3
KOPERASI
OKTOBER 2024
Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 2/2024
ANGKASA Bentang Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya berpeluang membentangkan Kertas Makluman iaitu Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 dan Cadangan Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan. Laporan tersebut dibentangkan sebagai makluman kepada mesyuarat berkenaan impak penganjuran kongres yang telah berlangsung pada 25-26 Julai 2024 melibatkan penyertaan sejumlah 6,200 perwakilan koperasi (fizikal dan online ). Menurut beliau, Lapan Resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 telah dibentangkan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan diserahkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selain itu sebanyak RM6 juta peruntukan diberikan kepada ANGKASA bagi meningkatkan kekuatan gerakan koperasi, manakala Lima Insentif diumumkan bagi pelaksanaan program pembangunan koperasi di seluruh negara.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya membentangkan Kertas Makluman Laporan Pelaksanaan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 dan Cadangan Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan. Latar Belakang Pindaan Akta 502
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Dari Meja Presiden
Pendekatan digitalisasi pada masa kini bukan sahaja memerlukan kepantasan dan ketepatan malah kualiti hasil kerja juga perlulah seiring dalam usaha untuk membina kejayaan tadbir urus dan keyakinan pelanggan serta masyarakat. Pendekatan digitalisasi menerusi AI atau ‘kecerdasan buatan’ dilihat semakin penting berasaskan kepada pendekatan kerja yang lebih cepat serta tepat berbanding pendekatan sedia ada yang bersifat konvensional. Keupayaan AI juga secara tidak langsung dapat memberi kesan terhadap peningkatan jumlah pengikut dan diikuti dengan kuasa beli pengguna melalui perkhidmatan yang lebih murah, cekap dan berkualiti tinggi. Koperasi harus sentiasa peka dan aktif dalam memperkasakan teknologi AI terutamanya dalam mempromosikan perniagaan
koperasi. Selain dapat membantu meningkatkan kapasiti pelanggan menerusi pendekatan promosi yang dibuat,
koperasi juga dapat membina imej dan pengaruh dalam meningkatkan standard serta reputasi koperasi. Menerusi pendekatan AI juga, kajian terhadap budaya kerja dan strategi pemasaran yang lebih komprehensif dan tepat dapat dilaksanakan sekali gus hipotesis yang dihasilkan kelak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang berguna kepada kepimpinan koperasi itu sendiri. Kita tidak mahu melihat koperasi yang kita bangunkan dengan susah payah akhirnya tidak aktif dan dorman begitu sahaja disebabkan oleh kesukaran kepimpinan koperasi untuk mengimbangi budaya kerja dan pendekatan perniagaan yang semakin canggih dan pantas.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease