RENCANA
4
Wadah
JUN 2025
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Presiden ANGKASA Presiden Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS)
Hotel At-Taqwa Inn, milik Koperasi Kariah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad di Pulau Pinang.
ANGKASA komited dalam usaha memperhebat kempen penubuhan Koperasi Kariah Masjid secara agresif dan menyeluruh di seluruh negara sebagai satu agenda nasional dalam memperkukuh ekonomi ummah berteraskan institusi masjid. Usaha tersebut mendapat sokongan padu dan kerjasama erat daripada Pejabat Agama Islam Negeri (PAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ANGKASA bagi meningkatkan kapasiti dan keberkesanan masjid sebagai pusat pembangunan ilmu dan ekonomi masyarakat setempat, seterusnya mengangkat masjid sebagai teras pembangunan sosioekonomi umat Islam. Dengan terbinanya masjid di Malaysia yang berjumlah 6,828 buah telah mendorong ANGKASA menyasarkan penubuhan sejumlah 1,000 Koperasi Kariah Masjid berdaftar seluruh negara pada tahun 2025. Hal tersebut selaras dengan aspirasi menjadikan masjid bukan sekadar pusat ibadah, malah berperanan sebagai institusi dinamik yang menggerakkan aktiviti ekonomi, keusahawanan serta kebajikan ummah secara lestari dan sistematik ke arah pembentukan komuniti Islam yang berdikari, progresif dan sejahtera.
Bangunan Koperasi Kariah Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (KOYAQIN) mula diduduki oleh koperasi itu pada 1 Januari 2022.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Parlimen Sg. Buloh, Encik Kyrie Azri (tiga dari kanan) dan tetamu lain ketika Majlis Perasmian Dobi Masjid milik KONSORMAS dan diuruskan oleh Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad (COOPMSU) pada 7 September 2024.
Pusat Aktiviti KOMAQ milik Koperasi Kariah Masjid Al-Quddus Sri Wangi Kuching Berhad, Sarawak menempatkan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan dobi dan salun kecantikan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease