如何治疗白内障?
Bagaimana Katarak Dirawat?
若您的视力只是稍微变得模糊,则非必要进行白内障治疗。 简单地透过配戴适当度数的眼镜,即可改善视力并维持一段 时间。没有任何药物、眼药水、运动或眼镜能消除或预防白 内障的形成, 唯一的方法就是进行白内障摘除手术。当您再也无法拥有良 好的视力以完成各种日常事务时,便应该考虑进行白内障手 术。 该手术过程包括了将患有白内障的自然晶体摘除, 然后进行人工晶体植入。目前,人工晶体植入的白内障手术 共有两种类型,请咨询您的眼科手术医生以了解最适合您的 方案。
Katarak mungkin tidak perlu dirawat jika sedikit sahaja penglihatan anda yang kabur. Anda hanya perlu menukar preskripsi kaca mata sahaja untuk memperbaiki penglihatan anda buat sementara waktu. Tiada ubat- ubatan, ubat titis mata, senaman atau kaca mata yang boleh menghilangkan atau mencegah pembentukan katarak. Katarak hanya boleh diubati melalui pembedahan. Pembedahan katarak harus dipertimbangkan apabila anda tidak lagi dapat melihat dengan baik dan mendapati sukar untuk menjalankan tugas biasa. Pembedahan ini melibatkan pembuangan katarak, dan menggantikannya dengan kanta tiruan. Terdapat 2 jenis pembedahan katarak dengan implantasi kanta. Sila bincangkan pilihan yang paling sesuai untuk anda dengan pakar bedah anda.
手术类型
Jenis-jenis Pembedahan
白内障超声波乳化手术 超声波乳化手术是一项先进的白内障摘除手术,主要透过超 声波将眼睛里的白内障晶体进行乳化并吸出,再以平衡盐溶 液来冲洗以维持前眼房的充盈。
Pengemulsian phaco Pengemulsian phaco adalah kaedah pembedahan katarak yang moden di mana kanta dalaman mata diemulsikan secara ultrasonik dan dibahagikan serta disedut daripada mata. Cecair yang disedut akan digantikan dengan larutan garam yang seimbang bagi menampung ruang anterior.
白内障囊外摘除手术 白内障囊外摘除手术 (ECCE) 主要包括将眼睛里的晶体进行 摘除,同时保留部分完整的弹性后囊膜以植入人工晶体 (IOL)。这项手术与白内障囊内摘除手术 (ICCE) 有着对比性 的区别,囊内摘除手术较为旧式,医生在手术过程中会完整 摘除整个晶体,使眼睛呈于无晶体状态,然后再通过极厚的 眼镜或隐形眼镜为患者进行视力矫正。
Pembedahan ekstrakapsular Pengeluaran katarak ekstrakapsular (ECCE) adalah kategori pembedahan mata di mana kanta mata dikeluarkan dan kapsul elastik yang melitupi kanta dibiarkan separa utuh bagi membolehkan implantasi kanta intraokular (IOL). Kaedah ini berbeza dengan pengeluaran katarak intrakapsular (ICCE), iaitu prosedur lama di mana pakar bedah mengeluarkan seluruh kanta dalam kapsul dan meninggalkan mata afakik (tanpa kanta). Selepas pengeluaran intrakapsular, penglihatan pesakit akan dibetulkan melalui kaca mata lensa tebal atau kanta lekap.
Made with FlippingBook Ebook Creator