ANGKASA 19
OKTOBER 2024
Sajak
Generasi Baharu Wajar Contohi Semangat Juang Kepimpinan Koperasi Terdahulu
TIKA PINTU PERJUANGAN KOPERASI TERBUKA Dalam sebuah kebebasan koperasi memikul amanah watan visi melangkah menuju pintu kejayaan kepentingan ahli menjadi mandat perjuangan seperti dihasrat tanpa memilih darjat Peluang ekonomi ruang dikongsi nikmat kebajikan murni dinikmati gembleng untuk jaya kekayaan ada milik bersama kita usaha, kita yang merasa ANGKASA menjadi wadah koperasi terhimpun arah depani cabaran bercapah detik mula berani berubah usaha sistematik telah dikerah semangat beriltizam amanah Marilah kita bersama mengangkat martabat bangsa Malaysia kebersamaan mengalir didenyut nadi koperasi membela nasib waris generasi agar bangga berdiri di bumi sendiri.
Presiden ANGKASA, Dato' Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (depan, empat dari kanan) bergambar di hadapan pasar mini CoopMart milik Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Berhad Melaka. Turut kelihatan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi (tiga dari kiri) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
seluruh anggota perlulah seimbang. Ini penting bagi mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni selain dapat bersama-sama mencipta kejayaan sekali gus meningkatkan semangat generasi muda untuk bersama dalam koperasi," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada barisan ALK Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Melaka Berhad yang diketuai Pengerusinya, Encik Bakar Kata sewaktu mengadakan kunjungan ke koperasi berkenaan pada 11 Oktober 2024 bertempat di Felcra Ramuan China, Melaka. Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi. Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Melaka Berhad yang ditubuhkan sejak tahun 1982 pernah memenangi anugerah 'Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan' semasa sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2016.
Ilmu dan usaha yang diperjuangkan oleh kepimpinan koperasi perlulah diwarisi dan dicurahkan kepada generasi muda demi masa depan koperasi yang lebih baik dan lestari. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kesungguhan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dalam membina dan mempertahankan koperasi wajar diteladani oleh generasi baharu khususnya anak-anak anggota koperasi itu sendiri. Perkara tersebut penting kerana inisiatif dan semangat juang yang diarahkan oleh barisan kepimpinan semasa menguruskan sesebuah koperasi sebenarnya bukanlah mudah malah penuh dengan cabaran. "Bagi memastikan ilmu dan pengalaman itu dapat diwarisi, kerjasama antara ALK dengan
Ahmad Noh Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang (KPKP)
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah meneliti produk jualan di Pasar Mini CoopMart koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Berhad Melaka.Turut sama ialah Haji Zaidan Ab. Rani (kiri).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease