WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025 - SISIPAN KHAS KOSISWA

TINJAUAN KOSISWA 12

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Kepimpinan dan Sahsiah Unggul Bentuk Kejayaan KOSISWA Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad (KOSISWA UMT BERHAD)

KOSISWA UMT Berhad menerima hadiah Anugerah Khas AKKS: Koperasi Siswa Harapan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025.

Kompleks Siswa UMT yang menempatkan pejabat pengurusan dan lot ruang niaga koperasi.

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz K operasi yang memiliki barisan kepimpinan yang cekap dan memiliki sahsiah yang unggul mampu menzahirkan sumbangan yang lebih bermakna kepada kejayaan koperasi. Bukan itu sahaja, kepimpinan yang cekap juga dapat menangani cabaran, menyelesaikan isu secara lebih strategik, mengurangkan risiko dalam operasi dan menjadikan tugas berjalan dengan lebih lancar. Berpegang kepada keyakinan tersebut, Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad (KOSISWA UMT Berhad) komited dalam membentuk kepemimpinan siswa berkualiti tinggi, sekali gus melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah pelajar melalui keusahawanan koperasi di peringkat universiti. Menurut Timbalan Pengerusinya, Saudara Jonny Ng Seng Fat, pemimpin koperasi yang dinamik dan berwibawa dapat membangunkan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan melalui keberkesanan pengurusan seterusnya memberi impak kepada sahsiah anggota. Beliau yang merupakan penuntut Tahun Kedua Program Sarjana Muda Sains Kepujian (Kimia Analisis dan Sekitaran Marin), UMT menyatakan, kombinasi kepimpinan dalam kalangan pengurusan dan pelajar yang dibentuk menerusi barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOSISWA UMT Berhad telah memperlihatkan kekuatan tersendiri, khususnya dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi gerakan koperasi di peringkat universiti. Katanya, KOSISWA UMT Berhad berpandangan bahawa gandingan mantap seramai 15 ALK yang melibatkan sembilan (9) orang ALK terdiri daripada kakitangan dan

enam (6) orang ALK dalam kalangan pelajar bukan sahaja dapat melahirkan siswa berdaya saing, malah membentuk inspirasi pemikiran dan memperkasakan kemahiran dalam memimpin. “Sebagai wakil pemimpin yang mewakili sebahagian pelajar dalam barisan ALK KOSISWA UMT Berhad, kami amat berterima kasih kepada pengurusan koperasi yang memberi peluang kepada kami untuk bersama- sama merealisasikan aspirasi koperasi di peringkat universiti sekali gus mempersiapkan pelbagai ilmu, pengalaman dan kemahiran pemantapan organisasi. “Ini termasuklah menjadikan pengoperasian koperasi lebih bersistematik melalui tadbir urus baik, mengukuhkan semangat kerjasama dan memupuk semangat patriotisme serta perpaduan dalam koperasi di peringkat universiti,” katanya. KOSISWA UMT Berhad yang dikemudi oleh Pengerusinya, iaitu Dr. Mohd Shari Abd. Rahman yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502). Berteraskan visi koperasi iaitu menjadikan KOSISWA terunggul menerusi perspektif pembangunan keusahawanan siswa, koperasi turut mengambil peranan membantu menyediakan platform meningkatkan sosioekonomi dan kebajikan anggota dengan memberi perkhidmatan dan pulangan yang kompetitif secara konsisten, di samping memenuhi misi untuk mencapai tahap profesionalisme serta memiliki kredibiliti dan minda keusahawanan yang tinggi dalam pergerakan koperasi siswa. Kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankan banyak memberi manfaat kepada anggota dan warga kampus khususnya dalam

menggalakkan aktiviti sosial siswa serta meningkatkan ekonomi koperasi. Aktiviti berkoperasi juga menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan siswa untuk menjalankan program koperasi di universiti, selain menambah ilmu keusahawanan sebagai persiapan awal sebelum memasuki alam pekerjaan. Pencapaian, prestasi dan tadbir urus yang baik KOSISWA UMT Berhad telah melayakkan koperasi tersebut menjadi antara KOSISWA terbaik dalam kalangan koperasi siswa di Malaysia, khususnya dalam komitmen dan usaha menggerakkan gerakan koperasi siswa di peringkat universiti. Ini terbukti apabila KOSISWA UMT Berhad telah dinobatkan sebagai penerima hadiah Anugerah Khas AKKS: Koperasi Siswa Harapan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025. Bertepatan dengan tagline koperasi iaitu ‘Jaringan Luas, Rakan Niaga Sebenar’, antara faktor yang mendorong kejayaan KOSISWA UMT Berhad adalah memiliki barisan kakitangan yang lengkap merangkumi pengurusan dan operasi koperasi. Selain itu, model perniagaan yang kompetitif dan mendapat sokongan universiti serta penglibatan dan hubungan baik dengan agensi kerajaan dan koperasi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), dan ANGKASA menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan gerakan koperasi di peringkat universiti.

Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad (KOSISWA UMT Berhad)

Alamat

: Lot 7, Kompleks Siswa, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

No. Telefon : +609 - 667 4141 E-mel Tarikh Ditubuhkan: 23 Februari 2010 Aktiviti

: kosiswa@Umt.Edu.My

: Peruncitan, perkhidmatan dobi layan diri,

perkhidmatan pengeposan, sewaan ruang niaga, pembekalan barang, insurans dan kedai cenderamata

Sebahagian daripada 13 lot ruang niaga yang disewakan kepada usahawan bumiputera berjaya melonjakkan aktiviti ekonomi koperasi.

Kakitangan ‘Siswa Post’ sedang memeriksa bungkusan kurier pelanggan.

Perkhidmatan dobi layan diri mendapat sambutan menggalakkan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease