100 Hari Pertama: Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya

Sekapur Sirih

Tahniah juga kepada Datuk Bandar Petaling Jaya di atas pelantikan dan komitmen beliau dalam melaksanakan tugas dan menyantuni warga penduduk serta pemegang taruh di Petaling Jaya. Setinggi–tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya memberikan peluang dan ruang bagi kita sama-sama menguruskan dan mentadbir sebuah bandaraya yang padat iaitu Bandaraya Petaling Jaya. Saya yakin dan percaya, Datuk Bandar Petaling Jaya, Tn. Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon serta seluruh warga kerja MBPJ akan lebih komited bagi memantapkan sistem pengurusan pentadbiran agar terus menjadi bandaraya berdaya tahan dan penduduknya bahagia tinggal di Petaling Jaya. Buku 100 Hari Pertama: Datuk Bandar Santuni Warga Petaling Jaya adalah satu catatan permulaan seorang Datuk Bandar yang telah berusaha dengan penuh komited bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri kepada empat (4) teras utama iaitu Pengukuhan Ekonomi, Peningkatan Kesejahteraan & Keterangkuman Sosial, Pemacuan Kelestarian dan Tadbir Urus S.M.A.R.T. & Berkesan.

YB DATO' SETIA HAJI HARIS BIN KASIM

S.S.I.S., D.P.M.S., A.S.A., P.P.T.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Made with FlippingBook Digital Proposal Creator