WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2024

KOPERASI 4

OKTOBER 2024

KUSKOP Umum Geran Bantu Koperasi Komuniti India

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat dan peserta selepas selesai Majlis Perasmian Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024 di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengumumkan geran sehingga RM30 ribu khusus untuk koperasi komuniti India bagi membantu aktiviti perniagaan koperasi komuniti tersebut. Timbalan Menterinya, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, geran tersebut boleh dimohon melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan akan diberikan secara eksklusif kepada koperasi yang layak dan hadir ke Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024. Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan persidangan yang julung kali diadakan bertempat di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2024. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh. Dato’ Sri Ramanan juga menyatakan harapan yang tinggi untuk melihat komuniti India terus maju melalui pendekatan berkoperasi. Beliau turut menyerahkan replika cek bantuan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP – SKM) berjumlah lebih RM7 juta kepada tiga koperasi iaitu Koperasi Guru-Guru Tamil Negeri Sembilan

YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Koperasi NLFCS Berhad yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk B. Sahadevan (dua dari kanan) ketika menerima sijil dan plak pengiktirafan kerana telah berjaya tersenarai dalam indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024.

Pengerusi Koperasi Serbaguna Kebangsaan Berhad, Encik Rajinteran Vempody (tiga dari kiri) ketika menerima replika cek bantuan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP – SKM) berjumlah RM3,994,739.00.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease