Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon dilahirkan tanggal 11 Januari 1970, anak jati Kampung Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor merupakan anak kedua daripada sembilan (9) adik-beradik. Beliau merupakan pemegang Ijazah Pentadbiran Awam Dengan Kepujian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Sepanjang perkhidmatan 28 tahun, beliau telah berkhidmat di 12 organisasi peringkat Persekutuan dan Negeri. Sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2021-2024. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perangkaan Malaysia selama 2 tahun (2019- 2021). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan daripada tahun 2015 hingga 2019 dan jawatan tertinggi di Kementerian tersebut adalah Timbalan Pengarah Sektor Pemantauan, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan. Beliau turut menaburkan bakti selama 5 tahun di 1.0 KENALI DATUK BANDAR PETALING JAYA
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 2009- 2015 dan pelbagai agensi kerajaan lain sebelumnya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ibu Pejabat Putrajaya dan SPR Negeri Kelantan. Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon telah dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya pada 1 Februari 2024. Pengurusan pentadbiran Bandaraya Petaling Jaya berpandukan empat (4) rujukan utama iaitu Sustainable Development Goals ( SDGs ), Malaysia Madani, Rancangan Selangor 1 (RS1) dan Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient 2030 (PJSSR 2030) . Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kerja dalam bidang Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia. Beliau berpengetahuan dan mahir dalam membuat perancangan, pemilihan sumber manusia kepada organisasi, membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dan memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia dengan organisasi.
1
Made with FlippingBook Digital Proposal Creator