8
Transformasi dan Arah Tuju Hubungan Strategik ANGKASA
Oleh: Dr. Mohd Azlan Yahya
Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Kumpulan Hubungan Strategik
ANGKASA telah memulakan pelaksanaan transformasi mulai tahun 2024. Mengapakah tranformasi ini penting? Pada 12 Febuari 2022, Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar semasa melancarkan Majlis Sambutan 100 Tahun Koperasi menyatakan KUSKOP telah mewujudkan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM) bertujuan untuk menyelaras peranan dan fungsi tiga agensi utama dalam pembangunan koperasi di negara ini. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diberi tanggungjawab untuk meningkatkan lagi kawal selia dan pembangunan koperasi. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) diberi tanggungjawab untuk memperkasakan modal insan koperasi manakala ANGKASA perlu menumpukan kepada memperkukuhkan jati diri serta merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi. Pembahagian tugas ini bertujuan memajukan koperasi seterusnya menjadi mekanisme penting dalam pembangunan sosioekonomi negara. Berdasarkan kepada tanggungjawab besar yang diberikan, ANGKASA memerlukan satu perubahan dalam tadbir urus, budaya kerja serta kemantapan kewangan. Transformasi ini penting bagi menjamin peranan dan fungsi ANGKASA dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisien. Inisiatif awal transformasi ANGKASA bermula dengan cadangan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2023 terhadap struktur pengurusan dan pentadbiran ANGKASA termasuklah memperkasakan ANGKASA Negeri. Secara umumnya, tiga aspek yang diberi keutamaan dalam transformasi ANGKASA adalah mensrukturkan semula organisasi, mewujudkan budaya kerja integriti dan meluaskan lagi sumber pendapatan. Apakah perubahan ketara transformasi kepada struktur organisasi ANGKASA? Sebelum ini, struktur organisasi ANGKASA pusat terdiri daripada 32 bahagian tetapi melalui transformasi ini kami telah gabungkan bahagian-bahagian tersebut kepada lima
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya ketika ditemu bual oleh wakil Seksyen Penerbitan.
(5) kumpulan utama iaitu Kumpulan Tadbir Urus dan Pengurusan, Kumpulan Kewangan Korporat, Kumpulan Pembangunan Koperasi, Kumpulan Perniagaan dan Kumpulan Hubungan Strategik. Di ANGKASA Negeri, struktur jawatankuasa juga dibahagikan kepada tiga (3) jawatankuasa utama, iaitu Jawatankuasa ANGKASA Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Koperasi dan Jawatankuasa Perniagaan Koperasi. Perubahan struktur organisasi ini penting supaya pengagihan sumber lebih baik, membolehkan penyelarasan antara bahagian dengan lebih berkesan dan menetapkan bidang tugas atau fungsi dengan tepat. Perubahan struktur organisasi ini dilakukan agar selari dengan visi dan misi ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara. Pada pandangan Dr., mengapakah hubungan strategik ini penting bagi ANGKASA? Hubungan dan rakan strategik merupakan sesuatu yang penting dan kritikal kepada ANGKASA dan mana-mana organisasi untuk menghasilkan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease