100 HARI PERTAMA: DATUK BANDAR
WARGA PETALING JAYA
5.0 PENUTUP
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, buku catatan 100 Hari Pertama: Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya dapat direalisasikan. Buku ini merupakan moment saya menyantuni pelbagai isu dan aduan melibatkan pemegang taruh dalam masa 100 hari menjadi Datuk Bandar Petaling Jaya. Buku ini turut melaporkan 56 projek signifikan sepanjang tempoh tersebut dan saya percaya ia dapat memberi sumbangan kepada pencapaian Rancangan Selangor 1, prinsip Malaysia Madani dan Sustainable Development Goals (SDGs). 31 daripada 56 program telah selesai dan baki 25 program masih dalam pemantauan berjadual. Bagi warga kerja MBPJ, Ahli Majlis serta penduduk Petaling Jaya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan sokongan semua pihak ke arah sebuah bandaraya pintar, mampan dan berdaya tahan. Ucapan terima kasih juga kepada Taskforce 100 Hari Datuk Bandar yang menjayakan program 100 Hari Pertama: Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya dan penghasilan buku catatan ini. Menjadi harapan semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat saya laksanakan dengan baik dan bersama-sama kita mengekalkan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah BANDARAYA BAHAGIA.
115
Made with FlippingBook Digital Proposal Creator