INFO SEMASA
3
Wadah
JUN 2025
YB Datuk Ewon bercakap di sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran BKK’25.
“Dengan usia mencecah 103 tahun pada tahun ini, bilangan koperasi telah meningkat kepada 16,284 buah dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang. Selain itu, gerakan koperasi negara telah mencatatkan perolehan sebanyak RM68.1 bilion. Dalam masa yang sama, kejayaan gerakan koperasi menceburi pelbagai sektor ekonomi telah berjaya meningkatkan pengumpulan modal syer dan
yuran kepada RM18.3 bilion dengan penjanaan aset berjumlah RM173.3 bilion,” ujarnya. Hadir sama ialah Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Bulan Koperasi Kebangsaan disambut bersempena dengan Hari Koperasi Antarabangsa atau International Day of Cooperatives yang ditetapkan oleh International Cooperative Alliance (ICA) dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diraikan pada hari Sabtu pertama bulan Julai setiap tahun. Sambutan itu bertujuan mengiktiraf serta menyemarakkan semangat kerjasama dan kekuatan kolektif masyarakat melalui platform koperasi, selain meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan berorganisasi secara koperasi dalam menghadapi cabaran semasa.
Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias.
Diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan, Bulan Koperasi Kebangsaan turut menjadi manifestasi penghargaan terhadap sumbangan signifikan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi negara yang merangkumi pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Sebanyak 20 program akan dilaksanakan sepanjang Julai ini sempena sambutan tersebut. Hari Koperasi Negara 2025 Peringkat Kebangsaan pula dijadual berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) dari 25 hingga 27 Julai 2025, dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dari Meja Presiden
Sekiranya kerjasama seperti itu dapat dijalin, sebuah jaringan yang lebih mampan boleh menjadi simbol harapan dan kekuatan kepada sektor perniagaan koperasi sekali gus menjadikan produk dan perkhidmatan yang dijual akan lebih berdaya saing dan diterima oleh masyarakat pengguna. Demi merancakkan lagi semangat berkoperasi dan saling cakna antara satu sama lain, ANGKASA telah menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan khidmat sokongan mengikut keperluan semasa. Semoga usaha yang kita jalankan dapat melakar kejayaan yang lebih sempurna dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan koperasi atas tanggungjawab dan peranan yang telah anda berikan.
Tanggungjawab barisan kepimpinan antara koperasi bagi membentuk rantaian nilai keusahawanan sangat perlu diberi perhatian secara lebih serius. Hal tersebut dilihat sebagai amat wajar terutamanya dalam usaha untuk menjadikan koperasi saling membantu menangani situasi terutamanya apabila berhadapan dengan isu persaingan, kos logistik dan juga pemasaran. Hakikatnya, gerakan koperasi di Malaysia mampu mencapai persefahaman secara berjemaah sekiranya setiap anggota koperasi dapat berperanan secara lebih aktif dan bersama-sama berusaha untuk membina matlamat. Selain itu, pegangan yang kukuh berasaskan prinsip koperasi itu sendiri perlu diterjemah dan diperkasakan supaya dapat terus memberi khidmat dengan lebih baik demi pembangunan sosioekonomi anggota dan masyarakat.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease