WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2024

KOPERASI 8

OKTOBER 2024

SKM dan ANGKASA Jayakan Sesi Libat Urus Penggubalan Akta Baharu Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) bergambar bersama pengurusan KUSKOP dan SKM serta barisan kepimpinan ANGKASA selepas sesi libat urus. selesai.

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Satu Sesi Libat Urus Penggubalan Akta Baharu menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502] telah diadakan antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA di Ibu Pejabat SKM, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2024. Sesi tersebut yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman diadakan dengan tujuan untuk memperhalusi selain berkongsi input serta maklum balas mengenai Penggubalan Akta Baharu Koperasi daripada kumpulan pemegang taruh serta gerakan koperasi pelbagai kluster. Satu pembentangan bagi tujuan tersebut telah disampaikan oleh Anggota Jawatankuasa Pemandu Pindaan Akta 502, iaitu Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Puan Norazila Mohd Zainol. Hadir dalam sesi tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Perniagaan Kecil (BPKPPK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias, Timbalan Setiausaha BPKPPK KUSKOP, Puan Noor Azlin Adnan, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM iaitu Puan Siti Azlin Ahmad Dauta serta barisan pengurusan tertinggi SKM. Wakil ANGKASA pula terdiri daripada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji

Sesi Libat Urus Penggubalan Akta Koperasi Yang Baharu Bersama ANGKASA diadakan di Ibu Pejabat SKM, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2024.

Kamarudin Ismail, Dato' Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh dan Penolong Pengurus Bahagian Undang-Undang, Encik Mohd Rizal Kamarulzaman. Sebagai rekod, Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK)

Bil.2/2024 pada 8 Oktober lalu menyatakan bahawa sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambah baik manakala dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta tersebut. Pindaan tersebut dibuat bagi memperkukuh elemen pengawalseliaan di samping memastikan perundangan koperasi kekal relevan dalam persekitaran ekonomi semasa.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease