WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12

OKTOBER 2024

Kejayaan iCOOP Korea: Inspirasi Kelestarian Keterhadapan Goesan Natural Dream Park

LIPUTAN LUAR NEGARA

Natural Dream Park , sebuah kompleks yang dibina oleh iCOOP Korea di kawasan seluas 1,127,493 meter persegi di Goesan, Korea Selatan menyediakan kemudahan untuk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup lestari.

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

Seiring dengan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘Prihatin Terhadap Masyarakat’, usaha untuk terus menimba pengetahuan dan pengalaman demi membangunkan komuniti menerusi gerakan koperasi telah menjadi pendorong utama kepada 40 delegasi untuk menghadiri program latihan antarabangsa siri pertama dan siri kedua di Goesan Natural Dream Park , Korea Selatan. Program tersebut yang berlangsung dari 21 September 2024 hingga 5 Oktober 2024 itu diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan, Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA dengan kerjasama iCOOP Korea melibatkan pengurusan ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan wakil pengurusan daripada 25 buah koperasi. Program tersebut diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai pendekatan inovatif iCOOP dalam membangunkan koperasi pengguna yang berasaskan kesihatan, kelestarian dan kesejahteraan komuniti. Kejayaan iCOOP dalam mewujudkan ekosistem koperasi yang mampan dan mampu memenuhi kehendak anggota serta masyarakat memberi inspirasi kepada delegasi untuk dijadikan sebagai model dan kerangka tadbir urus yang boleh diterapkan bagi meningkatkan pencapaian koperasi di Malaysia. iCOOP Federation merupakan antara koperasi pengguna terbesar di Korea Selatan dengan 325,527 anggota dan perolehan KRW624.3 bilion (USD458.7 juta). Mula ditubuhkan pada tahun 1997, iCOOP bukan hanya menyediakan produk dan perkhidmatan menerusi 247 outlet yang memasarkan produk untuk anggotanya malah turut berperanan besar dalam memupuk kesedaran kesihatan dan kelestarian menerusi penghasilan makanan organik, inisiatif penjagaan alam sekitar serta program gaya hidup sihat untuk komuniti setempat. Misi utama iCOOP diterjemahkan melalui penubuhan Natural Dream Park, sebuah kompleks yang menyediakan kemudahan untuk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup lestari. Terletak di Goesan, Natural Dream Park dibina di kawasan seluas 1,127,493 meter persegi menempatkan restoran, hotel, kilang, pusat kesihatan dan logistik termasuk kilang khas untuk menghasilkan makanan bebas ubah suai genetik (non-GMO) dan bebas mikroplastik. iCOOP membangunkan Natural Dream Park di Wilayah Goesan dan Gurye, bukan sahaja memberi tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan malah memberi peluang pekerjaan kepada anggotanya dan masyarakat menerusi infrastruktur seperti hotel, pasar raya, pusat rehabilitasi, perpustakaan, pusat latihan, kilang, pusat rawatan, restoran dan kafe. Selain memberikan kemudahan penginapan, taman itu juga

Delegasi peserta program latihan antarabangsa siri pertama Training Program for Managers of Cooperatives ‘7th Cooperative Principle in Action: Building a Community Through Cooperatives’ diketuai Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha bergambar kenangan di hadapan Kilang Fishcake Goesan Natural Dream Park .

Delegasi peserta program siri kedua diketuai Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease