WADAH PELANCAR EDISI JUN 2025

Wadah

JUN 2025 JILID: WP07/6

http://pelancar.online

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

RMK-13 Beri Fokus Perkasa Sektor Koperasi

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijangka akan dibentangkan pada 28 Julai 2025 bakal menggariskan satu agenda khusus bagi memperkukuh pembangunan Sektor Koperasi secara lebih menyeluruh.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah) ketika merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Koperasi Kebangsaan 2025 (BKK’25) di Putrajaya pada 19 Jun 2025. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (dua dari kiri), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) (dua dari kanan), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor (kiri sekali) dan Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta (kanan sekali).

BERSAMBUNG DI MUKA 2

Jadikan Nokia sebagai Pengajaran: Koperasi Perlu Berinovasi, Bersedia untuk Berubah

e-SPGA: Inovasi Digital ANGKASA Mudahkan Urusan Potongan Gaji

30 Kakitangan ANGKASA Sertai Program Kepimpinan Koperasi di Sintok

9 muka

12

16

muka

muka

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

INFO SEMASA

2

Wadah

JUN 2025

YB Datuk Ewon dalam ucapannya menyeru warga koperasi supaya menjunjung tinggi prinsip-prinsip koperasi yang menjadi tunjang utama kepada kekuatan dan kejayaan gerakan koperasi pada hari ini.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan YB Datuk Ewon.

Barisan kepimpinan ANGKASA terdiri daripada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (dua dari kiri) ketika menghadiri Majlis Peluncuran BKK’25.

Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan) turut menghadiri majlis.

DARI MUKA 1

RMK-13 merupakan kesinambungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tempoh 2021 hingga 2025. “Daripada taklimat awal kepada Jemaah Menteri, kita telah dimaklumkan tentang satu agenda dalam Rancangan Malaysia Ke- 13 untuk membangunkan Sektor Koperasi dengan lebih baik lagi. Sektor Koperasi diberi sasaran hingga 2030 untuk menjana hasil perolehan gerakan koperasi sebanyak RM100 bilion,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Bulan

Koperasi Kebangsaan 2025 (BKK’25) yang berlangsung di Putrajaya pada 19 Jun 2025. Turut hadir, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) . "Mudah-mudahan gerakan koperasi bukan sahaja dapat menjana perolehan yang kita sasarkan ini malah juga dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dapat membudayakan budaya korporat dalam gerakan koperasi tanpa mengabaikan atau dengan mengekalkan identiti koperasi yang kita mesti pertahankan," jelas beliau.

“Saya optimis Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan dibawa ke Parlimen bulan hadapan dapat mencabar kita semua, terutama di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, untuk terus berganding bahu bersama agensi-agensi kita — SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ANGKASA dan federasi-federasi koperasi — dalam membuktikan bahawa koperasi mampu menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan lebih baik dalam tempoh lima tahun akan datang,” tambahnya. Beliau turut menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian semasa gerakan koperasi di Malaysia yang merupakan hasil kerja keras pelbagai pihak.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

INFO SEMASA

3

Wadah

JUN 2025

YB Datuk Ewon bercakap di sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran BKK’25.

“Dengan usia mencecah 103 tahun pada tahun ini, bilangan koperasi telah meningkat kepada 16,284 buah dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang. Selain itu, gerakan koperasi negara telah mencatatkan perolehan sebanyak RM68.1 bilion. Dalam masa yang sama, kejayaan gerakan koperasi menceburi pelbagai sektor ekonomi telah berjaya meningkatkan pengumpulan modal syer dan

yuran kepada RM18.3 bilion dengan penjanaan aset berjumlah RM173.3 bilion,” ujarnya. Hadir sama ialah Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Bulan Koperasi Kebangsaan disambut bersempena dengan Hari Koperasi Antarabangsa atau International Day of Cooperatives yang ditetapkan oleh International Cooperative Alliance (ICA) dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diraikan pada hari Sabtu pertama bulan Julai setiap tahun. Sambutan itu bertujuan mengiktiraf serta menyemarakkan semangat kerjasama dan kekuatan kolektif masyarakat melalui platform koperasi, selain meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan berorganisasi secara koperasi dalam menghadapi cabaran semasa.

Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias.

Diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan, Bulan Koperasi Kebangsaan turut menjadi manifestasi penghargaan terhadap sumbangan signifikan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi negara yang merangkumi pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Sebanyak 20 program akan dilaksanakan sepanjang Julai ini sempena sambutan tersebut. Hari Koperasi Negara 2025 Peringkat Kebangsaan pula dijadual berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) dari 25 hingga 27 Julai 2025, dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dari Meja Presiden

Sekiranya kerjasama seperti itu dapat dijalin, sebuah jaringan yang lebih mampan boleh menjadi simbol harapan dan kekuatan kepada sektor perniagaan koperasi sekali gus menjadikan produk dan perkhidmatan yang dijual akan lebih berdaya saing dan diterima oleh masyarakat pengguna. Demi merancakkan lagi semangat berkoperasi dan saling cakna antara satu sama lain, ANGKASA telah menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan khidmat sokongan mengikut keperluan semasa. Semoga usaha yang kita jalankan dapat melakar kejayaan yang lebih sempurna dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan koperasi atas tanggungjawab dan peranan yang telah anda berikan.

Tanggungjawab barisan kepimpinan antara koperasi bagi membentuk rantaian nilai keusahawanan sangat perlu diberi perhatian secara lebih serius. Hal tersebut dilihat sebagai amat wajar terutamanya dalam usaha untuk menjadikan koperasi saling membantu menangani situasi terutamanya apabila berhadapan dengan isu persaingan, kos logistik dan juga pemasaran. Hakikatnya, gerakan koperasi di Malaysia mampu mencapai persefahaman secara berjemaah sekiranya setiap anggota koperasi dapat berperanan secara lebih aktif dan bersama-sama berusaha untuk membina matlamat. Selain itu, pegangan yang kukuh berasaskan prinsip koperasi itu sendiri perlu diterjemah dan diperkasakan supaya dapat terus memberi khidmat dengan lebih baik demi pembangunan sosioekonomi anggota dan masyarakat.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

RENCANA

4

Wadah

JUN 2025

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Presiden ANGKASA Presiden Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS)

Hotel At-Taqwa Inn, milik Koperasi Kariah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad di Pulau Pinang.

ANGKASA komited dalam usaha memperhebat kempen penubuhan Koperasi Kariah Masjid secara agresif dan menyeluruh di seluruh negara sebagai satu agenda nasional dalam memperkukuh ekonomi ummah berteraskan institusi masjid. Usaha tersebut mendapat sokongan padu dan kerjasama erat daripada Pejabat Agama Islam Negeri (PAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ANGKASA bagi meningkatkan kapasiti dan keberkesanan masjid sebagai pusat pembangunan ilmu dan ekonomi masyarakat setempat, seterusnya mengangkat masjid sebagai teras pembangunan sosioekonomi umat Islam. Dengan terbinanya masjid di Malaysia yang berjumlah 6,828 buah telah mendorong ANGKASA menyasarkan penubuhan sejumlah 1,000 Koperasi Kariah Masjid berdaftar seluruh negara pada tahun 2025. Hal tersebut selaras dengan aspirasi menjadikan masjid bukan sekadar pusat ibadah, malah berperanan sebagai institusi dinamik yang menggerakkan aktiviti ekonomi, keusahawanan serta kebajikan ummah secara lestari dan sistematik ke arah pembentukan komuniti Islam yang berdikari, progresif dan sejahtera.

Bangunan Koperasi Kariah Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN) mula diduduki oleh koperasi itu pada 1 Januari 2022.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Parlimen Sg. Buloh, Encik Kyrie Azri (tiga dari kanan) dan tetamu lain ketika Majlis Perasmian Dobi Masjid milik KONSORMAS dan diuruskan oleh Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad (COOPMSU) pada 7 September 2024.

Pusat Aktiviti KOMAQ milik Koperasi Kariah Masjid Al-Quddus Sri Wangi Kuching Berhad, Sarawak menempatkan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan dobi dan salun kecantikan.

RENCANA

5

Wadah

JUN 2025

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Urban Kit yang diusahakan Koperasi Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi Berhad Selangor pada 17 November 2024.

Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Sumber: Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid, Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sehingga Disember 2024, terdapat sejumlah 630 buah Koperasi Kariah Masjid telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 47,832 anggota, syer/yuran berjumlah RM15.96 juta, aset bernilai RM37.68 juta dan perolehan berjumlah RM28.93 juta. Data tersebut jelas menunjukkan peningkatan berbanding sehingga Disember 2023 iaitu terdapat 566 buah Koperasi Kariah Masjid telah ditubuhkan, dengan keanggotaan seramai 45,711 anggota, syer/yuran berjumlah RM15.4 juta, aset bernilai RM37.08 juta dan jumlah perolehan sebanyak RM28.9 juta. Selaras dengan peranan Koperasi Kariah Masjid iaitu menyatukan komuniti, sebagai pusat perkembangan ilmu dan kebajikan masyarakat, membangunkan aset atau dana masjid bagi manfaat umat Islam serta menjana ekonomi anggota, semua barisan pengurusan dan pentadbiran Koperasi Kariah Masjid hendaklah mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk ditawarkan bukan sahaja kepada anggota koperasi malah kepada semua pengguna. Usaha mempertingkatkan penglibatan anggota dalam pengurusan dan perniagaan Koperasi Kariah Masjid juga perlu diketengahkan dan mereka sewajarnya diberi peluang untuk menyumbang idea dan tenaga bagi mewujudkan pemilikan terhadap koperasi oleh anggota. Koperasi Kariah Masjid di Malaysia semakin menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menjana ekonomi komuniti setempat. Sebagai contoh, Koperasi Kariah Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad telah mencipta kejayaan cemerlang apabila mencapai perolehan berjumlah RM3,968,941.64 dengan menjalankan aktiviti seperti

usaha memperkukuh rantaian bekalan produk makanan halal. Selain itu, KONSORMAS turut meluaskan skop perniagaan melalui pembukaan tiga buah kedai dobi 24 jam di bawah jenama ‘DOBI MASJID’, iaitu masing-masing terletak di Masjid At-Taqwa, Pulau Pinang, Masjid Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor dan Masjid Shariah Fatimah Jitra, Kedah. Usaha tersebut bukan sahaja menjana pendapatan tambahan kepada koperasi, malah menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat kepada komuniti setempat. Selain itu, kejayaan itu turut membuktikan keupayaan KONSORMAS sebagai peneraju utama dalam memacu koperasi kariah masjid ke arah pembangunan ekonomi yang mampan, berdaya saing dan berteraskan nilai-nilai Islam. Perniagaan yang dijalankan bawah anak syarikat ANGKASA turut menyumbang secara signifikan kepada peningkatan perolehan Koperasi Kariah Masjid. Melalui pelbagai aktiviti strategik seperti BA100 yang berfokus kepada peruncitan, perkhidmatan wasiat dan hibah yang dikendalikan oleh MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) serta inisiatif Coop Umrah dan Coop Hardware, Koperasi Kariah Masjid telah mendapat manfaat langsung daripada segi peluang perniagaan dan sokongan operasi. Di samping itu, projek pertanian yang dilaksanakan di bawah seliaan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA turut membuka ruang kepada Koperasi Kariah Masjid untuk terlibat dalam sektor agromakanan yang berpotensi tinggi. Kerjasama tersebut menjadi titik tolak kepada usaha memperkukuh jaringan ekonomi koperasi berasaskan masjid serta memperluas penyertaan anggota kariah dalam bidang keusahawanan yang mampan dan selari dengan prinsip syariah.

kedai runcit, perkhidmatan pembinaan dan pengubahsuaian bangunan, agensi pelancongan, katering dan pembekalan ayam. Selain itu, Koperasi Kariah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad telah mencatatkan jumlah perolehan sebanyak RM1,610,320.11 melalui pelbagai aktiviti ekonomi seperti pengoperasian kedai runcit, perkhidmatan cucian kereta, gerai makanan, perkhidmatan dobi 24 jam, hotel, penyertaan dalam jualan Bazar Ramadan, penjanaan tenaga solar serta pengeluaran dan penjualan produk makanan halal. Kejayaan koperasi tersebut jelas membuktikan institusi masjid bukan sahaja berperanan dalam aspek keagamaan, malah menjadi pemangkin kepada kelestarian pembangunan sosioekonomi ummah. Bagi tujuan tersebut, ANGKASA akan mempergiat dan memperluas jaringan koperasi berteraskan masjid agar lebih ramai anggota kariah dapat menyertai secara aktif dalam aktiviti ekonomi, seterusnya memperkukuh kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan keusahawanan dan jalinan ukhuwah yang erat. Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) telah memainkan peranan penting sebagai penyumbang utama dalam memperkukuh aktiviti koperasi kariah masjid di seluruh negara. Sehingga Mei 2025, sebanyak 81 buah koperasi kariah masjid telah berdaftar sebagai anggota KONSORMAS, sekali gus menandakan sokongan yang semakin meluas terhadap inisiatif pembangunan ekonomi berasaskan institusi masjid. Antara pencapaian signifikan KONSORMAS adalah kejayaan mengimport kurma dari negara Tunisia dan seterusnya membekalkannya kepada Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara, khususnya menjelang bulan Ramadan sebagai sebahagian daripada

RENCANA

6

Wadah

JUN 2025

Oleh: RAHMAT MOHD DID

Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan ANGKASA

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik memberi penerangan mengenai perniagaan baharu projek semaian benih koko kepada koperasi berminat dalam Program Pembangunan Koko 2022 di Pusat Penyelidikan Koko Bagan Datuk, Perak pada 24 hingga 26 November 2022.

Perkembangan industri koko di Malaysia menunjukkan kecenderungan positif, bukan sahaja dari segi pertanian koko huluan malah juga pemerkasaan hiliran dan eksport. Kini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) muncul sebagai salah satu pemudah cara ( enabler ) utama dalam memperkukuh ekosistem industri koko negara. ANGKASA merupakan badan puncak koperasi yang berperanan dalam pembangunan pergerakan koperasi di Malaysia, juga bertindak sebagai pemangkin inovasi dan penyelaras pelaksanaan dasar koperasi dalam pelbagai sektor, termasuk agrikomoditi. Dalam konteks industri koko, peranan ini diterjemahkan melalui penyertaan aktif ANGKASA dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam projek pembangunan kluster koko serta jalinan

kerjasama antarabangsa untuk memperluaskan peluang perniagaan dan teknologi. ANGKASA turut menyokong penubuhan dan pengoperasian koperasi kluster koko di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Koperasi yang terlibat berfungsi sebagai hab pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran hasil koko dari pekebun kecil setempat. Peranan koperasi yang dipandu oleh ANGKASA ini membolehkan pekebun kecil memperoleh nilai tambah yang lebih tinggi berbanding penjualan hasil mentah secara individu. Koperasi Kluster Koko Sabah Berhad dan Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad merupakan contoh kejayaan pelaksanaan model ini. Seramai 609 pekebun kecil koko telah disatukan dalam kluster, membekalkan hasil kepada kompleks pemprosesan yang

menghasilkan produk berjenama sendiri seperti Highland Single Origin Cocoa . Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan anggota koperasi malah juga memperkukuh jenama koko Malaysia di pasaran domestik dan luar negara. Di Sarawak pula, konsep farm to table diterapkan melalui Kompleks Kluster Koko Kota Samarahan, yang turut berperanan sebagai pusat agropelancongan. ANGKASA menyokong koperasi dengan memberikan khidmat rundingan, latihan keusahawanan serta fasilitasi pemasaran untuk membolehkan produk coklat buatan tempatan menembusi pasaran komersial secara lebih efektif. Peranan ANGKASA dalam memperkasa usahawan muda turut diperlihatkan melalui penglibatan Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) dan Koperasi Kluster

Koko Semenanjung Berhad (KKKSeB) dalam Program Inkubator Koko. Melalui program ini, koperasi digalakkan untuk membuka ruang kepada usahawan mikro dan kecil dalam bidang pemprosesan coklat, seterusnya memperluas rantaian nilai koko secara inklusif. Inisiatif ANGKASA ini juga sejajar dengan aspirasi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui LKM untuk menambah luas kawasan tanaman koko dan menghidupkan semula

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman sebagai panel dalam Malaysian International Cocoa Conference di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Mei 2025.

RENCANA

7

Wadah

JUN 2025

KONSEP MODEL EKOSISTEM INDUSTRI KOKO DALAM GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

Pusat Semaian

Perak & Sabah Jumlah Koperasi 3

Pusat Pengedaran

Pemprosesan Sekunder

a n

Ladang Koperasi Koko

Jumlah Keluasan Tanah: 7.4 hektar Jumlah Koperasi 5

Pemprosesan Utama

Jumlah Keluasan Tanah: 52.4 hektar

Kedah, Perak & Pahang

Wilayah Persekutuan Chocolate ‘Single Origin’

Chocolate ‘Handmade’

Jumlah Koperasi 4

Kedah

Sabah & Sarawak

Majlis Pertukaran Perjanjian Antara ANGKASA dengan Pihak Terlibat Bagi Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 13 Ogos 2024. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr. Ramle Haji Kasin (empat dari kiri).

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman dan Dr. Ramle menujukkan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Mei 2023 sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof (empat dari kanan).

sektor ini sebagai salah satu tonggak eksport negara. ANGKASA tampil sebagai pemudah cara yang berkesan untuk menjayakan aspirasi ini menerusi pendekatan koperasi sebagai instrumen pembangunan komuniti dan ekonomi setempat. Model pembangunan ekosistem industri koko dalam pergerakan koperasi dengan kerjasama LKM di mana gerakan koperasi sebagai entiti yang menekankan pembangunan komuniti dan kesejahteraan bersama, dilihat sebagai platform terbaik untuk mencapai matlamat ini. Sebagai pelengkap kepada usaha berterusan ini, satu sesi panel berprofil tinggi bertajuk “ Cooperative as Cocoa Enabler ” telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 27 Mei 2025. Sesi ini membincangkan secara mendalam peranan strategik koperasi dalam memperkukuh industri koko negara. Penyertaan ANGKASA dalam Malaysian International Cocoa Conference 2025 (MICC 2025) turut menandakan penglibatan sulungnya

di peringkat global, serta pelancaran produk coklat sulung, Roshe Velle kepada delegasi. Forum termasuk ditutup dengan penekanan terhadap kerjasama rentas negara dan dasar sokongan yang kukuh bagi menjadikan koperasi pemain utama dalam industri koko yang mampan dan inklusif. Kesungguhan ANGKASA dalam memperkasakan industri koko bukan sahaja memberi impak ekonomi malah juga memperkukuh kedudukan koperasi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu. Dengan pendekatan strategik yang inklusif dan berdaya saing, ANGKASA diyakini mampu menjadikan pergerakan koperasi sebagai pemain utama dalam ekosistem industri koko negara dan antarabangsa. Secara keseluruhannya, kolaborasi ANGKASA dengan LKM untuk perkembangan industri koko adalah bukti nyata bahawa pergerakan koperasi bukan lagi entiti tradisional semata-mata, malah turut mampu menjadi agen perubahan yang dinamik dalam sektor ekonomi berasaskan komoditi.

Variasi produk coklat ' Roshe Velle '.

INFO SEMASA

8

Wadah

JUN 2025

42 Sekolah Berjaya Rekod Perolehan Lebih RM1 Juta Koperasi Sekolah Bantu Sumbang Perolehan Gerakan Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah merakam kenangan bersama Pengerusi Koperasi SMK Taman Melawati Berhad, Dr. Jagdave Singh a/l Avtar Singh dan barisan Anggota Lembaga Koperasi.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

"Ibu bapa dan guru juga diharap dapat memberikan sokongan dalam mengekal serta meningkatkan perolehan koperasi. Keuntungan yang diperoleh akan diberikan semula kepada sekolah dengan menaja pelbagai program yang bermanfaat untuk pelajar sekolah," ujarnya. Sebagai rekod, bilangan koperasi sekolah yang mencapai RM1 juta meningkat daripada 23 buah pada tahun 2024 kepada 42 buah, manakala dua buah lagi telah mencatatkan perolehan lebih RM2 juta. Tambah beliau, modal saham koperasi

Koperasi sekolah yang berjaya mencapai perolehan RM1 juta atau lebih, merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada peningkatan perolehan keseluruhan gerakan koperasi negara. Koperasi SMK Taman Melawati Berhad merupakan salah sebuah koperasi yang berjaya mencapai perolehan melebihi RM1 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2023 dengan perolehan sebanyak RM1,106,249.19. Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 juta Koperasi Sekolah telah berlangsung di Dewan SMK Taman Melawati pada 13 Jun 2025 dan disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Program pengiktirafan anjuran ANGKASA itu adalah bagi menghargai usaha cemerlang pemimpin dan anggota koperasi sekolah dalam membentuk usahawan koperasi berjaya pada masa hadapan. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapannya berkata, anggota koperasi sekolah perlu dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan daya inovasi terkini.

turut disarankan supaya ditambah agar lebih banyak aktiviti perniagaan dapat dilaksanakan. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengetua merangkap Pengerusi Koperasi, Dr. Jagdave Singh a/l Avtar Singh dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Taman Melawati, Puan Kasma Kiprawi.

Dr. Jagdave Singh a/l Avtar Singh ketika menyampaikan ucapan.

INFO SEMASA

9

Wadah

JUN 2025

Jadikan Nokia sebagai Pengajaran Koperasi Perlu Berinovasi, Bersedia untuk Berubah

Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 5 Jun 2025 telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (duduk, tengah). Hadir sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, dua dari kiri), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor (duduk, dua dari kanan), Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (duduk, kiri sekali) dan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (duduk, kanan sekali).

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

pasaran. Dalam konteks koperasi, lenyap sebagai satu gerakan yang memacu ekonomi negara kerana gagal menyesuaikan diri dengan perubahan,” tegas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud. Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri KUSKOP merasmikan Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara yang berlangsung di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 5 Jun 2025. Menurut beliau lagi, gerakan koperasi perlu segera mengadaptasi teknologi dan pendekatan baharu agar tidak ketinggalan berbanding sektor lain yang lebih pantas berubah. "Menyedari akan hakikat ini, pihak KUSKOP mengambil langkah dengan memperkenalkan undang-undang baharu koperasi bagi menggantikan undang-undang lama yang ada sekarang ini," katanya.

Gerakan koperasi berpotensi menjadi pemacu utama ekonomi negara, namun potensi ini hanya dapat direalisasikan dengan pembudayaan inovasi dan kesediaan menghadapi perubahan semasa. “Jika tidak berubah, koperasi akan menjadi seperti Nokia — tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi akhirnya lenyap daripada

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali menunjukkan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan MINDA-UKM.

YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud ketika melawat reruai Koperasi UNIKEB Berhad.

INFO SEMASA

10

Wadah

JUN 2025

Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara menjadi medan diskusi berimpak tinggi bagi membincangkan strategi memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara. (Kredit foto: Universiti Kebangsaan Malaysia)

menjalin hubungan kerjasama strategik yang amat rapat bersama Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) bagi membolehkan satu pakatan strategik dibentuk untuk jangka panjang dalam komitmen bersama memperkukuh ekosistem koperasi negara. Kerjasama strategik antara ANGKASA dengan MINDA-UKM juga merangkumi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk perkongsian bidang kepakaran dan penyelidikan dalam sektor koperasi, Siri MINDA–ANGKASA Policy Roundtable, Program Felo Kedoktoran ANGKASA–MINDA dan Siri Syarahan MINDA– ANGKASA. Dalam majlis yang sama turut berlangsung sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan MINDA-UKM. MoU tersebut mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memperkukuh sektor koperasi negara melalui pembangunan model koperasi baharu yang lebih moden, inklusif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dan masa hadapan. Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Abdul Halim

Tambah beliau, gerakan koperasi telah wujud sejak sebelum merdeka dan banyak peruntukan dalam akta sedia ada kini dilihat tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. "Inti pati utama akta baharu ini adalah kita akan meliberalisasikan gerakan koperasi. Kita akan kurangkan pemantauan dari segi kalau sebelum ini terlalu fokus kepada perundangan, kali ini kita beri lebih ruang kepada gerakan koperasi untuk bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan,” jelas beliau. Di samping itu, Dato' Sri Khairul juga menekankan keperluan untuk meremajakan gerakan koperasi bagi menarik minat golongan muda. Sekarang, kebanyakan koperasi masih diterajui oleh mereka pada peringkat senior dan penglibatan generasi muda dilihat penting bagi memastikan kelangsungan serta daya saing gerakan itu dalam menghadapi cabaran masa depan. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA melihat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai medan strategik melahirkan generasi pewaris kepimpinan dan kesinambungan kepada kejayaan gerakan koperasi di negara ini. Katanya, bagi tujuan itu, ANGKASA telah

Abdul Gafor, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, YBhg. Datuk Mohd Ali Mansor, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib Presiden ANGKASA terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA (wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan barisan pengurusan kanan ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha. Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama MINDA-UKM bagi memperkukuh sinergi antara gerakan koperasi dengan institusi pengajian tinggi tempatan. Usaha itu bertujuan memperluas peranan koperasi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi rakyat dan komuniti melalui pendekatan akademik, penyelidikan serta perkongsian kepakaran.

YBHG. Dato’ Sri Khairul Dzaimee dan barisan tetamu kehormat ketika nyanyian lagu Negaraku.

INFO SEMASA

11

Wadah

JUN 2025

Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara

Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara menampilkan barisan panel terdiri daripada (dari kanan) Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Naib Canselor Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Prof. Dato' Dr. Azali Mohamed serta Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai moderator (kiri sekali).

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

didapati tidak seimbang serta tidak menunjukkan pertumbuhan dinamik. “Walaupun keanggotaan koperasi di Malaysia mencecah 7.2 juta orang, namun komposisinya mendatar dan kurang mencerminkan keterlibatan aktif daripada golongan belia dan profesional. Hanya sekitar 1.28 peratus terdiri daripada kumpulan ini, manakala 25 peratus adalah pelajar sekolah,” ujarnya. Beliau menekankan bahawa koperasi sekolah sebenarnya mempunyai potensi besar sebagai tapak semaian nilai dan budaya koperasi. Namun, kegagalan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap koperasi selepas tamat persekolahan merupakan satu kehilangan peluang yang besar. “Ada lebih lima juta pelajar sekolah menengah yangdidedahkandengankoperasisekolahselama lima tahun. Tapi sebaik keluar sekolah, koperasi seolah-olah terpadam terus daripada kesedaran mereka. Ini menunjukkan kesinambungan tidak berlaku,” katanya lagi. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman pula menyentuh mengenai Aspirasi Koperasi Malaysia yang menjadi landasan hala tuju gerakan koperasi ke arah memperkukuh peranannya sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan aspirasi itu memerlukan penyelarasan strategik dan kerjasama erat antara tiga entiti utama iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA, tanpa berlaku pertindihan tanggungjawab atau peranan. Menurut beliau, setiap agensi perlu kekal fokus kepada mandat utama masing-masing — SKM sebagai badan kawal selia dan pemantauan, IKMa sebagai institusi latihan yang membina kapasiti koperasi, manakala ANGKASA

sebagai badan induk gerakan koperasi yang bertanggungjawab memperjuangkan dasar, memperkasakan koperasi akar umbi dan membina jaringan strategik pada peringkat nasional serta antarabangsa. Pendekatan tersebut bukan sahaja dapat mengelakkan pertindihan tanggungjawab, malah boleh memperkukuh ekosistem koperasi secara menyeluruh terhadap pencapaian aspirasi koperasi yang lebih holistik dan berimpak tinggi. Sementara itu, Prof. Dato' Dr. Azali mengemukakan isu dan cabaran dalam sektor koperasi, khususnya mengenai ketidakseimbangan kluster koperasi. Koperasi mikro didapati mendominasi sektor tersebut dengan jumlah sebanyak 82.9 peratus atau 13,508 buah, berbanding koperasi kecil (11.4%), sederhana (3.6%) dan besar (2.1%). Katanya, ketidakseimbangan itu membayangkan struktur pembangunan koperasi yang terlalu tertumpu kepada model kecil, sekali gus mewujudkan jurang yang ketara daripada segi kapasiti, impak ekonomi dan keupayaan daya saing pada peringkat nasional. Menurut beliau lagi, apabila majoriti koperasi berada dalam kategori mikro, potensi untuk melaksanakan aktiviti ekonomi berskala besar dan berimpak tinggi menjadi terhad. Keadaan tersebut boleh mengekang transformasi koperasi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Oleh itu, satu pendekatan holistik diperlukan bagi memacu peningkatan skala operasi, termasuk melalui penggabungan koperasi (konsortium), peningkatan kapasiti pengurusan dan galakan pelaburan strategik supaya sektor koperasi lebih berdaya tahan serta menyumbang lebih besar kepada ekonomi negara.

Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara menampilkan barisan panel berpengalaman yang terdiri daripada Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Naib Canselor Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Prof. Dato' Dr. Azali Mohamed. Forum itu dikendalikan oleh moderator terkenal, Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan menyatakan pertumbuhan ekonomi yang mampan bukan sahaja perlu dinilai daripada aspek angka dan keuntungan, malah harus merangkumi elemen-elemen yang menyeluruh dan berimpak tinggi terhadap masyarakat dan alam sekitar. Katanya, gerakan koperasi perlu menjadi ‘enjin’ kepada pertumbuhan baik atau ‘good growth’ yang merangkumi ciri-ciri seperti inklusif (melibatkan semua golongan masyarakat di mana sahaja), mampan (memberi manfaat jangka panjang serta menjamin kesinambungan) dan mesra alam (mengambil kira kelestarian alam sekitar dan iklim). Selain itu, pertumbuhan yang baik perlu bersifat maju (inovatif dan tangkas menghadapi cabaran kompleks masa depan), menjamin kualiti hidup (kesejahteraan, keharmonian dan kebahagiaan rakyat) serta relevan dengan konteks dan acuan pembangunan negara sendiri. Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai struktur keanggotaan koperasi yang

INFO SEMASA

12

Wadah

JUN 2025

e-SPGA: Inovasi Digital ANGKASA Mudahkan Urusan Potongan Gaji

Barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) ketika majlis pra pelancaran sistem e-SPGA di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 17 Jun 2025.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan yang terlibat secara langsung atas komitmen dan usaha berterusan mereka membangunkan sistem tersebut, meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses pelaksanaannya. turut “Kita tidak boleh ketinggalan. Potongan gaji merupakan nadi kepada perniagaan ANGKASA. Kalau kita tidak bergerak seiring atau lebih ke hadapan dalam industri pengurusan potongan gaji dan sistem kewangan koperasi, kita akan hilang keupayaan untuk bersaing,” tambahnya. e-SPGA dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta akaun, melibatkan kira-kira 1.5 juta pengguna dan sekitar 18,000 majikan di seluruh negara. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Kewangan Korporat ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa menyatakan bahawa e-SPGA dibangunkan untuk jangka panjang dan berpotensi dikembangkan ke peringkat antarabangsa. “Sistem ini bersifat jangka panjang dan dapat menjimatkan kos operasi. Ia boleh digunakan untuk tempoh 20 tahun akan datang,” katanya. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA memperkenalkan sistem e-SPGA dalam usaha memacu inovasi dan pendigitalan kewangan sektor koperasi. Majlis pra pelancaran sistem tersebut berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 17 Jun 2025. Sistem itu dibangunkan dengan kerjasama rakan teknologi, CMA Solutions Sdn. Bhd. bagi menggantikan sistem SPGA terdahulu dengan matlamat untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan potongan gaji anggota koperasi di seluruh negara. e-SPGA bukan sahaja menjanjikan prestasi lebih baik, malah dirangka selari dengan keperluan masa depan serta pengalaman pengguna yang lebih mesra dan efisien. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyifatkan pengenalan sistem itu sebagai satu detik bersejarah buat ANGKASA dalam meningkatkan daya saing perkhidmatan organisasi. “Kita beralih daripada sistem lama kepada sistem baharu – ini satu sejarah. Walaupun banyak halangan, sistem ini akhirnya dapat direalisasikan. Ia memberi penambahbaikan dari segi perkhidmatan, kecepatan, kecekapan dan penjimatan kos,” ujarnya.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan kepimpinan ANGKASA ketika melawat ke bilik pelayan komputer ( server room ) ANGKASA.

Azlan Yahya, barisan Naib Presiden ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin serta pengurusan tertinggi ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Pembangunan sistem e-SPGA melibatkan penambahbaikan menyeluruh termasuk penyusunan semula fungsi, pengkategorian tugas mengikut peranan pengguna dan penyediaan modul latihan yang lebih bersasar. Sistem berkenaan dibina bukan sekadar untuk menggantikan sistem terdahulu, malah sebagai pelantar digital yang memperkemas urusan antara pelanggan dengan majikan koperasi secara lebih efisien dan tersusun. Antara kelebihan sistem tersebut adalah pendaftaran borang secara dalam talian, semakan maklumat potongan anggota secara masa nyata serta kemudahan transaksi pembayaran kepada pelanggan. Manual pengguna turut disediakan untuk membantu pemahaman terhadap langkah-langkah penggunaan setiap modul secara sistematik.

INFO SEMASA

13

Wadah

JUN 2025

ANGKASA - JAWI Bincang Strategi Galak Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

yang mewakili Presiden ANGKASA, disambut mesra oleh Pengarah JAWI, Haji Hanifuddin Roslan. Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik ke arah menggalakkan penubuhan Koperasi Kariah Masjid, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Inisiatif itu selaras dengan usaha ANGKASA untuk memperkasakan peranan institusi masjid sebagai pemangkin ekonomi umat Islam. Usaha bersepadu itu turut melibatkan penglibatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kelangsungan serta keberkesanan pelaksanaan Koperasi Kariah Masjid. Setakat ini, sebanyak 18 Koperasi Kariah Masjid telah didaftarkan dan menjadi anggota ANGKASA, manakala terdapat 93 buah masjid di Kuala Lumpur yang berpotensi menyertai inisiatif tersebut. Turut hadir, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Timbalan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fadzli Mat Lahim, Pegawai Latihan Kanan IKMa, Puan Rina Fairuz Yahya dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman. 2 Hero Empire, Hoco Malaysia, LMK Moto Bikers Sdn. Bhd. dan LG Electronics (M) Sdn. Bhd. Majlis Menandatangani Usahasama Rakan Niaga Koperasi KOGUMA Berhad itu telah disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan Koperasi KOGUMA Berhad yang sentiasa proaktif dalam mencipta peluang serta berani menjalinkan kolaborasi bersama syarikat berprofil tinggi untuk manfaat anggota dan masa depan koperasi. "Peluang meneroka perniagaan dan potensi untuk memula, mengembang dan melabur dalam perniagaan baharu atau sedia ada terbuka luas untuk koperasi mengambil bahagian. Ini termasuk mengenal pasti keperluan pasaran, mengembangkan produk dan perkhidmatan inovatif serta mencari pasaran baharu," ujarnya. Beliau berharap, langkah Koperasi KOGUMA Berhad dalam membentuk sinergi perniagaan dengan entiti luar terutama syarikat berprestasi cemerlang boleh menjadi pencetus kepada usaha mengembangkan lagi potensi perniagaan koperasi, seterusnya memberi dorongan kepada koperasi lain untuk mengambil langkah yang sama dan bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi KOGUMA Berhad, Haji Nor Adzmi Baba.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mewakili Presiden ANGKASA, menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Haji Hanifuddin Roslan sambil diiringi oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (empat dari kiri) dan delegasi.

Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2025. Delegasi diketuai Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail

ANGKASA bersama

Negeri

Wilayah

Persekutuan

Bahagian dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA Pembangunan

Koperasi KOGUMA Berhad Jalin Usaha Sama Perniagaan Bersama 10 Syarikat

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama 10 rakan niaga pada Majlis Menandatangani Usaha Sama Rakan Niaga Koperasi KOGUMA Berhad bertempat di Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025. Turut sama ialah Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (belakang, tiga dari kanan) dan Pengerusi KOGUMA Berhad, Haji Nor Adzmi Baba (belakang, tiga dari kiri).

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pakej perkahwinan, perkhidmatan perunding program latihan, kit jenazah, pembuatan perabot dan percetakan, permotoran dan aksesori, aksesori peranti mudah alih dan peralatan elektrik. Rakan niaga strategik tersebut adalah WAIX Technologies Sdn. Bhd., Enak Rasa Sdn. Bhd., Commbax Sdn. Bhd., Gading Kencana Sdn. Bhd., HES Global Solutions, Bluefrog Resources, Xero

Koperasi KOGUMA Berhad terus mengorak langkah lebih ke hadapan dengan menjalin usahasama strategik bersama 10 rakan niaga terpilih dalam pelbagai bidang perniagaan. Jalinan kolaborasi perniagaan tersebut melibatkan pendidikan digital, peralatan

INFO SEMASA

14

Wadah

JUN 2025

YIA Bantu 29 Asnaf Terpilih Tunaikan Ibadah Korban

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama penerima sumbangan Program Infaq Qurban Qaseh 2025 anjuran Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan kerjasama Persatuan Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di Surau PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur pada 5 Jun 2025.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

YIA dalam membudayakan semangat berinfaq, bahkan memperlihatkan usaha berterusan yayasan tersebut dalam membela kebajikan golongan memerlukan dan memperkukuh perpaduan ummah melalui pendekatan kebajikan yang inklusif. “Melalui program ini, bukan sahaja peserta yang mendapat manfaat, malah komuniti setempat turut menerima impak positif, sambil kita mempromosikan peranan koperasi dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat. “Insya-Allah, pada tahun hadapan, kami menyasarkan penyertaan seramai 100 orang asnaf yang akan berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban,” katanya. Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Shapie Idris. Terdahulu, haiwan korban berkenaan telah diserahkan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah kepada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga PPR Kampung Muhibbah, Encik Norefendi Darus dalam satu majlis yang berlangsung di lokasi yang sama pada 5 Jun 2025. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA merangkap Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji

Sebanyak empat ekor lembu dan dua ekor kambing biri-biri telah dikorbankan dalam Program Infaq Qurban Qaseh 2025 anjuran Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah bertempat di Surau An-Nur, PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur pada 7 Jun 2025. Aktiviti penyembelihan dijalankan sejurus selesai solat sunat Aidiladha dan turut dihadiri oleh Pengasas YIA merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau turut menyempurnakan agihan daging korban kepada golongan asnaf yang terlibat. Menurutnya, program yang julung kali diadakan oleh YIA itu bertujuan memberi peluang kepada 29 orang golongan asnaf terpilih untuk melaksanakan ibadah korban — satu peluang bermakna yang sebelum ini mungkin sukar dicapai oleh golongan berkenaan. Sumbangan haiwan korban yang dianggarkan bernilai RM24,000.00 adalah hasil sumbangan daripada ANGKASA, warga kerja dan anak syarikatnya, koperasi serta masyarakat umum. Tambah beliau, program tersebut bukan sahaja mencerminkan komitmen

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan agihan daging korban kepada orang ramai.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyaksikan aktiviti sembelihan lembu korban sejurus selepas selesai solat sunat Aidiladha.

Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd. Sa’ad dan Penolong Pegawai Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Muhammad Asyraf Jalalaluddin.

PENGANTARABANGSAAN

15

Wadah

JUN 2025

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Rasmi Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Pertama di Cebu, Filipina

dengan One Dakwah Foundation , Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia . Dengan kewujudan Koperasi Kariah Masjid di wilayah tersebut, ia menjadi titik permulaan kepada penglibatan aktif komuniti Islam dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, sekali gus mengangkat taraf sosioekonomi umat Islam dan mualaf yang dianggarkan berjumlah kira-kira 5,000 orang. Langkah penubuhan Koperasi Kariah Masjid di wilayah itu akan terus diperluas ke seluruh rangkaian masjid dan Pusat Islam di bawah kendalian Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia dengan sokongan One Dakwah Foundation of Philippines yang merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan. Mengikut rekod, Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia adalah antara NGO yang aktif dalam menyantuni umat Islam di Pulau Cebu, Negros dan Leyte dalam menyelia lebih 80 buah masjid dan Pusat Islam sejak 10 tahun lalu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Briged Bakti Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden Ummah Care Malaysia merangkap Naib Presiden Briged Bakti Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria, Ketua Bahagian Koperasi National Council on Muslim Filipino (NCMF), Mr. Almojin D Pandapatan, Setiausaha Cebu Care Society yang juga Pengurus masjid berkenaan, Haji Kamal, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selepas merasmikan Ummatan Wasathan Halal Consumers Cooperative di Pulau Olango, Lapu-Lapu City, Filipina. Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha (kanan sekali) dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman (kiri sekali).

Usaha memperluas penubuhan Koperasi Kariah Masjid di peringkat antarabangsa khususnya di negara yang memiliki kependudukan Muslim terus dipergiat ANGKASA apabila Koperasi Kariah Masjid pertama di Cebu, Filipina ditubuhkan pada 8 Julai 2025 lalu. Majlis perasmian penubuhan Ummatan Wasathan Halal Consumers Cooperative yang terletak di Pulau Olango, Lapu-Lapu City, Filipina

itu telah disempurnakan oleh Presiden ASEAN Co-operatives Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan dihadiri oleh sebahagian komuniti Islam di wilayah tersebut. Penubuhan Koperasi kariah masjid yang diadakan bertempat di Masjid Al-Hidayah, Pulau Olango, Lapu-Lapu City tersebut adalah hasil kerjasama dan sokongan padu antara ANGKASA

Masjid Al-Ummah Sedia Tubuh Koperasi Kariah Masjid Kelima di Filipina

Anggota Jawatankuasa Masjid Al-Ummah yang terletak di Daerah Badian, Cebu, Filipina merancang untuk menubuhkan Koperasi Kariah Masjid dan sekiranya berjaya direalisasikan, koperasi tersebut bakal menjadi Koperasi Kariah Masjid kelima ditubuhkan di Filipina. Hasrat tersebut telah dinyatakan oleh mereka sewaktu menerima kunjungan delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke masjid berkenaan pada 9 Jun 2025. Peningkatan umat Islam yang ketara di daerah tersebut selain wujudnya Pusat Islam Badian sejak 2021 telah membawa kepada penubuhan Masjid Al-Ummah yang turut disenaraikan sebagai antara lokasi persinggahan pelancong Islam dari luar negara untuk singgah menunaikan solat. Selain pusat ibadah, masjid tersebut yang mula dibina pada tahun 2023 turut menjalankan operasi pengajian tahfiz bagi melatih anak-anak penduduk Islam tempatan membaca Al-Quran dan memahami Islam. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan taklimat berkaitan kelebihan menubuhkan Koperasi Kariah Masjid berkata, terdapat kira-kira 4,000 penduduk Islam di sekitar kawasan tersebut dan mereka bukan sekadar perlu dibantu dari sudut keagamaan, malah dari sudut sosioekonomi seperti membangunkan program ekonomi setempat terutamanya berkaitan industri makanan halal melalui saluran koperasi. Sempena lawatan tersebut juga, beberapa program sampingan telah diadakan bersama masyarakat Islam seperti majlis korban dan agihan daging korban, majlis syahadah untuk mualaf dan sumbangan tudung serta beras. Majlis tersebut dijalankan dengan kerjasama Ummah Care Malaysia dan Briged Bakti Malaysia. Hadir sama ialah Presiden Briged Bakti Malaysia, Dato' Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden Ummah Care Malaysia merangkap Naib Presiden Briged Bakti Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria, Ketua Bahagian Koperasi National Council on Muslim Filipino (NCMF), Mr. Almojin D Pandapatan, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman dan Imam Masjid Al-Ummah, Ustaz Alimuddin Luganao.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan agihan daging korban kepada sebahagian komuniti Islam tempatan di Masjid Al-Ummah, Badian, Cebu, Filipina.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease