WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2024

ANGKASA 7

OKTOBER 2024

ANGKASA Bantu Tujuh Koperasi Melaka Terjejas Banjir

Oleh RAHMAT MOHD. DID

Tujuh buah koperasi di Melaka yang terjejas akibat bencana banjir pada Ogos lalu telah menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap satu daripada ANGKASA, sebagai sumbangan CSR. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut sewaktu Majlis Penutup Bengkel Retreat Transformasi ANGKASA 2024. Koperasi yang terlibat adalah Koperasi Usahasama Tani Melaka Berhad, Koperasi Strawarna Melaka Berhad, Koperasi Pemulihan Dalam Komuniti Melaka Berhad, Koperasi Keluarga Enam Melaka Berhad, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad, Koperasi Masjid Al-Wakil Lubok China Melaka Berhad dan Koperasi Keluarga Haji Mohd Yatim Melaka Berhad. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalam ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) bergambar bersama wakil penerima bantuan Sumbangan CSR ANGKASA kepada Gerakan Koperasi Negeri Melaka. Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (enam dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Jusoh (kanan sekali).

ANGKASA Johor Sumbang Penyembur Air kepada Empat Kampung di Dun Mahkota

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan bantuan penyembur air ( water jet ) dalam Program Jalinan Ukhuwah:Tanggungjawab Sosial Masyarakat di Balai Raya Kampung Palembang Baru, Kluang, Johor pada 27 September 2024.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan notebook kepada Ketua Kampung Palembang Baru, Haji Md Ismail Sajidon.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) menyerahkan bakul makanan kepada penerima.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Beliau juga telah menyampaikan bakul makanan berupa barangan keperluan asas yang disumbangkan SKM Cawangan Negeri Johor kepada 100 penerima terdiri daripada penduduk kampung berstatus asnaf di kawasan tersebut. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, ANGKASA mahu mengangkat kedudukan koperasi berkluster mikro dan kecil kepada sederhana menerusi aktiviti peruncitan bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) yang diperkenalkan oleh ANGKASA. "Sasaran kita adalah supaya satu kedai runcit milik koperasi menjaga 500 hingga 1,000 pengguna," katanya. Tambah beliau, melalui Kongres Koperasi Kebangsaan kali ketiga yang diadakan pada 25-26 Julai 2024 lalu, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan RM6 juta kepada ANGKASA untuk meningkatkan kekuatan gerakan koperasi di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan, RM2 juta diselaraskan melalui peruntukan Jualan Rahmah bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk ANGKASA memperkasakan kegiatan koperasi. Jelasnya lagi, Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA diadakan untuk menawarkan barangan keperluan asas dengan harga berpatutan kepada

rakyat, khususnya kepada golongan B40 dan asnaf yang terjejas dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Produk seperti minyak masak, gula, sardin, beras dan telur adalah antara yang ditawarkan dengan harga subsidi. Sementara itu, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan dalam ucapannya berkata, terdapat sebanyak 188 buah koperasi di Kluang dan jumlah tersebut perlu dipertingkatkan lagi supaya lebih ramai penduduk setempat dapat menyertai serta meraih manfaat daripada aktiviti ekonomi koperasi. Beliau turut menyeru SKM Cawangan Negeri di seluruh negara untuk menyantuni kawasan khususnya di kampung yang tidak mempunyai koperasi dan berusaha ke arah menubuhkannya bagi meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat. Hadir sama dalam program itu ialah Pengarah SKM Cawangan Negeri Johor, Encik Mahzan Nordin, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Kampung Palembang Baru, Haji Md Ismail Sajidon.

ANGKASA Negeri Johor telah menyerahkan sumbangan berupa penyembur air ( water jet) untuk kegunaan penduduk di empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Kluang, Johor yang terjejas banjir pada bulan September. Empat kampung tersebut adalah Kampung Palembang Baru, Kampung Palembang Lama, Kampung Paya dan Kampung Tengah. ANGKASA Negeri turut menyampaikan sebuah notebook kepada jawatankuasa Kampung Palembang Baru bagi tujuan pengurusan dan komunikasi dalam usaha membantu penduduk kampung menjalani pemulihan selepas banjir. Sumbangan itu telah diserahkan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah semasa Program Jualan Rahmah MADANI ANGKASA dan Program Jalinan Ukhuwah: Tanggungjawab Sosial Masyarakat di Balai Raya Kampung Palembang Baru pada 27 September 2024. Hadir sama dalam program itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease