WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2024

KOPERASI 15

OKTOBER 2024

Penanaman Buluh Komersil Perkasa Ekonomi Koperasi

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Jempol Berhad menyahut seruan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) Bagi Tanaman Buluh Gerakan Koperasi dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan ANGKASA Negeri Sembilan bagi usaha penanaman buluh di Kampung Dato' Johan Serting Ulu, Negeri Sembilan. Majlis Pembukaan Ladang seluas tiga ekar itu telah disempurnakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail pada 23 September 2024. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Berhad, Haji Zainudin Haji Kalam dan Pengurus Felcra Berhad Cawangan Serting, Encik Mohammad Hanif Hafizudin Abdul Hadil. Turut hadir ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Puan Che Shaieda Che Abdul Kaari dan Ketua Pegawai Operasi, FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Puan Mazdiana Mohd Zain Pegawai Penyelidik FRIM, Encik Amir Saaiffuddin Kassim serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan. Projek tanaman buluh yang diusahakan koperasi tersebut terdiri daripada dua spesies, iaitu Buluh Becheeyana (rebung dan hasil buluh matang) dan Buluh Lemang ( Schizostachyum) . Program yang dilaksanakan itu merupakan pengembangan dan kesinambungan PPLH,

ANGGOTA Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail selepas menyempurnakan gimik penanaman anak pokok buluh di Kampung Dato' Johan, Serting Ulu, Negeri Sembilan. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (empat dari kiri), Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Gugusan Bayai Berhad, Haji Zainudin Haji Kalam (empat dari kanan), Pegawai Penyelidik FRIM, Encik Amir Saaiffuddin Kassim (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi, FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Puan Mazdiana Mohd Zain (kanan sekali) serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan.

yang mana Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad (KOMASKU) telah memulakan usaha tersebut pada tahun 2023 di kawasan seluas dua ekar. Inisiatif projek yang digerakkan oleh Seksyen Pertanian dan Perladangan ANGKASA sejak tahun 2023 itu bermatlamat memperkenalkan tanaman komersil baharu berkonsepkan komuniti bagi mempelbagaikan aktiviti sumber ekonomi kepada koperasi.

Pelaksanaan program adalah merujuk kepada program yang diperkenalkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menerusi Program Pembangunan ‘Community Farming’ Buluh. Menerusi program berkenaan, pengurusan ladang bagi dua spesies buluh yang dicadangkan adalah menggunakan modul pengurusan secara sistematik dibangunkan oleh FRIM.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease