dapat bersama-sama berganding bahu menyahut hasrat kerajaan untuk melihat gerakan koperasi menyumbang sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion pada tahun 2030 menerusi Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) yang berlangsung daripada 27 Februari 2024 hingga 2 Mei 2024 di seluruh negara diharap menjadi medan terbaik untuk membawa suara gerakan koperasi kepada umum. Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua perwakilan yang hadir dan berharap semoga mesyuarat pada kali ini berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Semoga MAN menjadi pentas untuk kita bersatu hati dalam memperteguh jati diri koperasi. Selamat Bersidang.

Kandungan

06 08 10 12 14 16

20

26 27 28 29 30 31 32 33 34

Memperkasa Ekonomi Koperasi Mikro dalam Gerakan Koperasi Transformasi dan Arah Tuju Hubungan Strategik ANGKASA Koperasi Perumahan Memastikan Kediaman Berkualiti dan Lestari untuk Semua Mahu Lahirkan Lebih Ramai 'Khairul Aming': Koperasi Sekolah Perlu Luaskan Peranan Kejayaan ACCRS dalam Membantu Koperasi Pulih Akaun Tertunggak Usaha Pembangunan Perniagaan Koperasi, Meningkatkan Rangkaian Nilai Rumah Rakit Daya Tarikan Pelancong Dambakan Kelainan dalam Bercuti Koperasi Digalak Terlibat dalam Ekosistem Ternakan Ayam

Tingkatkan Pengeluaran Pasaran Durian Tempatan ANGKASA Negeri Perak Pacu Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko Kolaborasi ANGKASA-UTM Pusat Inkubator Latihan Kelulut Moden-MeliPark Program Pembangunan Ladang Hutan Komuniti Tanaman Buluh Jana Pendapatan Koperasi Ternakan Ayam Kampung Kacuk Bantu Kukuh Industri Agromakanan Negara Projek Agropelancongan Bantu Jana Pendapatan Koperasi

Jana Pendapatan Melalui Tanaman Cendawan Tiram Kelabu ANGKASA Pulau Pinang Perkasa Penanaman Rock Melon Berskala Besar Tanaman Kenaf Sumber Makanan Ternakan dan Pengeluaran Fiber ANGKASA WP Komited Bantu Kerajaan Tangani Kemiskinan Bandar ANGKASA Negeri Perlis Bantu Penuhi Permintaan Beras Putih Tempatan 'Rasa Melaka by ANGKASA' Meriahkan Aktiviti Pelancongan ANGKASA Sarawak Bantu Kukuhkan Keterjaminan Bekalan Makanan Melalui Produk Tempatan Koperasi Memacu Pembangunan Ekonomi di Sabah Statistik Keanggotaan ANGKASA

21

22

23

24

18 19

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease