WADAH PELANCAR EDISI JUN 2025

PENGANTARABANGSAAN

15

Wadah

JUN 2025

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Rasmi Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Pertama di Cebu, Filipina

dengan One Dakwah Foundation , Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia . Dengan kewujudan Koperasi Kariah Masjid di wilayah tersebut, ia menjadi titik permulaan kepada penglibatan aktif komuniti Islam dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, sekali gus mengangkat taraf sosioekonomi umat Islam dan mualaf yang dianggarkan berjumlah kira-kira 5,000 orang. Langkah penubuhan Koperasi Kariah Masjid di wilayah itu akan terus diperluas ke seluruh rangkaian masjid dan Pusat Islam di bawah kendalian Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia dengan sokongan One Dakwah Foundation of Philippines yang merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan. Mengikut rekod, Briged Bakti Malaysia dan Ummah Care Malaysia adalah antara NGO yang aktif dalam menyantuni umat Islam di Pulau Cebu, Negros dan Leyte dalam menyelia lebih 80 buah masjid dan Pusat Islam sejak 10 tahun lalu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Briged Bakti Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden Ummah Care Malaysia merangkap Naib Presiden Briged Bakti Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria, Ketua Bahagian Koperasi National Council on Muslim Filipino (NCMF), Mr. Almojin D Pandapatan, Setiausaha Cebu Care Society yang juga Pengurus masjid berkenaan, Haji Kamal, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selepas merasmikan Ummatan Wasathan Halal Consumers Cooperative di Pulau Olango, Lapu-Lapu City, Filipina. Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha (kanan sekali) dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman (kiri sekali).

Usaha memperluas penubuhan Koperasi Kariah Masjid di peringkat antarabangsa khususnya di negara yang memiliki kependudukan Muslim terus dipergiat ANGKASA apabila Koperasi Kariah Masjid pertama di Cebu, Filipina ditubuhkan pada 8 Julai 2025 lalu. Majlis perasmian penubuhan Ummatan Wasathan Halal Consumers Cooperative yang terletak di Pulau Olango, Lapu-Lapu City, Filipina

itu telah disempurnakan oleh Presiden ASEAN Co-operatives Organization (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan dihadiri oleh sebahagian komuniti Islam di wilayah tersebut. Penubuhan Koperasi kariah masjid yang diadakan bertempat di Masjid Al-Hidayah, Pulau Olango, Lapu-Lapu City tersebut adalah hasil kerjasama dan sokongan padu antara ANGKASA

Masjid Al-Ummah Sedia Tubuh Koperasi Kariah Masjid Kelima di Filipina

Anggota Jawatankuasa Masjid Al-Ummah yang terletak di Daerah Badian, Cebu, Filipina merancang untuk menubuhkan Koperasi Kariah Masjid dan sekiranya berjaya direalisasikan, koperasi tersebut bakal menjadi Koperasi Kariah Masjid kelima ditubuhkan di Filipina. Hasrat tersebut telah dinyatakan oleh mereka sewaktu menerima kunjungan delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke masjid berkenaan pada 9 Jun 2025. Peningkatan umat Islam yang ketara di daerah tersebut selain wujudnya Pusat Islam Badian sejak 2021 telah membawa kepada penubuhan Masjid Al-Ummah yang turut disenaraikan sebagai antara lokasi persinggahan pelancong Islam dari luar negara untuk singgah menunaikan solat. Selain pusat ibadah, masjid tersebut yang mula dibina pada tahun 2023 turut menjalankan operasi pengajian tahfiz bagi melatih anak-anak penduduk Islam tempatan membaca Al-Quran dan memahami Islam. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan taklimat berkaitan kelebihan menubuhkan Koperasi Kariah Masjid berkata, terdapat kira-kira 4,000 penduduk Islam di sekitar kawasan tersebut dan mereka bukan sekadar perlu dibantu dari sudut keagamaan, malah dari sudut sosioekonomi seperti membangunkan program ekonomi setempat terutamanya berkaitan industri makanan halal melalui saluran koperasi. Sempena lawatan tersebut juga, beberapa program sampingan telah diadakan bersama masyarakat Islam seperti majlis korban dan agihan daging korban, majlis syahadah untuk mualaf dan sumbangan tudung serta beras. Majlis tersebut dijalankan dengan kerjasama Ummah Care Malaysia dan Briged Bakti Malaysia. Hadir sama ialah Presiden Briged Bakti Malaysia, Dato' Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden Ummah Care Malaysia merangkap Naib Presiden Briged Bakti Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria, Ketua Bahagian Koperasi National Council on Muslim Filipino (NCMF), Mr. Almojin D Pandapatan, Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman dan Imam Masjid Al-Ummah, Ustaz Alimuddin Luganao.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan agihan daging korban kepada sebahagian komuniti Islam tempatan di Masjid Al-Ummah, Badian, Cebu, Filipina.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease