WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025 - SISIPAN KHAS KOSISWA

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

2 PRAKATA

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

PRAKATA

Salam Malaysia MADANI

Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Mesyuarat Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.1/2025 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini merupakan satu platform strategik untuk mengukuhkan daya saing gerakan koperasi negara selaras dengan Dasar Koperasi Malaysia (DKM) 2030 dan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi yang inklusif. Dalam konteks menjayakan Malaysia MADANI, koperasi memainkan peranan penting sebagai tulang belakang ekonomi rakyat. Konsep MADANI yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan enam teras utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Kesemua nilai ini selari dengan prinsip dan falsafah koperasi yang berteraskan keadilan, kerjasama dan pembangunan bersama iaitu ‘Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama’. Koperasi Siswa (KOSISWA) memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Peranan KOSISWA tidak hanya terbatas sebagai entiti perniagaan malah juga sebagai institusi pembangunan modal insan yang melahirkan pemimpin masa hadapan yang berintegriti, kreatif dan berdaya saing. Melalui KOSISWA juga, mahasiswa bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran keusahawanan, malah juga dilatih untuk memahami nilai-nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan kepimpinan yang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kerajaan komited dalam menyokong pembangunan koperasi mahasiswa dengan pelbagai inisiatif, termasuk latihan, pembiayaan, jaringan kolaborasi dengan industri dan agensi berkaitan. Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan berdaya tahan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih inklusif dan mampan. Selain itu, usaha memperkasakan koperasi siswa juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan ekonomi rakyat berasaskan keadilan dan kemakmuran bersama. Melalui koperasi, mahasiswa bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup, malah juga menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Koperasi siswa boleh menjadi platform untuk melaksanakan projek-projek sosial yang memberi manfaat kepada komuniti setempat, seterusnya merealisasikan nilai-nilai ihsan dan kesejahteraan yang menjadi teras Malaysia MADANI. Saya yakin bahawa Sisipan Khas KOSISWA 2025 ini akan menjadi sumber rujukan penting dalam mendokumentasikan perkembangan gerakan koperasi, khususnya dalam kalangan mahasiswa. Diharapkan perkongsian pengalaman, ilmu dan strategi yang dibentangkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak koperasi untuk berkembang maju. Akhir kata, tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam penerbitan sisipan ini. Semoga usaha ini terus memperkukuh peranan koperasi dalam ekosistem sosioekonomi negara, sekaligus menyumbang kepada kejayaan agenda Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih.

YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Sidang Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Faah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3 RENCANA

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Transformasi KOSISWA Menuju Aspirasi Malaysia Madani

K operasi Siswa (KOSISWA) merupakan sebahagian daripada ekosistem koperasi negara yang berfungsi sebagai platform utama bagi melatih mahasiswa dalam bidang keusahawanan, pengurusan perniagaan dan kepimpinan koperasi. KOSISWA bukan sahaja memainkan peranan dalam menjana pendapatan bagi mahasiswa, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi institusi pendidikan tinggi. Dalam konteks yang lebih luas, KOSISWA juga menjadi salah satu wahana penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan ekonomi yang inklusif, mampan dan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan. Inisiatif ANGKASA dalam Memperkasakan KOSISWA Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ANGKASA melalui Bahagian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan perniagaan KOSISWA, termasuk: 1. Program Pemerkasaan KOSISWA – Program ini menyediakan pelbagai latihan dan bimbingan kepada mahasiswa dalam aspek tadbir urus koperasi, model perniagaan inovatif dan strategi pemasaran yang berkesan. Program tersebut selaras dengan teras MADANI iaitu daya cipta dan kemampanan mahasiswa yang dilatih untuk menjadi usahawan yang kreatif dan berdaya tahan. 2. Geran dan Tabung Modal Pusingan – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediakan geran dan tabung modal pusingan bagi menyokong pertumbuhan koperasi mahasiswa. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi rakyat yang berasaskan keadilan dan kemakmuran bersama selaras dengan prinsip kesejahteraan dalam Malaysia MADANI. 3. Pembangunan Rangkaian dan Kolaborasi – Hubungan strategik antara KOSISWA dengan koperasi dewasa, syarikat korporat dan agensi kerajaan telah membuka lebih banyak peluang perniagaan dan latihan kepada mahasiswa. Melalui kolaborasi tersebut, mahasiswa didedahkan kepada amalan terbaik dalam perniagaan dan kepimpinan, sekaligus

Perancangan Masa Hadapan Sebagai langkah untuk memperkukuh peranan KOSISWA, ANGKASA telah merangka beberapa inisiatif jangka panjang, antaranya: 1. ANGKASA-UMKResearchAcademy (AURA) – Pusat ini akan menjadi pusat latihan utama bagi memperkasakan kemahiran kepimpinan dan keusahawanan mahasiswa. Melalui akademi ini, mahasiswa akan dilatih untuk menjadi pemimpin koperasi yang berintegriti dan berdaya saing, selaras dengan nilai-nilai MADANI seperti hormat dan keyakinan. 2. Program Pengantarabangsaan KOSISWA strategik – ANGKASA akan mempergiat usaha untuk membawa koperasi mahasiswa ke pasaran global. Ini termasuk penyertaan dalam pameran antarabangsa, program pertukaran pelajar dan kerjasama dengan koperasi luar negara. 3. Penerapan Teknologi dan Digitalisasi – Dalam era Revolusi Industri 4.0, ANGKASA akan memastikan KOSISWA menerapkan teknologi dan digitalisasi dalam model perniagaan mereka termasuk penggunaan platform e-dagang, sistem pengurusan digital dan inovasi dalam produk dan perkhidmatan. 4. Bengkel dan Webinar Berterusan – ANGKASA akan meneruskan pelaksanaan bengkel keusahawanan, latihan kepimpinan dan kursus digitalisasi untuk KOSISWA bagi memastikan koperasi mahasiswa terus berkembang secara mampan dan berdaya saing. Kesimpulan Dengan adanya strategi yang jelas dan sokongan menyeluruh, KOSISWA boleh menjadi pencetus perubahan dalam landskap ekonomi mahasiswa dan melahirkan generasi usahawan koperasi yang kompetitif. Melalui kerjasama erat antara ANGKASA, kerajaan dan institusi pendidikan tinggi, KOSISWA bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, malah turut menjadi salah satu tonggak dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI .

menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti. Selain itu, Bahagian Pendidikan ANGKASA juga telah melaksanakan pelbagai bengkel dan webinar untuk memperkasakan koperasi mahasiswa, antaranya: • Bengkel Pembangunan Perniagaan Koperasi IPT (2016, 2017, 2023, 2024). •Konvensyen Koperasi Siswa Malaysia (2018). • Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan (2019). • Webinar Pemerkasaan KOSISWA IPT (2021, 2022). • Bengkel Kedai Online untuk Pemasaran Digital Koperasi Siswa (2021). • Pensijilan Profesional Pengurusan Koperasi untuk Pelajar UMK (2022). • Bengkel Pemadanan Perniagaan Koperasi Belia/IPT (2022, 2023). • Bengkel Pemerkasaan Keusahawanan Belia dalam Era Digitalisasi (2024). Program tersebut membuktikan komitmen ANGKASA dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal dalam keusahawanan malah juga pemikiran strategik dan daya saing global. ANGKASA telah memulakan inisiatif untuk membawa KOSISWA ke persada global menerusi program seperti: • Sukarelawan KOSISWA di ICA Global Conference and General Assembly 2017. • Global Youth Forum Cooperative Entrepreneurship (2020). • Lawatan Kajian Koperasi oleh Singapore National Co-operative Federation (SNCF) ke Malaysia (2016). Program pengantarabangsaan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari model koperasi global dengan menjalin rangkaian antarabangsa dan membina kerjasama strategik yang mampu memperkasakan perniagaan mereka.

RENCANA 4

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Datuk Rusli Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Memperkasa Ekonomi Mahasiswa Menerusi Koperasi D alam agenda pemerkasaan ekonomi, koperasi menjadi salah satu saluran pembangunan dan pengukuhan untuk agensi berkepentingan dalam bidang keusahawanan seperti Tekun Nasional, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

menjana ekonomi dalam kalangan mahasiswa kampus masing-masing. Penglibatan mahasiswa dalam sektor koperasi juga adalah peringkat permulaan bagi mahasiswa IPT tersebut menceburi bidang keusahawanan dan kepimpinan dalam masyarakat. Antaranya menerusi aktiviti dan projek yang menjana ekonomi seperti pertanian, perladangan, pelancongan, penternakan, perkhidmatan, perindustrian dan peruncitan. Peluang sebegini berupaya memberi impak positif kepada mahasiswa itu sendiri. Golongan mahasiswa juga perlu merebut peluang bukan sahaja untuk memperkaya ilmu tentang keusahawanan malah menerapkan nilai kepimpinan melalui koperasi, seseorang mahasiswa akan dilatih untuk mentadbir koperasi dengan baik, menguruskan rekod kewangan dan pemimpin koperasi. Mereka juga dilatih untuk mematuhi setiap peraturan dan peruntukan dalam Akta Koperasi seperti menjalankan mesyuarat agung tahunan, mengemaskini rekod-rekod serta dilatih menjadi seorang yang berintegriti dan amanah dalam mengendalikan koperasi. Selain itu, golongan mahasiswa merupakan pelapis masa depan serta penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Koperasi turut menjadi ejen penting dalam menyatupadukan rakyat menerusi konsep keuntungan bersama yang boleh memberi impak positif terhadap sistem sosial dan komuniti setempat kalangan warga kampus. Sebagai contoh, dengan kewujudan CoopMart yang diusahakan oleh koperasi mahasiswa boleh memberi kemudahan kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain untuk mendapatkan keperluan barangan begitu juga jika koperasi tersebut menjalankan perkhidmatan dobi di kolej-kolej kediaman.

memperluas aktiviti perniagaan koperasi. Untuk mencapai objektif bagi memperkukuh sektor koperasi, kerajaan telah merangka beberapa dasar yang antara tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman berkoperasi dalam kalangan masyarakat. Inisiatif itu juga adalah bagi menjadikan koperasi sebagai organisasi yang mampu membantu menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan sosial serta menjadikan gerakan koperasi sebagai wahana yang berdaya saing dan mapan. Kesan atas perkara tersebut akhirnya dapat menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat berdasarkan prinsip koperasi. Selain itu, untuk meningkatkan pembudayaan koperasi dalam kalangan masyarakat di negara ini, penubuhan koperasi di peringkat pelajar sekolah dan golongan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta amat digalakkan sebagai platform terbaik untuk melatih pelajar dengan amalan perniagaan sebenar dan menitikberatkan keperluan untuk menjadi usahawan. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga mendapat kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melibatkan golongan mahasiswa dalam aktiviti koperasi sebagai platform untuk menjalankan perniagaan. KPT telah mewujudkan pelbagai program kolaborasi bersama pihak swasta termasuk program Industry@University selain menjalin kerjasama strategik bersama

KPT juga telah memperkenalkan Projek University to Community (UTC) yang merupakan satu program keusahawanan yang akan digerakkan dengan menggunakan model keusahawanan sosial. Program ini akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Centre For Entrepreneur Development And Research (CEDAR). Antara program lain yang dilaksanakan ialah Program KPT-MEDAC: Siswapreneur dengan kerjasama Tekun Nasional yang juga program pembiayaan mikro khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta pada tahun ini. Program-program ini bertujuan untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup lebih memberi implikasi terutama kepada golongan belia dan mahasiswa memandangkan golongan ini golongan dalam fasa pembentukan kehidupan yang paling mencabar. Hakikatnya, gerakan koperasi di Malaysia merupakan salah satu penyumbang dalam pembangunan ekonomi negara dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perkhidmatan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan pembangunan hartanah. Aktiviti berkoperasi harus diwujudkan di peringkat IPT dalam kalangan mahasiswa mengikut kampus masing-masing demi menjamin pertubuhan koperasi selaras dengan kehendak golongan mahasiswa agar dapat

RENCANA 5

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Datuk Mohd. Ali Mansor Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

Dari Kampus Ke Pasaran: KOSISWA Sebagai Pemacu Masa Depan Mahasiswa K operasi Siswa (KOSISWA) bukan sekadar koperasi biasa, ia adalah platform emas bagi mahasiswa di Institusi Pengajian

Tinggi untuk meneroka dunia keusahawanan dan pengurusan perniagaan. Ini terbukti dengan Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) telah memenangi Anugerah Khas: Koperasi Siswa Harapan 2024 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Anugerah Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) & Anugerah Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh ANGKASA. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) akan terus memainkan peranannya dalam membantu KOSISWA berkembang melalui latihan dan pendidikan yang disediakan. IKMa komited untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai kemahiran kepimpinan, pengurusan koperasi yang berkesan serta strategi menjana keuntungan secara mampan dan berdaya saing. IKMa juga menganjurkan Sesi Libat Urus Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOSISWA sebagai ruang perbincangan bagi mengenal pasti cabaran, berkongsi pengalaman, serta memahami aspek tadbir urus koperasi. Sesi ini turut memberi peluang kepada ALK untuk mendapatkan bimbingan teknikal, khidmat nasihat dan latihan asas yang bersesuaian bagi membantu pengurusan koperasi mereka. Sebagai contoh, pada penghujung tahun 2024, IKMa telah menganjurkan sesi libat urus

Kursus wajib bersama KOSISWA Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kursus dan Pentadbiran Koperasi misalnya, memberikan pendedahan Pengurusan menyeluruh tentang selok-belok tadbir urus koperasi yang efisien dan profesional manakala Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi membimbing peserta dalam memahami aspek kewangan secara lebih mendalam bermula dari analisis penyata kewangan hinggalah kepada strategi pengurusan modal kerja yang mampan. IKMa percaya bahawa usaha memperkasakan koperasi siswa akan diteruskan dengan

Penglibatan IKMa dalam bidang keusahawanan anjuran kementerian.

lebih tersusun pada tahun 2025. Kem Kepimpinan KOSISWA yang dirancang akan memberi fokus kepada latihan yang lebih praktikal dan berstruktur bagi membangunkan pemimpin koperasi siswa yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Melalui inisiatif ini, koperasi siswa dapat berperanan sebagai platform yang membantu mahasiswa dalam mengembangkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan secara lebih efektif. Kredit foto: Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

melibatkan ALK KOSISWA dari beberapa universiti ternama, termasuk Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan umum kepada peserta dalam merangka strategi pengurusan koperasi yang lebih tersusun dan sesuai mengikut keperluan masing-masing melalui perbincangan yang interaktif dan bermakna. Tidak hanya berhenti di situ, IKMa juga menawarkan Kursus Wajib sebagai usaha memperkukuh asas pengurusan koperasi dalam kalangan Mahasiswa.

Sesi taklimat dan libat urus bersama KOSISWA USIM dan UTHM.

RENCANA 6

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Kerjasama ANGKASA – Universiti: Perkukuh Pembangunan Bakat Muda Profesional Koperasi

Pengurus Seksyen Kecemerlangan Koperasi, Pusat Kecemerlangan ANGKASA Oleh: Safinah Saupi P emerkasaan pembangunan bakat muda profesional koperasi adalah menjadi antara agenda utama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Sebagai badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA melihat daripada segala aspek untuk pembangunan menyeluruh dan berkesan terhadap gerakan koperasi di negara ini. Usaha ini selaras dengan Bidang Tujahan 3, Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 – 2025 (TransKoM 2021 – 2025) untuk memperkukuh bakat koperator yang berpengetahuan, berinovasi, berintegriti dan berdaya maju dalam memacu kecemerlangan gerakan koperasi Malaysia. Antara usaha yang telah diambil oleh ANGKASA ialah memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan universiti-universiti awam tempatan. Usaha ini bagi memudahkan ANGKASA lebih rapat dengan pihak pentadbiran universiti untuk memudahkan pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran mengenai koperasi dan pembangunan keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. ANGKASA berhasrat untuk membina model pembangunan koperasi mahasiswa universiti seutuh dan selestari model pembangunan koperasi sekolah. Antara elemen penting yang melestarikan model pembangunan koperasi sekolah yang digagaskan oleh ANGKASA ialah jaringan kerjasama yang padu dengan pihak berkuasa berkaitan sekolah seperti kementerian pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan pentadbir sekolah. ANGKASA merasa perlu ada hubungan holistik dan ikatan yang kukuh dengan universiti-universiti awam tempatan sebagai fokus permulaan. Untuk itu, pada 17 Julai 2020 dengan diketuai Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Presidennya, ANGKASA telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Antara objektif utama MoU adalah untuk memperkuat, mempromosi dan mengembangkan kerjasama dalam bidang koperasi terutama pembangunan bakat muda di universiti. Melalui kerjasama ini juga, ANGKASA dan UMK sepakat menubuhkan ANGKASA – UMK Research Academy (AURA) yang merupakan pusat penyelidikan pertama di Malaysia hasil kerjasama antara universiti dan industri. Melalui AURA, ANGKASA telah berjaya menubuhkan dua koperasi belia iaitu Koperasi Dana Upaya Berhad dan Koperasi Komuniti Bersama Berhad yang dianggotai oleh peserta- peserta Program Usahawan Koperasi : Sijil Pengurusan Profesional Koperasi di bawah geran PENJANA KPT – CAP. Peserta program ini melibatkan 50 orang pelajar tahun tiga (3) dan tahun empat (4) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK. Program ini antara program yang dibangunkan secara berstruktur

ANGKASA telah melebarkan jaringan kerjasama dengan universiti lain antaranya Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI), Universiti Utara Malaysia; Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA – UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa universiti lain lagi dalam masa terdekat. Pada masa ini, pihak ANGKASA berjaya melaksanakan jalinan kerjasama dengan Universiti Pertanian Bogor, Indonesia yang akan menyediakan program berkaitan dengan teknologi pertanian. Selain program pembangunan bakat muda koperasi, turut difokuskan juga program kepimpinan koperasi ( Cooperative Leadership Programme ) yang akan dijalankan dengan kerjasama universiti atau institusi latihan dalam dan luar negara di peringkat negara-negara ASEAN. Program yang dibangunkan khusus ini diharap dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan koperasi dalam pengurusan projek yang dapat memberi impak kepada produktiviti dan kemajuan koperasi serta dapat meminimumkan risiko yang bakal dihadapi koperasi. Kesimpulannya, program berteraskan kerjasama strategik dengan pihak universiti ini dapat dimanfaatkan daripada segi penyumberan, kepakaran, inovasi dan teknologi untuk kepentingan gerakan koperasi dan ANGKASA. ANGKASA berharap program ini memberi impak yang besar kepada kemajuan ANGKASA dan gerakan koperasi pada masa hadapan.

melibatkan UMK, ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan koperasi terpilih. Berteraskan objektif yang sama ANGKASA dan AURA telah melaksanakan Program Sijil Pengurusan Profesional Koperasi kepada 50 pelajar tahun dua (2) dan tahun tiga (3), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK selama sebulan. Melalui program ini, pelajar-pelajar ditempatkan di koperasi- koperasi terpilih selama dua (2) minggu untuk mempelajari pentadbiran dan keusahawanan koperasi dan mereka dikehendaki menjalankan kajian mengenai koperasi berkenaan dan membentangkan hasil kajian kepada Lembaga Koperasi. Bagi memperkukuh lagi pembangunan bakat muda koperasi, ANGKASA memperkenalkan Program Cooperative in Social Enterprise (CiSE), Program Protégé dan Program COOP@2u2i bermatlamat untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPT mempelajari mengenai koperasi khususnya perniagaan dan keusahawanan koperasi yang diharapkan dapat menarik golongan ini menubuhkan koperasi menjadi usahawan koperasi atau bekerja di koperasi. Selain itu, program ini diharapkan dapat membantu koperasi mendapat tenaga mahir dan idea-idea baharu daripada golongan muda. Tahun 2025 merupakan tahun kedua program ini dilaksanakan. Tahun 2024, program ini mendapat penyertaan lebih 156 pelajar dan melibatkan 56 koperasi. Pada tahun 2026 program ini akan distrukturkan semula agar lebih berkesan dan akan dibuka kepada universiti-universiti lain.

Program Pembangunan Bakat Muda Koperasi

Program COOP2u2i

Program Protege

Perkara/Program

Program CiSE

20 pelajar 2 tahun Koperasi, ANGKASA

100 pelajar 7 minggu Koperasi, ANGKASA

Bilangan peserta Jangka Penempatan Tempat Penempatan Jumlah Elaun Objektif

50 pelajar 4 – 6 bulan Koperasi, ANGKASA

Pusat, ANGKASA Negeri dan subsidiari ANGKASA Minimum RM1000 (bergantung kemampuan koperasi) Menarik belia profesional, berpendidikan dan berkemahiran tinggi terlibat dalam koperasi

Pusat, ANGKASA Negeri dan subsidiari ANGKASA RM500/bulan Memberi pendidikan dan kesedaran mengenai koperasi kepada pelajar.

Pusat, ANGKASA Negeri dan subsidiari ANGKASA RM500/bulan Memberi peluang

kepada pelajar IPT mempelajari

mengenai koperasi dan keusahawanan koperasi

serta membantu operasi koperasi.

Bil.

Institusi Latihan / Universiti

Fokus Program

1. 2. 3. 4. 5.

Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Malaysia Kelantan Universiti Pertanian Bogor Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA – UKM)

Kepimpinan Perniagaan Keusahawanan Teknologi Pertanian Siri Syarahan/webinar/ Roundtable Discussion

Sumber: ANGKASA - UMK Research Academy (AURA)

RENCANA 7

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

KOSISWA Platform Pembangunan Modal Insan, Bentuk Nilai Keusahawanan Koperasi

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz P embangunan modal insan menjadi agenda utama negara ke arah melahirkan insan yang beretika, berilmu dan berketerampilan. Usaha untuk membangunkan modal insan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana elemen tersebut menjadi tunjang utama dalam melahirkan insan yang berkualiti dan cerminan kepada penerapan nilai-nilai murni. Selain menyumbang kepada peningkatan inovasi, kesejahteraan sosial dan peningkatan produktiviti, pembangunan modal insan juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan keusahawanan menerusi penciptaan peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan pendapatan dan mempelbagaikan ekonomi negara. Kerajaan mengiktiraf gerakan koperasi sebagai pemangkin ekonomi berkesan. Justeru, koperasi amat memerlukan koperator muda yang berkemahiran serta memiliki modal insan yang kompeten bagi merealisasikan matlamat tersebut. Penyertaan generasi muda dalam Koperasi Siswa (KOSISWA) berupaya meletakkan gerakan koperasi negara pada tahap yang lebih tinggi memandangkan golongan tersebut merupakan generasi penerus yang boleh menjayakan transformasi negara. Melalui aktiviti pembelajaran terbaik, mahasiswa boleh menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam berkoperasi dan diharap dapat meneruskan legasi tersebut sebagai kerjaya pilihan serta sandaran untuk terus mencetus kejayaan di peringkat Koperasi Dewasa. KOSISWA memiliki potensi besar untuk berkembang dan mencipta kejayaan menjadi koperasi yang maju. Mahasiswa yang terlibat dalam koperasi boleh meningkatkan pembangunan sahsiah diri, membentuk menjadi seorang yang mempunyai daya kepimpinan serta mempunyai ciri-ciri usahawan yang dinamik. Selain itu, manfaat penyertaan dalam KOSISWA juga boleh melahirkan sifat sukarela dalam diri, mengeratkan silaturahim dan meningkatkan pembangunan nilai kendiri serta pembentukan personaliti. Saban tahun, universiti telah banyak melahirkan ramai mahasiswa yang berjaya memenuhi keperluan pasaran pekerjaan kerana majoriti dalam kalangan mereka adalah terdiri daripada golongan belia berumur antara 18 hingga 40 tahun. Menariknya, gerakan KOSISWA yang memiliki bilangan mahasiswa yang besar telah menunjukkan potensi koperasi untuk berkembang khususnya meliputi aspek keanggotaaan, mendapatkan modal serta mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada pihak universiti atau pemain industri lain melalui kerjasama strategik yang dibentuk. Walaupun mahasiswa mempunyai latar belakang, pendidikan serta jurusan pembelajaran yang berbeza, mereka boleh bergabung dan

Graduan berkualiti pemangkin pembangunan modal insan negara.

menjalankan aktiviti ekonomi secara bersama melalui koperasi melalui percambahan idea yang mantap. Menerusi kepelbagaian manfaat dalam berkoperasi, secara tidak langsung mahasiswa dilatih untuk menjadi usahawan selepas tamat belajar dan amat wajar untuk universiti menjadikan koperasi sebagai wadah membangunkan sahsiah diri, meningkatkan produktiviti, mendorong inovasi, menyokong ekonomi berteraskan pengetahuan, menggalakkan keusahawanan serta meningkatkan daya tahan ekonomi koperasi. Penglibatan siswa dalam pengurusan koperasi juga dapat mendedahkan mereka dalam mendapat lebih banyak

Pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam menggalakkan keusahawanan koperasi.

pembangunan modal insan anggota. Koperator perlu membuka minda dan mengubah persepsi dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan serta berusaha merebut peluang perniagaan untuk meningkatkan perolehan koperasi serta kesejahteraan sosioekonomi anggota. KOSISWA juga merupakan platform yang sangat baik kepada mahasiswa bagi memulakan perniagaan secara berkumpulan, sekali gus menjana ekonomi usahawan siswa. Justeru, hala tuju generasi muda menggerakkan koperasi siswabukansahajamenjadiwadahpembentukan sahsiah diri dan modal insan, malah penggerak ekonomi kepada gerakan koperasi negara dan kesinambungan itu akan diteruskan di peringkat Koperasi Dewasa kelak.

pengetahuan dan pengalaman terutamanya dalam aspek perniagaan dan di sinilah peranan koperasi mengasah bakat usahawan kepada mereka. Gerakan koperasi boleh membina modal insan yang mampu mengetengahkan peranan koperasi setanding dengan koperasi di luar negara. Selain memperhebat kualiti modal insan, ilmu pengetahuan juga dapat membawa sektor koperasi ke arah yang lebih cemerlang melalui idea-idea hebat yang boleh menjana inovasi serta kreativiti, sekali gus menjadi kunci kejayaan kepada gerakan. Ilmu pengetahuan menjadi faktor penggalak kepada usaha meningkatkan pencapaian dan

REAKSI 8

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

“Pemerkasaan budaya berilmu boleh memperkasakan modal insan dalam kalangan anggota koperasi. Generasi muda koperasi khususnya mahasiswa sewajarnya membawa KOSISWA kepada satu tahap yang boleh membanggakan negara, sekali gus menjadi salah satu sektor penting dalam pembangunan bangsa dan negara. Pembangunan modal insan disifatkan menjurus kepada pemerkasaan insan sebagai individu dan merujuk kepada memperkasakan insan itu sendiri. Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak mengambil kira akan kualiti, koperasi tidak dapat membawa inovasi dan melakukan transformasi sebagaimana yang diharapkan dalam mewujudkan pemikiran strategik dan daya saing global.”

Timbalan Presiden ANGKASA Dr. Mohd. Azlan Yahya

“KOSISWA telah bertapak pada landasan yang tepat sebagai kesinambungan keterlibatan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta selepas diwujudkan lebih dua dekad. Kejayaan sebagai ‘role model’ pembabitan pelajar dan tenaga pengajar di sekolah menengah negara ini dicontohi dunia dan diharapkan dapat diteruskan di semua institusi pengajian tinggi. Selain menjadi ‘batu loncatan’ dunia perdagangan serta keusahawanan koperasi, KOSISWA boleh menjadi permulaan baik kepada kepimpinan dan pengurusan organisasi. Harapan saya, semoga KOSISWA Malaysia dapat mencontohi koperasi siswa luar negara seperti Jepun, Korea, England dan Amerika. Pendedahan dan ‘bench marking’ serta penimbaan ilmu, kemahiran, pengalaman, sikap serta jati diri koperasi tulen tentunya dapat memantap dan memperkasakan lagi sumbangan KOSISWA untuk koperasi, institusi yang diwakili, negara dan antarabangsa. Tentunya ini akan menjadi sumbangan bermakna merealisasikan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025.”

Anggota Lembaga ANGKASA Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

“Penubuhan KOSISWA antara lain bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang cenderung kepada aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Penglibatan mahasiswa dalam bidang ini diharapkan dapat memberi peluang kepada mereka untuk terus maju dan meneruskan kesinambungan berkoperasi apabila tamat pengajian kelak di samping dapat menyuburkan bakat usahawan melalui koperasi siswa. Justeru, sudah tiba masanya KOSISWA membuat anjakan paradigma dengan memperluas aktiviti berteraskan perniagaan dalam usaha mewujudkan kepelbagaian aktiviti ekonomi sosial sekali gus dapat memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar.”

Anggota Lembaga ANGKASA Dato’ Haji Kamarudin Ismail

“Sektor perniagaan dalam KOSISWA tidak terkecuali mengaplikasikan aspek pendigitalan dalam pengurusan dan pembangunan modal insan mahasiswa. Usaha meningkatkan keupayaan pendigitalan ini mencakupi aspek kemahiran, pengurusan operasi dan kompetensi yang diperlukan anggota koperasi bersesuaian dengan perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Penguasaan penggunaan platform digital seharusnya menjadi faktor pendorong kepada koperasi untuk mengadaptasi keusahawanan digital supaya dapat meluaskan lagi perniagaan, selain dapat bersaing dengan entiti perniagaan yang lain.”

Anggota Lembaga ANGKASA Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa

REAKSI 9

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

“KOSISWA merupakan platform terbaik untuk mahasiswa membentuk sifat keusahawanan dan menimba pengalaman dan mengurus perniagaan yang sebenar. Faktor kejayaan dan kepimpinan koperasi yang berwibawa, bertanggungjawab dan berinovasi boleh menjadi pencetus semangat serta memberikan galakan kepada mahasiswa baharu untuk menyertai KOSISWA.”

Anggota Lembaga ANGKASA Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

“Jaringan strategik antara KOSISWA dengan kementerian dan agensi kerajaan mahupun swasta dapat membantu koperasi mengoptimumkan sumber daya dan meningkatkan keberkesanan pengurusan perniagaan koperasi. Natijahnya, kerjasama yang terjalin bukan sahaja membolehkan koperasi meneroka kaedah terbaik menghasilkan produk koperasi yang berinovatif malah juga meningkatkan ‘visibility’ dan daya saing koperasi di peringkat domestik dan antarabangsa melalui peluasan pasaran.”

Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Encik Azizul Alias

“KOSISWA bukan sahaja boleh menjadi wadah pelengkap kepada usaha untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi dalam memupuk sikap keusahawanan, meningkatkan taraf hidup dan mendorong kemakmuran ekonomi malah juga menjadi platform pembentukan modal insan. Modal insan merupakan nadi utama dalam pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing di mana negara memerlukan siswa yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti. SISWA BERKOPERASI SISWA BERKUALITI.”

Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Kewangan Malaysia) Encik Ezleezan Othman

“Kejayaan sesuatu projek koperasi bergantung kepada tahap pengetahuan seseorang menerusi elemen pembangunan modal insan, ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Di samping itu juga, kemahiran berkomunikasi turut memainkan peranan penting kerana kebolehan ini amat diperlukan untuk mahasiswa mendapatkan maklumat melalui perhubungan dengan pihak luar. Peluang kerjasama jaringan strategik antara KOSISWA dengan agensi luar dan pemain industri bukan sahaja dapat membuka ruang mengaktifkan koperasi, malah menggalakkan mahasiswa memulakan perniagaan secara berkumpulan sebagai langkah meningkatkan tahap ekonomi mereka sendiri.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh

RENCANA 10

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Ekosistem Keusahawanan Pemangkin Koperasi Siswa

Oleh: Dr. Noor Raihani Zainol Pengarah ANGKASA-UMK Research Academy (AURA)

Selain itu, kreativiti mahasiswa juga dapat diserlahkan melalui koperasi siswa yang menggalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan inovatif yang mesra alam. Produk- produk ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada pelanggan tempatan malah juga berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Bagi memastikan koperasi mahasiswa terus berkembang, sokongan daripada kerajaan dan industri amat diperlukan. Program seperti geran keusahawanan, latihan perniagaan dan peluang pembiayaan boleh membantu koperasi siswa mengembangkan operasi mereka dengan lebih berkesan. Kerajaan melalui agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga boleh memainkan peranan dalam memperkasakan koperasi siswa melalui dasar yang lebih mesra pelajar. Selain itu, kolaborasi dengan syarikat korporat dan usahawan berjaya juga boleh membuka peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan bimbingan dan pengalaman dunia sebenar dalam bidang keusahawanan. Selain bantuan kewangan dan latihan, kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membangunkan rangkaian perniagaan koperasi antara universiti. Dengan mewujudkan sistem yang membolehkan koperasi siswa dari pelbagai universiti bekerjasama dan berkongsi sumber, koperasi dapat beroperasi dengan lebih efisien dan meningkatkan daya saing mereka. Walaupun koperasi siswa mempunyai potensi yang besar, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan pertumbuhan dan keberkesanannya. Antara cabaran utama adalah kesukaran untuk mendapatkan modal bagi memula dan mengembangkan perniagaan koperasi. Ramai mahasiswa menghadapi kekangan kewangan dan sukar mendapatkan pembiayaan yang mencukupi untuk memperluas operasi mereka. Bagi mengatasi isu ini, universiti boleh memainkan peranan dengan menyediakan skim pinjaman mikro atau dana permulaan untuk koperasi siswa. Selain itu, inisiatif seperti pertandingan keusahawanan dan inkubator

perniagaan koperasi mendapatkan dana dan pendedahan kepada peluang pelaburan yang lebih luas. dapat membantu Satu lagi cabaran utama adalah kurangnya kesedaran dan minat mahasiswa terhadap koperasi. Ramai pelajar lebih tertumpu kepada akademik dan tidak melihat koperasi sebagai platform penting untuk pembangunan kemahiran keusahawanan mereka. Oleh itu, kempen kesedaran dan pendedahan tentang kelebihan koperasi perlu dipergiatkan di universiti bagi menarik lebih ramai pelajar untuk terlibat. Selain itu, koperasi siswa juga perlu menghadapi cabaran dalam membangunkan strategi pemasaran yang berkesan. Dalam era persaingan digital, koperasi yang masih bergantung kepada kaedah tradisional mungkin menghadapi kesukaran untuk menarik pelanggan dan bersaing dengan syarikat lain. Oleh itu, penggunaan strategi pemasaran digital seperti media sosial, pempengaruh dan program kesetiaan pelanggan boleh membantu koperasi meningkatkan daya tarikan mereka. Ekosistem keusahawanan yang mampan adalah faktor utama dalam memacu kejayaan koperasi siswa. Dengan sokongan yang menyeluruh daripada universiti, kerajaan, dan sektor industri, koperasi mahasiswa mampu berkembang sebagai entiti yang melahirkan usahawan muda yang kreatif dan berdaya saing. Bagi menentukan koperasi siswa menuju ke arah itu, usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan lebih ramai mahasiswa terlibat dalam koperasi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Koperasi siswa bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa dari segi pembangunan kemahiran keusahawanan, malah juga memberi impak kepada ekonomi negara melalui penciptaan pekerjaan, inovasi perniagaan dan sumbangan kepada ekonomi domestik. Dengan adanya ekosistem yang menyokong serta inisiatif yang berterusan, koperasi siswa berpotensi untuk menjadi pemacu utama dalam melahirkan pemimpin dan usahawan yang berkaliber pada masa depan.

E kosistem keusahawanan yang kukuh menjadi pemangkin utama kepada kejayaan koperasi siswa dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan berfikiran kreatif. Dengan adanya sokongan daripada universiti, kerajaan serta sektor industri, koperasi siswa dapat berkembang sebagai wadah utama dalam membentuk pemimpin dan usahawan muda yang kompetitif. Di peringkat institusi pengajian tinggi, koperasi siswa berperanan sebagai platform pembelajaran praktikal bagi mahasiswa untuk meneroka dunia keusahawanan. Keupayaan untuk mengurus perniagaan koperasi memberi pendedahan kepada aspek pengurusan kewangan, pemasaran, inovasi produk dan daya tahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. Walaupun koperasi siswa berpotensi besar dalam melahirkan usahawan muda, masih terdapat cabaran seperti kurangnya kesedaran dalam kalangan pelajar, kekangan masa akademik serta keterbatasan akses kepada modal dan pasaran. Oleh itu, ekosistem keusahawanan yang mapan perlu diwujudkan bagi memberi dorongan kepada mahasiswa untuk terlibat secara aktif dalam koperasi siswa. Dalam era digitalisasi, koperasi mahasiswa perlu mengadaptasi teknologi dan inovasi bagi memastikan daya saing mereka terus relevan. Dengan menerapkan teknologi seperti e-dagang, pemasaran digital dan penggunaan analitik data, koperasi siswa dapat memperluas operasi mereka serta menarik lebih ramai pelanggan. Sebagai contoh, terdapat koperasi di beberapa universiti telah berjaya melancarkan platform e-dagang sendiri yang membolehkan mereka menjual produk secara dalam talian serta menarik perhatian pelanggan dari luar kampus. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan koperasi malah juga memberi pengalaman praktikal kepada mahasiswa dalam dunia perniagaan digital.

TINJAUAN KOSISWA 11

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Semangat Keusahawanan Asas Kekuatan KOSISWA UiTM Koperasi Siswa Universiti Teknologi MARA Selangor Berhad (KOSISWA UiTM)

Mantan Pengerusi KOSISWA UiTM, Encik Ahmad Naqiuddin Mohamad menerima Anugerah Koperator Siswa Harapan yang disampaikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

KOSISWA UiTM menerima Bantuan Pembangunan Koperasi dalam Sambutan Karnival Keluarga Usahawan dan Koperasi pada tahun 2021.

Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir K operasi Siswa Universiti Teknologi MARA Selangor Berhad (KOSISWA UiTM) didaftarkan pada tahun 2011 sebagai sebuah badan koperasi yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan keusahawanan mahasiswa. KOSISWA UiTM yang menaungi lima cawangan UiTM sekitar negeri Selangor, iaitu cawangan Shah Alam, Puncak Perdana, Puncak Alam, Sungai Buloh dan Dengkil telah berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM2.9 juta hasil urusniaga yang dijalankan. Perolehan tersebut membolehkan mereka memberi dividen yang baik kepada anggota, iaitu sebanyak sembilan peratus pada tahun 2024. Koperasi itu menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk kepada pelajar. Antaranya adalah

Roslan berkata, keberhasilan KOSISWA UiTM adalah kerana semangat keusahawanan yang tinggi dalam kalangan anggota dan pengurusan koperasi selain sokongan serta kerjasama erat daripada mahasiswa dan alumni. Bagi memastikan koperasi terus berdaya saing dan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan perolehannya, KOSISWA UiTM sedang giat menjalin kerjasama dengan badan kerajaan dan agensi seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, UiTM, ANGKASA serta pemain-pemain industri seperti Richiamo Coffee, Rotiboy dan Pos Malaysia. Pada tahun 2025, koperasi berhasrat untuk mempertingkatkan lagi tahap pendigitalan perniagaan secara berterusan agar dapat mengurangkan kos operasi dan memaksimumkan keuntungan yang didorong oleh perkembangan pesat teknologi. KOSISWA UiTM aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan, dengan mengadakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pelajar termasuk program

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fašah Abdullah ketika merasmikan kedai konsep Cellerium Centre Shah Alam milik KOSISWA. Hadir sama, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (dua dari kanan).

aktiviti peruncitan, dobi, kafe hipster, pencetakan, mesin layan diri termasuk lima buah ‘ Cellarium Store ’ yang menjalankan perkhidmatan logistik dan penyimpanan barangan. Pengerusinya, Encik Muhamad Aidil Tasnim

Pengerusi KOSISWA UiTM, Encik Muhamad Aidil Tasnim.

Anggota Lembaga KOSISWA UiTM mengadakan perbincangan di salah sebuah kafe milik mereka, The Cups Cožee & Kitchen.

Koperasi Siswa Universiti Teknologi MARA Selangor Berhad (KOSISWA UiTM)

sumbangan makanan, bantuan sumbangan untuk keluarga pelajar yang memerlukan dan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM25,000 melalui UiTM. Di samping itu, KOSISWA UiTM juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan atas kejayaannya dalam menjalankan aktiviti koperasi yang memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti. Antaranya Anugerah Khas Koperasi Siswa oleh ANGKASA, Koperator Harapan Siswa dan Ikon Koperasi. Pengiktirafan itu sekali gus menambah kredibiliti koperasi dan memperlihatkan pencapaian cemerlang mereka dalam perkhidmatan koperasi.

Alamat

: Lot 5, Bangunan Tunas Mekar, UiTM, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon

: +6014 – 529 8967 : ksisb18@gmail.com

E-mel

Tarikh Ditubuhkan : 15 Januari 2011 Aktiviti

: Peruncitan, perkhidmatan, makanan dan minuman (F&B) dan logistik

TINJAUAN KOSISWA 12

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Kepimpinan dan Sahsiah Unggul Bentuk Kejayaan KOSISWA Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad (KOSISWA UMT BERHAD)

KOSISWA UMT Berhad menerima hadiah Anugerah Khas AKKS: Koperasi Siswa Harapan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025.

Kompleks Siswa UMT yang menempatkan pejabat pengurusan dan lot ruang niaga koperasi.

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz K operasi yang memiliki barisan kepimpinan yang cekap dan memiliki sahsiah yang unggul mampu menzahirkan sumbangan yang lebih bermakna kepada kejayaan koperasi. Bukan itu sahaja, kepimpinan yang cekap juga dapat menangani cabaran, menyelesaikan isu secara lebih strategik, mengurangkan risiko dalam operasi dan menjadikan tugas berjalan dengan lebih lancar. Berpegang kepada keyakinan tersebut, Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad (KOSISWA UMT Berhad) komited dalam membentuk kepemimpinan siswa berkualiti tinggi, sekali gus melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah pelajar melalui keusahawanan koperasi di peringkat universiti. Menurut Timbalan Pengerusinya, Saudara Jonny Ng Seng Fat, pemimpin koperasi yang dinamik dan berwibawa dapat membangunkan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan melalui keberkesanan pengurusan seterusnya memberi impak kepada sahsiah anggota. Beliau yang merupakan penuntut Tahun Kedua Program Sarjana Muda Sains Kepujian (Kimia Analisis dan Sekitaran Marin), UMT menyatakan, kombinasi kepimpinan dalam kalangan pengurusan dan pelajar yang dibentuk menerusi barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOSISWA UMT Berhad telah memperlihatkan kekuatan tersendiri, khususnya dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi gerakan koperasi di peringkat universiti. Katanya, KOSISWA UMT Berhad berpandangan bahawa gandingan mantap seramai 15 ALK yang melibatkan sembilan (9) orang ALK terdiri daripada kakitangan dan

enam (6) orang ALK dalam kalangan pelajar bukan sahaja dapat melahirkan siswa berdaya saing, malah membentuk inspirasi pemikiran dan memperkasakan kemahiran dalam memimpin. “Sebagai wakil pemimpin yang mewakili sebahagian pelajar dalam barisan ALK KOSISWA UMT Berhad, kami amat berterima kasih kepada pengurusan koperasi yang memberi peluang kepada kami untuk bersama- sama merealisasikan aspirasi koperasi di peringkat universiti sekali gus mempersiapkan pelbagai ilmu, pengalaman dan kemahiran pemantapan organisasi. “Ini termasuklah menjadikan pengoperasian koperasi lebih bersistematik melalui tadbir urus baik, mengukuhkan semangat kerjasama dan memupuk semangat patriotisme serta perpaduan dalam koperasi di peringkat universiti,” katanya. KOSISWA UMT Berhad yang dikemudi oleh Pengerusinya, iaitu Dr. Mohd Shari Abd. Rahman yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502). Berteraskan visi koperasi iaitu menjadikan KOSISWA terunggul menerusi perspektif pembangunan keusahawanan siswa, koperasi turut mengambil peranan membantu menyediakan platform meningkatkan sosioekonomi dan kebajikan anggota dengan memberi perkhidmatan dan pulangan yang kompetitif secara konsisten, di samping memenuhi misi untuk mencapai tahap profesionalisme serta memiliki kredibiliti dan minda keusahawanan yang tinggi dalam pergerakan koperasi siswa. Kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankan banyak memberi manfaat kepada anggota dan warga kampus khususnya dalam

menggalakkan aktiviti sosial siswa serta meningkatkan ekonomi koperasi. Aktiviti berkoperasi juga menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan siswa untuk menjalankan program koperasi di universiti, selain menambah ilmu keusahawanan sebagai persiapan awal sebelum memasuki alam pekerjaan. Pencapaian, prestasi dan tadbir urus yang baik KOSISWA UMT Berhad telah melayakkan koperasi tersebut menjadi antara KOSISWA terbaik dalam kalangan koperasi siswa di Malaysia, khususnya dalam komitmen dan usaha menggerakkan gerakan koperasi siswa di peringkat universiti. Ini terbukti apabila KOSISWA UMT Berhad telah dinobatkan sebagai penerima hadiah Anugerah Khas AKKS: Koperasi Siswa Harapan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025. Bertepatan dengan tagline koperasi iaitu ‘Jaringan Luas, Rakan Niaga Sebenar’, antara faktor yang mendorong kejayaan KOSISWA UMT Berhad adalah memiliki barisan kakitangan yang lengkap merangkumi pengurusan dan operasi koperasi. Selain itu, model perniagaan yang kompetitif dan mendapat sokongan universiti serta penglibatan dan hubungan baik dengan agensi kerajaan dan koperasi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), dan ANGKASA menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan gerakan koperasi di peringkat universiti.

Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad (KOSISWA UMT Berhad)

Alamat

: Lot 7, Kompleks Siswa, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

No. Telefon : +609 - 667 4141 E-mel Tarikh Ditubuhkan: 23 Februari 2010 Aktiviti

: kosiswa@Umt.Edu.My

: Peruncitan, perkhidmatan dobi layan diri,

perkhidmatan pengeposan, sewaan ruang niaga, pembekalan barang, insurans dan kedai cenderamata

Sebahagian daripada 13 lot ruang niaga yang disewakan kepada usahawan bumiputera berjaya melonjakkan aktiviti ekonomi koperasi.

Kakitangan ‘Siswa Post’ sedang memeriksa bungkusan kurier pelanggan.

Perkhidmatan dobi layan diri mendapat sambutan menggalakkan.

TINJAUAN KOSISWA 13

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Dedah Ilmu Bidang Pelancongan kepada Anggota Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM)

Pengerusi KOSISWA USIM Berhad, Dr. Hamadallah Mohammad Salleh.

Gerai KOSISWA USIM Berhad menjadi tumpuan pelajar untuk menjamu selera .

Oleh: Nor Azah Abd Aziz I lmu pengetahuan dan pengalaman menjadi teras paling utama kepada setiap aktiviti yang mahu digerakkan oleh Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM). Perkara tersebut dilihat sebagai asas penting dalam usaha untuk meningkatkan nilai dan semangat berkoperasi dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta seluruh anggotanya. Pendekatan tersebut seiring dengan misi KOSISWA USIM iaitu menjadi platform rujukan dan pilihan nombor satu anggota dalam semua aspek dan gerakan koperasi berasaskan Syariah. Pengerusi koperasi, Dr. Hamadallah Mohammad Salleh berkata, selaras dengan visi koperasi untuk menyasarkan pembentukan 100 pelajar usahawan dalam kalangan anggota pada tahun 2025, KOSISWA USIM telah menceburi pelbagai aspek perniagaan termasuk aktiviti pelancongan. Selaras dengan usaha menerapkan ilmu dan kepakaran, anggota terlibat akan dibantu oleh tenaga pakar yang akan memantau serta memberi khidmat nasihat dari mula hingga akhir. “KOSISWA USIM yang dianggotai oleh seramai 361 anggota telah menetapkan garis panduan menguruskan lawatan dalam dan luar negara. Ilmu dan pengalaman dalam menguruskan program itu dapat membantu meningkatkan tahap kebolehan dan kemahiran anggota untuk menjadi usahawan yang berjaya," ujarnya. Menurut beliau, sejak mula ditubuhkan pada 25 Jun 2012, KOSISWA USIM sangat menggalakkan anggotanya untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri melalui keusahawanan. Sejak tahun 2000, terdapat 20 alumni KOSISWA USIM telah bergelar

usahawan yang datang dari pelbagai latar belakang jurusan. KOSISWA USIM dalam proses mendapatkan lesen pelancongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut giat menjalankan program ilmu seperti kursus berkaitan pendidikan pelancongan bagi meningkatkan kemahiran anggota. Selain itu, koperasi juga pernah menganjurkan program penanda aras ke Pulau Pangkor pada tahun 2023 selain menguruskan lawatan ke luar negara seperti Thailand dan Korea. Pada tahun ini, koperasi merancang untuk mengadakan program pelancongan ke Jepun yang dijangka akan melibatkan penyertaan seramai 20 peserta. Pada tahun ini, sektor pelancongan koperasi telah diletakkan dengan Key Performance Indicator (KPI), iaitu dua program lawatan antarabangsa dan juga dalam negara. Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah merancang untuk menjadikan KOSISWA USIM sebagai hub edu-tourism . Beliau berharap pada tahun ini, KOSISWA USIM dapat membuka ruang kepada bekas anggotanya untuk terus menyertai koperasi dengan kriteria tertentu melalui pindaan pada Undang-Undang Kecil Koperasi.

Perbincangan sering diadakan dalam kalangan ALK bagi memastikan perancangan aktiviti pelancongan koperasi lebih tersusun.

Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM)

Alamat

: K11-KOSISWA USIM Berhad, Pusat Keusahawanan Pelajar (Student Mall), Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

No. Telefon

: +6017 - 841 4727

E-mel

: kosiswa@raudah.usim.edu.my

Tarikh Ditubuhkan: 25 Jun 2012 Aktiviti

: Projek sewa lot kedai, projek jualan air, projek jualan makanan, projek jualan baju, projek percetakan, projek

lembu korban, projek bazaar Ramadan, projek pelancongan, projek sukan siswa, projek 'The Qhuntum', projek Halal dan projek media.

Program pelancongan ke Korea pada September 2024, memberi peluang kepada mahasiswa untuk meneroka pengalaman baru di luar negara.

Pejabat KOSISWA USIM Berhad, tempat di mana segala perancangan dan pengurusan KOSISWA dijalankan.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease