WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 13

OKTOBER 2024

menawarkan keperluan sosial berkoperasi yang mencakupi pelbagai aktiviti fizikal dan hiburan seperti panggung wayang, gimnasium, sauna dan pusat boling untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada anggota dan komuniti setempat. Keperluan sosial tersebut memberi keseimbangan kepada penjanaan pendapatan koperasi dan pada masa yang sama memberi impak positif kepada penduduk sekitar. Untuk memastikan produk makanan yang dihasilkan menepati kualiti bebas kanser, iCOOP mewujudkan sistem pertanian yang mengurangkan kesan karbon ( carbon healing agriculture ). iCOOP juga menubuhkan Anti Cancer Food Research Institute (AFRI) untuk melaksanakan penyelidikan bagi menghasilkan makanan harian antikanser untuk anggotanya dan masyarakat. Inisiatif itu turut disokong oleh infrastruktur khusus seperti iCOOP Care Hospital yang menawarkan perkhidmatan pemulihan dan rawatan intensif untuk pesakit kanser. Pendekatan unik iCOOP terserlah melalui inisiatif Lifecare Movement yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah perspektif komuniti dalam mencegah penyakit berbanding merawatnya. Inisiatif tersebut menggalakkan amalan gaya hidup sihat dengan menekankan pengambilan makanan organik yang boleh mencegah kanser, membudayakan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki di sekitar kompleks, yoga serta teknik meditasi yang memberi manfaat kepada kesihatan mental dan rohani. iCOOP menghasilkan pelbagai produk makanan yang mendapat sambutan tinggi dalam kalangan anggotanya. Antara produk unggulnya adalah air mineral ‘Deep Water’ yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Air mineral itu dihasilkan melalui inovasi teknologi dengan memanfaatkan air laut dari kedalaman melebihi 600 meter, kaya dengan pelbagai mineral penting dan melalui kawalan kualiti yang ketat bagi memastikannya bebas daripada mikroplastik. Produk berkenaan bukan sahaja menawarkan manfaat kesihatan melalui kandungan mineral yang tinggi malah turut menampilkan ciri-ciri mesra alam, termasuk penutup botol yang diperbuat daripada Produk air mineral oleh iCOOP yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pusat rawatan kanser, kafe, perpustakaan, pusat latihan, pasar raya, pusat boling, gimnasium dan aktiviti fizikal antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada anggota iCOOP dan masyarakat setempat.

Pelbagai produk makanan kesihatan keluaran iCOOP.

tebu dan pembungkusan tetra pak yang boleh dikitar semula untuk menjadi tisu, sejajar dengan komitmen iCOOP terhadap kelestarian alam sekitar. Selain itu, iCOOP turut mengeluarkan produk yang mendapat pengiktirafan halal daripada Korea Muslim Federation untuk menambah keyakinan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan produk mereka. Taklimat menyeluruh oleh Ketua Pengarah iCOOP Cooperative Institute , Dr. Kim Ah Young dan pasukannya mengenai kejayaan iCOOP dalam membina model ekosistem koperasi berdaya tahan, memenuhi kehendak pengguna dan pada masa sama memberi manfaat kepada anggotanya memberikan inspirasi kepada pengurusan ANGKASA, agensi dan koperasi yang terlibat dalam program latihan ini. Peserta diberi peluang merasai sendiri aktiviti rutin dan manfaat perkhidmatan yang ditawarkan kepada anggota iCOOP sepanjang berada di Goesan Natural Dream Park . Setiap hari peserta akan memulakan latihan dengan aktiviti berjalan kaki sejauh hampir dua kilometer di kaki bukit pada awal pagi, disusuli dengan menikmati makanan organik halal yang penuh nutrisi. Di samping itu, peserta turut menyertai kelas rehabilitasi yang memfokuskan kepada kesihatan mental dan fizikal serta mempelajari pengurusan kompleks melalui lawatan ke kilang, pasar raya, institut penyelidikan,dan premis penyediaan makanan.

Pengalaman berharga di Goesan bukan sahaja menyuntik semangat baharu malah membuka peluang kepada delegasi berkongsi pengetahuan, berbincang dan membentangkan dapatan dan cetusan idea bagi merangka strategi serta membangunkan konsep yang relevan dengan model koperasi masing-masing apabila pulang ke tanah air. Tuntasnya, kejayaan strategi inovatif iCOOP dalam bidang pertanian lestari, penjagaan kesihatan dan pemerkasaan komuniti adalah hasil daripada kekuatan sokongan anggotanya yang setia terhadap visi dan matlamat koperasi. Sokongan yang bertepatan dengan prinsip koperasi ketiga, penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi dizahirkan melalui sumbangan modal bulanan, aktiviti pendanaan awam ( crowdfunding ), serta kepercayaan yang berterusan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Kejayaan tersebut turut didorong oleh kecekapan lembaga pengarah, pengurusan, dan kepimpinan koperasi iCOOP yang proaktif dan keterhadapan dalam merencana hala tuju pembangunan koperasi. Perkongsian kepakaran dan pengetahuan menerusi siri latihan ini membuktikan potensi dan kekuatan koperasi seperti iCOOP mampu diperhebat sebagai pemacu ekonomi dan pemangkin kesejahteraan sosial berteraskan agenda pembangunan mampan.

Suasana dan persekitaran yang tenang di Gaeson Natural Dream Park .

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease