WADAH PELANCAR EDISI JUN 2025

PENGANTARABANGSAAN

18

Wadah

JUN 2025 Presiden ANGKASA Hadir Majlis Sambutan Kemerdekaan ke-107 Azerbaijan

Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN

Pengurus Seksyen Pembangunan Perniagaan Antarabangsa / ASEAN Co-operative Organization Bahagian Antarabangsa

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah hadir bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan Republik Azerbaijan yang ke-107 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2025. Majlis sambutan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd. Nor. Sebelum itu, pihak ANGKASA telah menerima jemputan rasmi daripada Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Mr. Irfan Davudov. Jemputan yang diterima itu juga adalah lanjutan daripada program advokasi berkaitan penubuhan Majlis Kerjasama Koperasi OIC ( OIC Co-operative Union ) pada bulan April 2025. Pihak Azerbaijan dilihat begitu positif dalam menyokong hasrat ANGKASA untuk membina sebuah platform bagi mengukuhkan kedudukan sosioekonomi penduduk Muslim seluruh dunia melalui gerakan koperasi. Bagi ANGKASA, kerjasama tersebut merupakan satu pengiktirafan daripada Republik Azerbaijan terhadap gerakan koperasi di Malaysia selain mencari solusi bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk Muslim peringkat global, seterusnya menggalakkan kerajaan republik tersebut untuk melihat gerakan koperasi sebagai salah satu wadah pembangunan ekonomi yang boleh diterokai pada masa hadapan. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berkesempatan bertemu dan berbual bersama dengan Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, TYT Mr. Bulat Sugurbayev bagi menyampaikan hasrat untuk bertemu pihak kedutaan negara tersebut dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan penubuhan OIC-CU, seterusnya mendapatkan sokongan daripada Kazakhstan terhadap program advokasi yang dijalankan oleh ANGKASA.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) dan Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad (kanan) bergambar bersama Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Mr. Irfan Davudov dalam Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Azerbaijan ke-107 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2025.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir (tengah) dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd. Nor.

Berdasarkan data daripada Buitenland , terdapat 3,911 buah koperasi di negara tersebut dengan 39,400 anggota. Majoriti koperasi di negara itu terlibat dalam bidang agrikultur. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga turut bertemu dengan Duta Besar Georgia ke Malaysia, TYT Mr. Irakli Asashvili dan kesempatan tersebut digunakan berbincang berkenaan peluang yang dapat diterokai oleh gerakan koperasi di negara tersebut. Georgia merupakan sebuah negara majoriti Kristian yang mempunyai lebih daripada 300 buah koperasi dan lebih 50 buah koperasi di negara tersebut menjadikan pembekalan sumber tenaga elektrik sebagai perniagaan utama mereka. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Agroberichten yakin bahawa terdapat potensi yang dapat diterokai melalui program advokasi dan kerjasama bersama negara-negara OIC dan dalam masa terdekat juga, pihak ANGKASA akan mengadakan satu perbincangan bersama dengan Azerbaijan Export and İnvestment Promotion Agency (AZPROMO), sebuah agensi bawah Kementerian Ekonomi negara tersebut bagi tujuan eksplorasi peluang perniagaan gerakan koperasi. Wakil ANGKASA yang hadir mengiringi Presiden ANGKASA ialah Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersalaman dengan Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, TYT Mr. Bulat Sugurbayev.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbual mesra bersama Duta Besar Georgia ke Malaysia, TYT Mr. Irakli Asashvili.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease