ANGKASA 10
OKTOBER 2024
ANGKASA telah diberi mandat oleh kerajaan bagi melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI ANGKASA (PJRMA) 2024. Pelaksanaan program tersebut dibuat hasil kerjasama ANGKASA dan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung selama empat (4) bulan bermula pada bulan September 2024 di seluruh negara. Peruntukan subsidi PJRMA yang diluluskan kepada koperasi outlet BA100 yang layak adalah bertujuan untuk membiayai pengurangan harga barangan asas sebagaimana ditetapkan oleh KPDN. Justeru, program tersebut dapat memberi peluang kepada koperasi untuk menjalankan aktiviti ekonomi di lokasi masing-masing kepada masyarakat pada harga yang berpatutan.
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta kepada ANGKASA bagi meningkatkan kekuatan gerakan koperasi semasa Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease