RENCANA
6
Wadah
JUN 2025
Oleh: RAHMAT MOHD DID
Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Perniagaan ANGKASA
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik memberi penerangan mengenai perniagaan baharu projek semaian benih koko kepada koperasi berminat dalam Program Pembangunan Koko 2022 di Pusat Penyelidikan Koko Bagan Datuk, Perak pada 24 hingga 26 November 2022.
Perkembangan industri koko di Malaysia menunjukkan kecenderungan positif, bukan sahaja dari segi pertanian koko huluan malah juga pemerkasaan hiliran dan eksport. Kini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) muncul sebagai salah satu pemudah cara ( enabler ) utama dalam memperkukuh ekosistem industri koko negara. ANGKASA merupakan badan puncak koperasi yang berperanan dalam pembangunan pergerakan koperasi di Malaysia, juga bertindak sebagai pemangkin inovasi dan penyelaras pelaksanaan dasar koperasi dalam pelbagai sektor, termasuk agrikomoditi. Dalam konteks industri koko, peranan ini diterjemahkan melalui penyertaan aktif ANGKASA dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam projek pembangunan kluster koko serta jalinan
kerjasama antarabangsa untuk memperluaskan peluang perniagaan dan teknologi. ANGKASA turut menyokong penubuhan dan pengoperasian koperasi kluster koko di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Koperasi yang terlibat berfungsi sebagai hab pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran hasil koko dari pekebun kecil setempat. Peranan koperasi yang dipandu oleh ANGKASA ini membolehkan pekebun kecil memperoleh nilai tambah yang lebih tinggi berbanding penjualan hasil mentah secara individu. Koperasi Kluster Koko Sabah Berhad dan Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad merupakan contoh kejayaan pelaksanaan model ini. Seramai 609 pekebun kecil koko telah disatukan dalam kluster, membekalkan hasil kepada kompleks pemprosesan yang
menghasilkan produk berjenama sendiri seperti Highland Single Origin Cocoa . Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan anggota koperasi malah juga memperkukuh jenama koko Malaysia di pasaran domestik dan luar negara. Di Sarawak pula, konsep farm to table diterapkan melalui Kompleks Kluster Koko Kota Samarahan, yang turut berperanan sebagai pusat agropelancongan. ANGKASA menyokong koperasi dengan memberikan khidmat rundingan, latihan keusahawanan serta fasilitasi pemasaran untuk membolehkan produk coklat buatan tempatan menembusi pasaran komersial secara lebih efektif. Peranan ANGKASA dalam memperkasa usahawan muda turut diperlihatkan melalui penglibatan Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) dan Koperasi Kluster
Koko Semenanjung Berhad (KKKSeB) dalam Program Inkubator Koko. Melalui program ini, koperasi digalakkan untuk membuka ruang kepada usahawan mikro dan kecil dalam bidang pemprosesan coklat, seterusnya memperluas rantaian nilai koko secara inklusif. Inisiatif ANGKASA ini juga sejajar dengan aspirasi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui LKM untuk menambah luas kawasan tanaman koko dan menghidupkan semula
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman sebagai panel dalam Malaysian International Cocoa Conference di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Mei 2025.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease