S
OKTOBER 2024 JILID: WP06/10
ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 2/2024
Akta Baharu Koperasi: Perkukuh Kawal Selia dan Memperkasakan Gerakan Koperasi
Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick (tengah) mempengerusikan MPKK Bil. 2/2024 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2024. Turut bersama ialah Timbalan Menteri KUSKOP, Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (kanan) dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud (tiga dari kanan).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambah baik, manakala dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta. "Pindaan ini dibuat bagi memperkukuh elemen pengawalseliaan di samping memastikan perundangan koperasi kekal relevan dalam persekitaran ekonomi semasa".
Datuk Ewon menyatakan demikian ketika menyampaikan Perutusan Pengerusi dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.2/2024 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2024.
Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kini dalam proses menggubal akta koperasi yang baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]. Pembangunan
BERSAMBUNG DI MUKA 2 DAN 3
2
KOPERASI
OKTOBER 2024
Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 2/2024
DARI MUKA 1
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud dan Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP (Dasar dan Pemantauan), Puan Noor Afifah Abd. Razak. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor serta Ahli Majlis yang terdiri daripada 35 orang mewakili 14 Exco
Kerajaan Negeri. Selain itu, mesyuarat membincangkan perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi dengan menggalakkan rangkaian kerja, perkongsian maklumat, kepakaran serta pengalaman dalam kalangan pihak berkepentingan bagi sektor koperasi. Agenda mesyuarat turut menyaksikan tiga Pembentangan Kertas Makluman iaitu Penetapan Dasar bagi Cadangan Penggubalan Suatu Akta Baharu bagi Menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502] yang disampaikan oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Azam Sulaiman, Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 oleh Dr. Mohd. Azlan Yahya serta Status Semasa Universiti Keusahawan Koperasi Malaysia (UKKM) oleh Naib Canselor UKKM, Prof. Dato' Dr. Azali Mohamed.
Kerajaan Negeri yang memegang portfolio koperasi, sembilan orang gerakan koperasi, tiga wakil akademik dan dua wakil industri. Mesyuarat memberi fokus kepada menentukan hala
wakil
hala
tuju pembangunan gerakan koperasi negara serta usaha mempergiat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan
YB Datuk Ewon Benedick mempengerusikan MPKK Bil 2/2024.
Sekitar MPKK Bil. 2/2024 yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat pada 8 Oktober 2024.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang
• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
3
KOPERASI
OKTOBER 2024
Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 2/2024
ANGKASA Bentang Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya berpeluang membentangkan Kertas Makluman iaitu Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 dan Cadangan Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan. Laporan tersebut dibentangkan sebagai makluman kepada mesyuarat berkenaan impak penganjuran kongres yang telah berlangsung pada 25-26 Julai 2024 melibatkan penyertaan sejumlah 6,200 perwakilan koperasi (fizikal dan online ). Menurut beliau, Lapan Resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 telah dibentangkan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan diserahkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selain itu sebanyak RM6 juta peruntukan diberikan kepada ANGKASA bagi meningkatkan kekuatan gerakan koperasi, manakala Lima Insentif diumumkan bagi pelaksanaan program pembangunan koperasi di seluruh negara.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya membentangkan Kertas Makluman Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 dan Cadangan Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan. Latar Belakang Pindaan Akta 502
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Dari Meja Presiden
Pendekatan digitalisasi pada masa kini bukan sahaja memerlukan kepantasan dan ketepatan malah kualiti hasil kerja juga perlulah seiring dalam usaha untuk membina kejayaan tadbir urus dan keyakinan pelanggan serta masyarakat. Pendekatan digitalisasi menerusi AI atau ‘kecerdasan buatan’ dilihat semakin penting berasaskan kepada pendekatan kerja yang lebih cepat serta tepat berbanding pendekatan sedia ada yang bersifat konvensional. Keupayaan AI juga secara tidak langsung dapat memberi kesan terhadap peningkatan jumlah pengikut dan diikuti dengan kuasa beli pengguna melalui perkhidmatan yang lebih murah, cekap dan berkualiti tinggi. Koperasi harus sentiasa peka dan aktif dalam memperkasakan teknologi AI terutamanya dalam mempromosikan perniagaan
koperasi. Selain dapat membantu meningkatkan kapasiti pelanggan menerusi pendekatan promosi yang dibuat,
koperasi juga dapat membina imej dan pengaruh dalam meningkatkan standard serta reputasi koperasi. Menerusi pendekatan AI juga, kajian terhadap budaya kerja dan strategi pemasaran yang lebih komprehensif dan tepat dapat dilaksanakan sekali gus hipotesis yang dihasilkan kelak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang berguna kepada kepimpinan koperasi itu sendiri. Kita tidak mahu melihat koperasi yang kita bangunkan dengan susah payah akhirnya tidak aktif dan dorman begitu sahaja disebabkan oleh kesukaran kepimpinan koperasi untuk mengimbangi budaya kerja dan pendekatan perniagaan yang semakin canggih dan pantas.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
KOPERASI 4
OKTOBER 2024
KUSKOP Umum Geran Bantu Koperasi Komuniti India
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat dan peserta selepas selesai Majlis Perasmian Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024 di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengumumkan geran sehingga RM30 ribu khusus untuk koperasi komuniti India bagi membantu aktiviti perniagaan koperasi komuniti tersebut. Timbalan Menterinya, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, geran tersebut boleh dimohon melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan akan diberikan secara eksklusif kepada koperasi yang layak dan hadir ke Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024. Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan persidangan yang julung kali diadakan bertempat di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh. Dato’ Sri Ramanan juga menyatakan harapan yang tinggi untuk melihat komuniti India terus maju melalui pendekatan berkoperasi. Beliau turut menyerahkan replika cek bantuan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP – SKM) berjumlah lebih RM7 juta kepada tiga koperasi iaitu Koperasi Guru-Guru Tamil Negeri Sembilan
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Koperasi NLFCS Berhad yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk B. Sahadevan (dua dari kanan) ketika menerima sijil dan plak pengiktirafan kerana telah berjaya tersenarai dalam indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024.
Pengerusi Koperasi Serbaguna Kebangsaan Berhad, Encik Rajinteran Vempody (tiga dari kiri) ketika menerima replika cek bantuan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP – SKM) berjumlah RM3,994,739.00.
KOPERASI 5
OKTOBER 2024
PERANGKAAN TAHUN 2023 BERDASARKAN FUNGSI KOPERASI KOMUNITI INDIA
SYER/ YURAN (RM)
PEROLEHAN (RM)
ASET (RM)
FUNGSI
KOPERASI
ANGGOTA
PERKHIDMATAN PERTANIAN PENGGUNA KREDIT PENGANGKUTAN PERUMAHAN PEMBINAAN PERINDUSTRIAN
144 129
54, 299 84, 524 6, 541 76, 765 1, 364 25, 542 436 128
57 Juta 301 Juta 3.5 Juta 243 Juta 4.4 Juta 9.4 Juta 248, 650 14, 452
13 Juta 239 Juta 3. 2 Juta 75 Juta 132, 130 2. 5 Juta 11, 030 -
134 Juta 1. 15 Bilion 6.8 Juta 372 Juta 4.8 Juta 47 Juta 396, 199 3, 996
68 33
18 15 7 5
JUMLAH
419
249, 599
619 Juta
1. 72 Bilion
334 Juta
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Berhad, Koperasi Nesa Pelbagai Berhad dan Koperasi Serbaguna Kebangsaan Berhad. Selain itu, sumbangan Co-operative Emergency Relief Fund bernilai RM3 ribu juga telah disampaikan kepada Koperasi Tamil Hilir Perak Berhad. Sebanyak tiga koperasi komuniti India yang telah berjaya tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 telah menerima sijil dan plak pengiktirafan. Tiga koperasi itu adalah Koperasi NLFCS Berhad, Koperasi Serbaguna Kebangsaan Berhad dan Koperasi Kredit Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad. PKKI 2024 yang disertai lebih 800 peserta dianjurkan dengan objektif untuk mengiktiraf sumbangan koperasi komuniti India dalam memperkasakan ekonomi masyarakat India di negara ini. Di samping itu, objektif persidangan tersebut juga adalah bagi meningkatkan pengetahuan koperator mengenai dasar terkini kerajaan berkaitan koperasi serta mengenal pasti isu tatakelola dan amalan terbaik bagi meningkatkan pengurusan koperasi. Statistik yang dikumpulkan oleh SKM menunjukkan sehingga 31 Disember 2023, terdapat 419 buah koperasi komuniti India dengan keanggotaan seramai 249,599 orang. Dari segi modal syer pula adalah bernilai RM619 juta dan penjanaan aset mencecah RM1.7
bilion sumbangan perolehan sebanyak RM334 juta. Persidangan itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, Ahli Parlimen Batu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, YB Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran dan beberapa Pengerusi ANGKASA Negeri. manakala Pada majlis yang sama, satu forum bertemakan ‘Transformasi Ekonomi Koperasi Komuniti India: Prospek dan Wawasan’ turut berlangsung dengan menampilkan barisan panel terdiri daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato’ Amran Haji Abd. Kadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya manakala Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Wan Ahmad Hilman Wan Adam bertindak sebagai moderator.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada YB Dato’ Sri Ramanan.
Sebahagian peserta yang hadir ke persidangan.
Forum bertemakan ‘Transformasi Ekonomi Koperasi Komuniti India: Prospek dan Wawasan’ menampilkan barisan panel terdiri daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato’ Amran Haji Abd. Kadir, (dua dari kiri), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus (dua dari kanan) dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kanan sekali) manakala Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Wan Ahmad Hilman Wan Adam bertindak sebagai moderator.
Wakil koperasi mengambil peluang mengajukan soalan.
ANGKASA 6
OKTOBER 2024
ANGKASA Anjur Bengkel Teknikal Pemindahan Koloni Kelulut
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh mecuba sendiri menyedut madu kelulut dari sarang yang diternak.
Kakitangan ANGKASA berpeluang mencuba madu kelulut asli.
Penceramah dari Universiti Teknologi Malaysia, Encik Noor Zihan Ahmad Zainuri ketika menyampaikan Slot 1 (Teori) – Pengenalan kepada Ternakan Kelulut Moden.
Seramai 30 peserta dalam kakitangan dan bekas warga kerja ANGKASA menghadiri Bengkel Latihan Teknikal Pemindahan Koloni Kelulut.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Noor Zihan Ahmad Zainuri dan Encik Mohd Fazrullah Fathi. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd Jalil. Menerusi bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan slot teori, iaitu pengenalan kepada ternakan kelulut moden dan slot praktikal selain diberi tunjuk ajar mengenai teknik tuaian madu kelulut dan pemindahan koloni kelulut. Peserta juga turut mempelajari kepentingan dan kelebihan penggunaan teknologi dan inovasi dalam pertanian bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi, seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran serta menjamin kualiti produk. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menekankan bukan sahaja penglibatan aktif anggota koperasi dalam sektor pertanian malah kepentingan pendidikan dan latihan berterusan untuk meningkatkan kecekapan, inovasi dan daya saing koperasi. Tambah beliau, penglibatan
Seksyen Pertanian dan Perladangan bawah Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA telah menganjurkan Bengkel Latihan Teknikal Pemindahan Koloni Kelulut bertempat di ruang khas ternakan lebah kelulut di Aras 2, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 3 Oktober 2024. Seramai 30 peserta terdiri daripada kalangan kakitangan dan bekas warga kerja ANGKASA menghadiri bengkel tersebut yang dikendalikan oleh penceramah dari Universiti Teknologi Malaysia, Encik
Peserta bergambar selepas selesai Slot 2 (Praktikal) – Teknikal Tuaian Madu Kelulut dan Pemindahan Koloni.
Rumah lebah kelulut yang ditempatkan di Aras 2, Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya.
usaha kerajaan memastikan bekalan makanan tempatan mencukupi untuk kegunaan masyarakat. Madu kelulut terkenal dengan khasiatnya untuk meningkatkan imuniti dan membantu menyembuhkan luka selain kaya dengan antioksidan yang boleh membantu melawan radikal bebas dalam badan sekali gus membantu mengurangkan risiko penyakit. Selain itu, madu kelulut berkesan dalam mengawal paras gula dalam darah, menjadikannya alternatif semula jadi untuk mengawal diabetes. Pengambilan madu kelulut secara konsisten juga dipercayai dapat meningkatkan tenaga serta memperbaiki sistem pencernaan.
koperasi dalam sektor pertanian perlu diperhebatkan lagi supaya dapat memainkan peranan lebih signifikan dalam memperkukuh ekonomi negara dan membantu
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
ANGKASA 7
OKTOBER 2024
ANGKASA Bantu Tujuh Koperasi Melaka Terjejas Banjir
Oleh RAHMAT MOHD. DID
Tujuh buah koperasi di Melaka yang terjejas akibat bencana banjir pada Ogos lalu telah menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap satu daripada ANGKASA, sebagai sumbangan CSR. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut sewaktu Majlis Penutup Bengkel Retreat Transformasi ANGKASA 2024. Koperasi yang terlibat adalah Koperasi Usahasama Tani Melaka Berhad, Koperasi Strawarna Melaka Berhad, Koperasi Pemulihan Dalam Komuniti Melaka Berhad, Koperasi Keluarga Enam Melaka Berhad, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad, Koperasi Masjid Al-Wakil Lubok China Melaka Berhad dan Koperasi Keluarga Haji Mohd Yatim Melaka Berhad. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalam ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) bergambar bersama wakil penerima bantuan Sumbangan CSR ANGKASA kepada Gerakan Koperasi Negeri Melaka. Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (enam dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh (kanan sekali).
ANGKASA Johor Sumbang Penyembur Air kepada Empat Kampung di Dun Mahkota
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan bantuan penyembur air ( water jet ) dalam Program Jalinan Ukhuwah:Tanggungjawab Sosial Masyarakat di Balai Raya Kampung Palembang Baru, Kluang, Johor pada 27 September 2024.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan notebook kepada Ketua Kampung Palembang Baru, Haji Md Ismail Sajidon.
Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) menyerahkan bakul makanan kepada penerima.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Beliau juga telah menyampaikan bakul makanan berupa barangan keperluan asas yang disumbangkan SKM Cawangan Negeri Johor kepada 100 penerima terdiri daripada penduduk kampung berstatus asnaf di kawasan tersebut. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, ANGKASA mahu mengangkat kedudukan koperasi berkluster mikro dan kecil kepada sederhana menerusi aktiviti peruncitan bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) yang diperkenalkan oleh ANGKASA. "Sasaran kita adalah supaya satu kedai runcit milik koperasi menjaga 500 hingga 1,000 pengguna," katanya. Tambah beliau, melalui Kongres Koperasi Kebangsaan kali ketiga yang diadakan pada 25-26 Julai 2024 lalu, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan RM6 juta kepada ANGKASA untuk meningkatkan kekuatan gerakan koperasi di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan, RM2 juta diselaraskan melalui peruntukan Jualan Rahmah bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk ANGKASA memperkasakan kegiatan koperasi. Jelasnya lagi, Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA diadakan untuk menawarkan barangan keperluan asas dengan harga berpatutan kepada
rakyat, khususnya kepada golongan B40 dan asnaf yang terjejas dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Produk seperti minyak masak, gula, sardin, beras dan telur adalah antara yang ditawarkan dengan harga subsidi. Sementara itu, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan dalam ucapannya berkata, terdapat sebanyak 188 buah koperasi di Kluang dan jumlah tersebut perlu dipertingkatkan lagi supaya lebih ramai penduduk setempat dapat menyertai serta meraih manfaat daripada aktiviti ekonomi koperasi. Beliau turut menyeru SKM Cawangan Negeri di seluruh negara untuk menyantuni kawasan khususnya di kampung yang tidak mempunyai koperasi dan berusaha ke arah menubuhkannya bagi meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat. Hadir sama dalam program itu ialah Pengarah SKM Cawangan Negeri Johor, Encik Mahzan Nordin, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Kampung Palembang Baru, Haji Md Ismail Sajidon.
ANGKASA Negeri Johor telah menyerahkan sumbangan berupa penyembur air ( water jet) untuk kegunaan penduduk di empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Kluang, Johor yang terjejas banjir pada bulan September. Empat kampung tersebut adalah Kampung Palembang Baru, Kampung Palembang Lama, Kampung Paya dan Kampung Tengah. ANGKASA Negeri turut menyampaikan sebuah notebook kepada jawatankuasa Kampung Palembang Baru bagi tujuan pengurusan dan komunikasi dalam usaha membantu penduduk kampung menjalani pemulihan selepas banjir. Sumbangan itu telah diserahkan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah semasa Program Jualan Rahmah MADANI ANGKASA dan Program Jalinan Ukhuwah: Tanggungjawab Sosial Masyarakat di Balai Raya Kampung Palembang Baru pada 27 September 2024. Hadir sama dalam program itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B).
KOPERASI 8
OKTOBER 2024
SKM dan ANGKASA Jayakan Sesi Libat Urus Penggubalan Akta Baharu Koperasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) bergambar bersama pengurusan KUSKOP dan SKM serta barisan kepimpinan ANGKASA selepas sesi libat urus. selesai.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Satu Sesi Libat Urus Penggubalan Akta Baharu menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502] telah diadakan antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA di Ibu Pejabat SKM, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2024. Sesi tersebut yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman diadakan dengan tujuan untuk memperhalusi selain berkongsi input serta maklum balas mengenai Penggubalan Akta Baharu Koperasi daripada kumpulan pemegang taruh serta gerakan koperasi pelbagai kluster. Satu pembentangan bagi tujuan tersebut telah disampaikan oleh Anggota Jawatankuasa Pemandu Pindaan Akta 502, iaitu Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Puan Norazila Mohd Zainol. Hadir dalam sesi tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Perniagaan Kecil (BPKPPK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias, Timbalan Setiausaha BPKPPK KUSKOP, Puan Noor Azlin Adnan, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM iaitu Puan Siti Azlin Ahmad Dauta serta barisan pengurusan tertinggi SKM. Wakil ANGKASA pula terdiri daripada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji
Sesi Libat Urus Penggubalan Akta Koperasi Yang Baharu Bersama ANGKASA diadakan di Ibu Pejabat SKM, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2024.
Kamarudin Ismail, Dato' Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh dan Penolong Pengurus Bahagian Undang-Undang, Encik Mohd Rizal Kamarulzaman. Sebagai rekod, Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK)
Bil.2/2024 pada 8 Oktober lalu menyatakan bahawa sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambah baik manakala dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta tersebut. Pindaan tersebut dibuat bagi memperkukuh elemen pengawalseliaan di samping memastikan perundangan koperasi kekal relevan dalam persekitaran ekonomi semasa.
ANGKASA 10
OKTOBER 2024
ANGKASA telah diberi mandat oleh kerajaan bagi melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI ANGKASA (PJRMA) 2024. Pelaksanaan program tersebut dibuat hasil kerjasama ANGKASA dan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung selama empat (4) bulan bermula pada bulan September 2024 di seluruh negara. Peruntukan subsidi PJRMA yang diluluskan kepada koperasi outlet BA100 yang layak adalah bertujuan untuk membiayai pengurangan harga barangan asas sebagaimana ditetapkan oleh KPDN. Justeru, program tersebut dapat memberi peluang kepada koperasi untuk menjalankan aktiviti ekonomi di lokasi masing-masing kepada masyarakat pada harga yang berpatutan.
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta kepada ANGKASA bagi meningkatkan kekuatan gerakan koperasi semasa Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.
ANGKASA 11
OKTOBER 2024
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12
OKTOBER 2024
Kejayaan iCOOP Korea: Inspirasi Kelestarian Keterhadapan Goesan Natural Dream Park
LIPUTAN LUAR NEGARA
Natural Dream Park , sebuah kompleks yang dibina oleh iCOOP Korea di kawasan seluas 1,127,493 meter persegi di Goesan, Korea Selatan menyediakan kemudahan untuk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup lestari.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Seiring dengan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘Prihatin Terhadap Masyarakat’, usaha untuk terus menimba pengetahuan dan pengalaman demi membangunkan komuniti menerusi gerakan koperasi telah menjadi pendorong utama kepada 40 delegasi untuk menghadiri program latihan antarabangsa siri pertama dan siri kedua di Goesan Natural Dream Park , Korea Selatan. Program tersebut yang berlangsung dari 21 September 2024 hingga 5 Oktober 2024 itu diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan, Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA dengan kerjasama iCOOP Korea melibatkan pengurusan ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan wakil pengurusan daripada 25 buah koperasi. Program tersebut diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai pendekatan inovatif iCOOP dalam membangunkan koperasi pengguna yang berasaskan kesihatan, kelestarian dan kesejahteraan komuniti. Kejayaan iCOOP dalam mewujudkan ekosistem koperasi yang mampan dan mampu memenuhi kehendak anggota serta masyarakat memberi inspirasi kepada delegasi untuk dijadikan sebagai model dan kerangka tadbir urus yang boleh diterapkan bagi meningkatkan pencapaian koperasi di Malaysia. iCOOP Federation merupakan antara koperasi pengguna terbesar di Korea Selatan dengan 325,527 anggota dan perolehan KRW624.3 bilion (USD458.7 juta). Mula ditubuhkan pada tahun 1997, iCOOP bukan hanya menyediakan produk dan perkhidmatan menerusi 247 outlet yang memasarkan produk untuk anggotanya malah turut berperanan besar dalam memupuk kesedaran kesihatan dan kelestarian menerusi penghasilan makanan organik, inisiatif penjagaan alam sekitar serta program gaya hidup sihat untuk komuniti setempat. Misi utama iCOOP diterjemahkan melalui penubuhan Natural Dream Park, sebuah kompleks yang menyediakan kemudahan untuk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup lestari. Terletak di Goesan, Natural Dream Park dibina di kawasan seluas 1,127,493 meter persegi menempatkan restoran, hotel, kilang, pusat kesihatan dan logistik termasuk kilang khas untuk menghasilkan makanan bebas ubah suai genetik (non-GMO) dan bebas mikroplastik. iCOOP membangunkan Natural Dream Park di Wilayah Goesan dan Gurye, bukan sahaja memberi tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan malah memberi peluang pekerjaan kepada anggotanya dan masyarakat menerusi infrastruktur seperti hotel, pasar raya, pusat rehabilitasi, perpustakaan, pusat latihan, kilang, pusat rawatan, restoran dan kafe. Selain memberikan kemudahan penginapan, taman itu juga
Delegasi peserta program latihan antarabangsa siri pertama Training Program for Managers of Cooperatives ‘7th Cooperative Principle in Action: Building a Community Through Cooperatives’ diketuai Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha bergambar kenangan di hadapan Kilang Fishcake Goesan Natural Dream Park .
Delegasi peserta program siri kedua diketuai Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 13
OKTOBER 2024
menawarkan keperluan sosial berkoperasi yang mencakupi pelbagai aktiviti fizikal dan hiburan seperti panggung wayang, gimnasium, sauna dan pusat boling untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada anggota dan komuniti setempat. Keperluan sosial tersebut memberi keseimbangan kepada penjanaan pendapatan koperasi dan pada masa yang sama memberi impak positif kepada penduduk sekitar. Untuk memastikan produk makanan yang dihasilkan menepati kualiti bebas kanser, iCOOP mewujudkan sistem pertanian yang mengurangkan kesan karbon ( carbon healing agriculture ). iCOOP juga menubuhkan Anti Cancer Food Research Institute (AFRI) untuk melaksanakan penyelidikan bagi menghasilkan makanan harian antikanser untuk anggotanya dan masyarakat. Inisiatif itu turut disokong oleh infrastruktur khusus seperti iCOOP Care Hospital yang menawarkan perkhidmatan pemulihan dan rawatan intensif untuk pesakit kanser. Pendekatan unik iCOOP terserlah melalui inisiatif Lifecare Movement yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah perspektif komuniti dalam mencegah penyakit berbanding merawatnya. Inisiatif tersebut menggalakkan amalan gaya hidup sihat dengan menekankan pengambilan makanan organik yang boleh mencegah kanser, membudayakan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki di sekitar kompleks, yoga serta teknik meditasi yang memberi manfaat kepada kesihatan mental dan rohani. iCOOP menghasilkan pelbagai produk makanan yang mendapat sambutan tinggi dalam kalangan anggotanya. Antara produk unggulnya adalah air mineral ‘Deep Water’ yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Air mineral itu dihasilkan melalui inovasi teknologi dengan memanfaatkan air laut dari kedalaman melebihi 600 meter, kaya dengan pelbagai mineral penting dan melalui kawalan kualiti yang ketat bagi memastikannya bebas daripada mikroplastik. Produk berkenaan bukan sahaja menawarkan manfaat kesihatan melalui kandungan mineral yang tinggi malah turut menampilkan ciri-ciri mesra alam, termasuk penutup botol yang diperbuat daripada Produk air mineral oleh iCOOP yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pusat rawatan kanser, kafe, perpustakaan, pusat latihan, pasar raya, pusat boling, gimnasium dan aktiviti fizikal antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada anggota iCOOP dan masyarakat setempat.
Pelbagai produk makanan kesihatan keluaran iCOOP.
tebu dan pembungkusan tetra pak yang boleh dikitar semula untuk menjadi tisu, sejajar dengan komitmen iCOOP terhadap kelestarian alam sekitar. Selain itu, iCOOP turut mengeluarkan produk yang mendapat pengiktirafan halal daripada Korea Muslim Federation untuk menambah keyakinan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan produk mereka. Taklimat menyeluruh oleh Ketua Pengarah iCOOP Cooperative Institute , Dr. Kim Ah Young dan pasukannya mengenai kejayaan iCOOP dalam membina model ekosistem koperasi berdaya tahan, memenuhi kehendak pengguna dan pada masa sama memberi manfaat kepada anggotanya memberikan inspirasi kepada pengurusan ANGKASA, agensi dan koperasi yang terlibat dalam program latihan ini. Peserta diberi peluang merasai sendiri aktiviti rutin dan manfaat perkhidmatan yang ditawarkan kepada anggota iCOOP sepanjang berada di Goesan Natural Dream Park . Setiap hari peserta akan memulakan latihan dengan aktiviti berjalan kaki sejauh hampir dua kilometer di kaki bukit pada awal pagi, disusuli dengan menikmati makanan organik halal yang penuh nutrisi. Di samping itu, peserta turut menyertai kelas rehabilitasi yang memfokuskan kepada kesihatan mental dan fizikal serta mempelajari pengurusan kompleks melalui lawatan ke kilang, pasar raya, institut penyelidikan,dan premis penyediaan makanan.
Pengalaman berharga di Goesan bukan sahaja menyuntik semangat baharu malah membuka peluang kepada delegasi berkongsi pengetahuan, berbincang dan membentangkan dapatan dan cetusan idea bagi merangka strategi serta membangunkan konsep yang relevan dengan model koperasi masing-masing apabila pulang ke tanah air. Tuntasnya, kejayaan strategi inovatif iCOOP dalam bidang pertanian lestari, penjagaan kesihatan dan pemerkasaan komuniti adalah hasil daripada kekuatan sokongan anggotanya yang setia terhadap visi dan matlamat koperasi. Sokongan yang bertepatan dengan prinsip koperasi ketiga, penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi dizahirkan melalui sumbangan modal bulanan, aktiviti pendanaan awam ( crowdfunding ), serta kepercayaan yang berterusan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Kejayaan tersebut turut didorong oleh kecekapan lembaga pengarah, pengurusan, dan kepimpinan koperasi iCOOP yang proaktif dan keterhadapan dalam merencana hala tuju pembangunan koperasi. Perkongsian kepakaran dan pengetahuan menerusi siri latihan ini membuktikan potensi dan kekuatan koperasi seperti iCOOP mampu diperhebat sebagai pemacu ekonomi dan pemangkin kesejahteraan sosial berteraskan agenda pembangunan mampan.
Suasana dan persekitaran yang tenang di Gaeson Natural Dream Park .
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 14
OKTOBER 2024
ANGKASA-iCOOP Korea Meterai Kerjasama Perkukuh Modal Insan dan Perniagaan Koperasi
LIPUTAN LUAR NEGARA
Delegasi Malaysia bergambar selepas selesai pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA yang diwakili oleh Anggota Lembaganya, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (duduk, kanan) dengan iCoop Cooperative Institute yang diwakili Ketua Pengarahnya, Dr. Kim Ah Young di Goesan, Korea Selatan pada 1 Oktober 2024.
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
ANGKASA mengukuhkan kerjasama strategiknya dengan iCOOP Korea dalam bidang latihan dan keusahawanan bagi menggalakkan aktiviti pembangunan kapasiti serta meneroka peluang perniagaan bilateral melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung pada 1 Oktober 2024 di Goesan, Korea Selatan. Langkah itu merupakan inisiatif penting dalam usaha berterusan antara gerakan koperasi Malaysia dengan Korea Selatan untuk mengukuhkan kapasiti modal insan dalam kalangan kepimpinan dan pengurusan koperasi bagi menambah baik program pembangunan komuniti. Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Ketua Pengarah iCOOP Cooperative Institute , Dr. Kim Ah Young . Kerjasama itu dimeterai dalam program latihan antarabangsa siri kedua Training Program for Managers of Cooperatives ‘7th Cooperative Principle in Action: Building a Community Through Cooperatives’ yang diadakan di Seoul, Korea Selatan bermula 28 September hingga 5 Oktober 2024. Program tersebut dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama iCOOP Korea. Dalam ucapannya, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman berkata kerjasama strategik berkenaan akan meningkatkan pertukaran pengetahuan, amalan terbaik dan strategi inovatif dalam bidang latihan, tadbir urus, keusahawanan serta kelestarian yang mampu memperkasakan pembangunan gerakan koperasi di kedua-dua buah negara. Menurut beliau, kompleks Goesan Natural Dream Park yang diusahakan oleh iCOOP Korea merupakan contoh terbaik bagaimana sebuah koperasi boleh mencapai kejayaan ekonomi sambil memberi keutamaan kepada kelestarian komuniti dan alam sekitar.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman dan Dr. Kim Ah Young menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani.
“Penyertaan kepimpinan dan pengurusan koperasi Malaysia dalam program ini mencerminkan komitmen ANGKASA dan koperasi untuk meningkatkan daya saing gerakan koperasi terutamanya dalam aspek pembangunan berpusatkan komuniti. iCOOP Korea telah membuktikan komitmennya dalam mempromosikan kemampanan ekosistem berpaksikan komuniti melalui pelbagai inisiatif. ANGKASA yakin dan percaya program ini akan membuka peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman seterusnya mewujudkan rangkaian yang kukuh untuk pembangunan koperasi yang lebih berdaya saing,” kata beliau yang mengetuai delegasi Malaysia dalam program latihan tersebut. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Pelaburan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia, Puan Che Wan Soraya Che Wan Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Perdagangan Komersial ANGKASA, Haji Mohd Azeelan Haji Adnan. Seramai 20 orang peserta dari ANGKASA, SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Bank Rakyat dan 14 buah koperasi menyertai siri kedua Training Program for Managers of Cooperatives ‘7th Cooperative Principle in Action: Building a Community Through Cooperatives’. Terdahulu, program latihan siri pertama yang diketuai Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha telah diadakan pada 21 hingga 28 September 2024 melibatkan 20 orang peserta. Program latihan antarabangsa yang dihoskan oleh ANGKASA dijangka akan diadakan di Malaysia bagi penglibatan peserta dari Korea hasil usaha sama daripada MoU tersebut.
KOPERASI 15
OKTOBER 2024
Penanaman Buluh Komersil Perkasa Ekonomi Koperasi
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Jempol Berhad menyahut seruan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan ANGKASA Negeri Sembilan bagi usaha penanaman buluh di Kampung Dato' Johan Serting Ulu, Negeri Sembilan. Majlis Pembukaan Ladang seluas tiga ekar itu telah disempurnakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail pada 23 September 2024. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Berhad, Haji Zainudin Haji Kalam dan Pengurus Felcra Berhad Cawangan Serting, Encik Mohammad Hanif Hafizudin Abdul Hadil. Turut hadir ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Puan Che Shaieda Che Abdul Kaari dan Ketua Pegawai Operasi, FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Puan Mazdiana Mohd Zain Pegawai Penyelidik FRIM, Encik Amir Saaiffuddin Kassim serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan. Projek tanaman buluh yang diusahakan koperasi tersebut terdiri daripada dua spesies, iaitu Buluh Becheeyana (rebung dan hasil buluh matang) dan Buluh Lemang ( Schizostachyum) . Program yang dilaksanakan itu merupakan pengembangan dan kesinambungan PPLH,
ANGGOTA Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail selepas menyempurnakan gimik penanaman anak pokok buluh di Kampung Dato' Johan, Serting Ulu, Negeri Sembilan. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (empat dari kiri), Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Berhad, Haji Zainudin Haji Kalam (empat dari kanan), Pegawai Penyelidik FRIM, Encik Amir Saaiffuddin Kassim (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi, FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Puan Mazdiana Mohd Zain (kanan sekali) serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan.
yang mana Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad (KOMASKU) telah memulakan usaha tersebut pada tahun 2023 di kawasan seluas dua ekar. Inisiatif projek yang digerakkan oleh Seksyen Pertanian dan Perladangan ANGKASA sejak tahun 2023 itu bermatlamat memperkenalkan tanaman komersil baharu berkonsepkan komuniti bagi mempelbagaikan aktiviti sumber ekonomi kepada koperasi.
Pelaksanaan program adalah merujuk kepada program yang diperkenalkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menerusi Program Pembangunan ‘Community Farming’ Buluh. Menerusi program berkenaan, pengurusan ladang bagi dua spesies buluh yang dicadangkan adalah menggunakan modul pengurusan secara sistematik dibangunkan oleh FRIM.
KOPERASI 16
OKTOBER 2024
Koperasi Sejati Berhad (SEJATI) Sasar Tanam 2,000 Pokok Durian dalam Tempoh Tiga Tahun
Sebahagian buah durian telah siap untuk dijual kepada peraih.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggalakkan perkembangan industri tanaman buah durian tempatan untuk diperluas, sekali gus membuka peluang kepada pengusaha durian di seluruh negara termasuk sektor koperasi untuk merancakkan industri tersebut. Galakan menceburi penanaman durian bermutu tinggi jenis Musang King dan Blackthorn misalnya, berupaya menjana pendapatan baharu yang lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun dan koperasi yang terlibat. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh KPKM, dalam tempoh lima tahun dari tahun 2018 hingga 2022, nilai eksport durian ke luar negara telah berkembang sebanyak 256.3 peratus, iaitu peningkatan sebanyak RM822.8 juta. Durian merupakan penyumbang utama iaitu 58.6 peratus kepada nilai eksport buah-buahan negara pada tahun 2022 daripada keseluruhan nilai eksport buah-buahan yang bernilai RM2.01 bilion. Menjelang tahun 2030, nilai eksport durian diunjur akan terus meningkat kepada RM1.8 bilion. Menyedari akan sambutan luar biasa terhadap eksport ‘Raja Buah’ Malaysia di pasaran global, Koperasi Sejati Berhad (SEJATI) mengakui masa depan cerah dalam industri tersebut dan bagi tujuan itu, koperasi kini sedang giat mengusahakan ladang durian seluas hampir 30 ekar, iaitu melibatkan 20 ekar dan 10 ekar yang terletak di daerah Bentong dan Raub, Pahang.
Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain mencuba menggunakan alat pembuka buah durian.
Pengerusi koperasi, Dato’ Kamal Darus yang diwakili oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) SEJATI, Haji Md. Husni Md. Dahri memberitahu, koperasi menyasarkan penanaman pokok durian sejumlah 20,000 pokok dalam tempoh tiga tahun akan datang khususya melibatkan penghasilan lebih banyak Buah Durian Gred Premium. Sehingga kini katanya, penanaman buah durian yang diusahakan SEJATI terdiri daripada pelbagai jenis termasuk Musang King, D200
Blackthorn, Udang Merah,Tekka, Hor Lor, D24 dan D2. “Ladang koperasi di kawasan seluas 4.04686 hektar (10 ekar) yang dikenali sebagai Raub Durian Orchard menawarkan pelbagai jenis durian terbaik kepada pengunjung. Terdapat lebih 400 pokok durian pelbagai kacukan boleh dinikmati pengunjung luar selain daripada pokok buah-buahan lain seperti manggis, rambutan, pulasan dan pisang.
KOPERASI 17
OKTOBER 2024
Menariknya, selain berpeluang menyertai pakej makan durian serendah RM100, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman menyeronokkan seperti mengutip buah dan menikmati pengalaman di dalam kebun. Raub Durian Orchard memiliki pokok durian yang berusia sekitar belasan tahun sehingga lebih 30 tahun dan penanamannya kini lebih tertumpu kepada penghasilan Buah Durian Gred Premium yang memiliki ciri-ciri seperti mempunyai empat pangsa yang berisi, duri yang sempurna (tidak patah atau pecah) serta buahnya pula bebas kecacatan kecuali kecacatan yang tidak menjejaskan rasa dan kualitinya,” ujarnya. Menurut Haji Md. Husni pada tahun 1994, koperasi menjalankan aktiviti kredit sebagai kegiatan utama. Bagaimanapun, pada tahun 2015 koperasi mula beralih kepada industri hartanah dan mengusahakan aktiviti pertanian melalui penanaman pokok durian. Hasil jualan buah durian pada tahun 2023 ialah sebanyak RM400,000 dan koperasi mensasarkan sebanyak RM1 juta bagi jualan pada tahun 2024. Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain berkata, kejayaan luar biasa kebun durian Koperasi Sejati Malaysia Berhad baru-baru ini membuka matanya mengenai potensi besar yang ada dalam sektor agro-koperasi. Beliau amat berbangga dengan kejayaan Koperasi Sejati dalam mengusahakan kebun durian yang
bukan sahaja memberi pulangan ekonomi kepada anggota koperasi, malah juga membuktikan bahawa gerakan koperasi mampu menerajui projek berskala besar dengan jayanya. Kejayaan ini juga menjadi bukti betapa pentingnya kerjasama, komitmen dan perancangan yang rapi dalam mencapai matlamat bersama. Beliau yakin, dengan usaha berterusan, Koperasi Sejati Malaysia Berhad mampu menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain di seluruh negara dalam sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Semoga usaha koperasi akan terus berkembang dan memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.
Koperasi Sejati Berhad (SEJATI)
1-2, Jalan Cempaka SD 12/2, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur (Koop.Daerah No. 90)
Alamat
Telefon E-mel
03- 6272 1366 enquiry@sejati.coop
Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan
10 Februari 1983
24, 193 orang
Raub Durian Orchard
ladang durian dan hartanah
Aktiviti
Sebahagian daripada pokok durian yang ditanam oleh koperasi.
KOPERASI 18
OKTOBER 2024
Anggota Koperasi Ikuti Pakej COOPUMRAH Duyufurrahman Travel & Tours Sdn. Bhd.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Seramai 12 anggota koperasi telah mengikuti pakej umrah syarikat Duyufurrahman Travel & Tours Sdn. Bhd. bermula 4 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024 Rombongan jemaah umrah dan ziarah itu telah diiringi oleh seorang mutawwif berpengalaman, iaitu Ustaz Nizam Kamaruzaman yang membimbing jemaah sepanjang berada di tanah suci. Menerusi pakej tersebut, jemaah dibawa bermalam ke Thaif terlebih dahulu sebelum bermiqat di Qarnul Manazil keesokan harinya bagi memulakan ibadah umrah wajib di Mekah. Selain menjalani ibadah, jemaah turut disajikan dengan pelbagai aktiviti ziarah yang telah disusun oleh pihak syarikat sebelum berangkat pulang ke tanahair dari Madinah.
Duyufurrahman Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan antara pengendali umrah dan ziarah yang bekerjasama dengan ANGKASA dalam Program COOPUMRAH.
Rakan Strategik
No. Siri Kelulusan IU0321
PAKEJ UMRAH RUTOB
Saudia Airlines
REG.No : 1298232-V KPN/LN: 9703
• Jaminan ketelusan pakej oleh ANGKASA. • Khidmat sokongan PIC COOPUMRAH. • Bimbingan Mutawwif berpengalaman. • Tiada kos tersembunyi. • Penerbangan terus • Hotel CONFIRM
• Muassasah diiktiraf. • Harga termasuk Visa. • Kursus Umrah (fizikal / Online).
• Pembiayaan disediakan untuk Kakitangan Kerajaan: - pembiayaan umrah 0% - pembiayaan pelancongan 2%
• Buku panduan umrah. • Perlindungan Takaful.
Hotel MEKAH Elaf Bakkah Hotel @ setaraf (atau setaraf) - Breakfast Board Shuttle Bus 5min (1.5km)
Hotel MADINAH
Mirage Al Salam @ setaraf (atau setaraf) - Fullboard (150m)
2 ORANG
2 ORANG
SEORANG
SEORANG
03-7884 6788 (Pejabat) TEMPAH SEKARANG. TEMPAT TERHAD.
Atau hubungi petugas kami: 010-295 7031 (Zakuan) 013-939 6730 (Amirul)
011-1068 6788 (Meja Bantuan COOPUMRAH)
ANGKASA 19
OKTOBER 2024
Sajak
Generasi Baharu Wajar Contohi Semangat Juang Kepimpinan Koperasi Terdahulu
TIKA PINTU PERJUANGAN KOPERASI TERBUKA Dalam sebuah kebebasan koperasi memikul amanah watan visi melangkah menuju pintu kejayaan kepentingan ahli menjadi mandat perjuangan seperti dihasrat tanpa memilih darjat Peluang ekonomi ruang dikongsi nikmat kebajikan murni dinikmati gembleng untuk jaya kekayaan ada milik bersama kita usaha, kita yang merasa ANGKASA menjadi wadah koperasi terhimpun arah depani cabaran bercapah detik mula berani berubah usaha sistematik telah dikerah semangat beriltizam amanah Marilah kita bersama mengangkat martabat bangsa Malaysia kebersamaan mengalir didenyut nadi koperasi membela nasib waris generasi agar bangga berdiri di bumi sendiri.
Presiden ANGKASA, Dato' Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (depan, empat dari kanan) bergambar di hadapan pasar mini CoopMart milik Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Berhad Melaka. Turut kelihatan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi (tiga dari kiri) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
seluruh anggota perlulah seimbang. Ini penting bagi mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni selain dapat bersama-sama mencipta kejayaan sekali gus meningkatkan semangat generasi muda untuk bersama dalam koperasi," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada barisan ALK Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Melaka Berhad yang diketuai Pengerusinya, Encik Bakar Kata sewaktu mengadakan kunjungan ke koperasi berkenaan pada 11 Oktober 2024 bertempat di Felcra Ramuan China, Melaka. Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi. Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Melaka Berhad yang ditubuhkan sejak tahun 1982 pernah memenangi anugerah 'Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan' semasa sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2016.
Ilmu dan usaha yang diperjuangkan oleh kepimpinan koperasi perlulah diwarisi dan dicurahkan kepada generasi muda demi masa depan koperasi yang lebih baik dan lestari. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kesungguhan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dalam membina dan mempertahankan koperasi wajar diteladani oleh generasi baharu khususnya anak-anak anggota koperasi itu sendiri. Perkara tersebut penting kerana inisiatif dan semangat juang yang diarahkan oleh barisan kepimpinan semasa menguruskan sesebuah koperasi sebenarnya bukanlah mudah malah penuh dengan cabaran. "Bagi memastikan ilmu dan pengalaman itu dapat diwarisi, kerjasama antara ALK dengan
Ahmad Noh Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang (KPKP)
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah meneliti produk jualan di Pasar Mini CoopMart koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Berhad Melaka.Turut sama ialah Haji Zaidan Ab. Rani (kiri).
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease