Madah Pemula
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah diberikan kepercayaan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya berkuatkuasa pada 1 Februari 2024. Menjadi harapan semoga amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik dan menjadi satu catatan yang bermakna dalam kerjaya demi sumbangan kepada Petaling Jaya khususnya dan negara amnya. Menghargai pelantikan ini, saya berazam untuk mentadbir Bandar Petaling Jaya dengan menyantuni segenap lapisan masyarakat sejajar dengan titah Tuanku Sultan Selangor sewaktu Pembukaan Dewan Negeri Selangor pada 27 Februari 2024. Menjunjung titah Tuanku Sultan Selangor supaya penjawat awam turun ke bawah menyantuni pelbagai isu dan aduan. Mensyukuri nikmat keberadaan di MBPJ dan mempunyai pasukan yang komited demi kelangsungan MBPJ dalam mencapai matlamat sasaran kerja. Halatuju Sustainable Development Goals (SDGs), Malaysia Madani, Rancangan Selangor 1 (RS1), Pelan Strategik Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient 2030 (PJSSR 2030) menjadi rujukan dalam mentadbir Bandaraya Petaling Jaya. Harapan saya semoga semua warga MBPJ dapat bersama-sama saya memberikan sumbangan dan memakmurkan Bandaraya Petaling Jaya dan berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’.
Sekian terima kasih.
HJ. MOHAMAD ZAHRI BIN HJ. SAMINGON Datuk Bandar Petaling Jaya
Made with FlippingBook Digital Proposal Creator